Futsal - Sepakan Penalti

 

LIGA PENALTI FUTSAL DT 2017 - 18 November 2017

PERATURAN UMUM.

  1. Fee untuk satu pasukan adalah RM80
  2. Terbuka kepada Ahli EXSAS berdaftar berumur 40 tahun dan ke atas.
  3. Setiap pasukan wajib mendaftarkan sekurangnya tiga pemain dan maksimum empat pemain (satu pemain simpanan).
  4. Setiap pemain hanya boleh menyertai satu pasukan sahaja.
  5. Setiap pemain hanya boleh mengambil satu sepakan penalti sahaja kecuali pada PERINGKAT KALAH SINGKIR.
  6. Jika pasukan tiada penjaga gol, posisi tersebut akan disediakan oleh pihak penganjur.

PERINGKAT KUMPULAN.

  1. Setiap pasukan wajib untuk mengambil 3 sepakan penalti.
  2. Kedudukan pasukan di PERINGKAT KUMPULAN dikira berdasarkan kiraan mata; Menang – 3 mata, Seri – 1 mata, Kalah – 0 mata.
  3. Hanya 2 pasukan teratas akan layak ke PERINGKAT KALAH SINGKIR.

PERINGKAT KALAH SINGKIR.

  1. Kemenangan ditentukan menerusi 3 sepakan penalti utama.
  2. Selepas 3 sepakan penalti utama dan kedudukan masih terikat, 1 sepakan penalti tambahan akan diberikan kepada setiap pasukan.
  3. Jika masih lagi tiada pemenang, satu sepakan ‘SUDDEN DEATH PENALTY’ akan diberikan secara lambung syiling. Pemenang lambung syiling berhak menentukan untuk mengambil sepakan atau untuk menjadi penjaga gol.