Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur
Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur
Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur 0.5 5 0

Avg of 1 Ratings

Your Rating

Be the first to review

No. 168, Tingkat Bawah, Jalan Besar, Kuantan, 25000, Pahang

T 609-5165887
M 6019-9855887
F 609-5178704
Type: Service Provider
  • No. Ahli EXSAS:
  • LM0091
  • Nama:
  • Mohd Nazri Ibrahim
  • Tahun SPM/MCE:
  • 1983
  • Business Details
  • Map

Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur adalah organisasi yang mengendalikan sebuah pusat dialisis berlesen yang diberi nama Pusat Dialisis Yayasan PHIM yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit kegagalan fungsi buah pinggang.

Keseluruhan pesakit yang menjalani rawatan di sini terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan Yayasan PHIM menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada pesakit ini mestilah terdiri dari mereka yang tiada mempunyai kemampuan kewangan serta tidak mempunyai tajaan oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang dikategorikan sebagai pesakit subsidi (buat masa ini [30/06/2014] peratusan pesakit subsidi ialah 42% daripada keseluruhan pesakit yang sedang menjalani rawatan di sini).

Semenjak mula beroperasi pada 05 Februari 2001 hingga ke 30 Jun 2014, jumlah pesakit (tetap) yang telah menjalani rawatan adalah seramai 198 orang. Jumlah ini belum mengambil kira pesakit-pesakit transit (yang menumpang sewaktu musim cuti perayaan atau cuti persekolahan) yang dianggarkan lebih daripada 50 orang dan pesakit predialisis yang mengambil suntikan EPO pada kadar subsidi.

Pengerusi Yayasan PHIM, YBhg Prof. dato' Dr Hj Ariff bin Osman adalah merupakan Exsas 7377, manakala Ketua Operasinya ialah saudara Mohd Nazri bin Ibrahim yang merupakan Exsas 7983.

Berasaskan semangat Hidup Berjasa, kedua-dua warga Exsas ini meneruskan bakti berbekalkan motto "Sumbangan Anda Adalah Cahaya Hidup Mereka".
Handphone: 0199855887

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Go to top