Kuala Lumpur - Kejohanan Boling & Futsal EXSAS 2013 aka DOUBLE TROUBLE 2013 telah berjaya diadakan pada 26 & 27 Oktober yang lepas. Bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall untuk boling dan Sports Planet Kota Damansara, kejohanan kali ini disertai oleh 21 pasukan boling dan 10 pasukan futsal. Kejohanan kali ini mendapat tajaan Petrosystem Sdn. Bhd. dan Klinik Haiwan & Surgeri Mesra. Sarapan ditaja Gardenia Bakeries.

BOLING

Kejohanan kali ini dirasmikan oleh mantan presiden EXSAS, Ir. Dato' Imran Baharuddin yang membuat roll off.

Pasukan trio Pin Killers dari batch 1987 menampilkan persembahan yang hebat dengan menjuarai kejohanan pada tahun ini. Dianggotai oleh Sheik,Zuhairi dan Zulkurnain, Pin Killers memungut keseluruhan 1317 jatuhan pin jauh meninggalkan pencabar terdekat, pasukan Bekas Juara dari batch 1990 (Zaimi, Yusman,Supa'at) yang memungut 1258 jatuhan pin. Tempat ketiga jatuh kepada pasukan TBC dari batch 1986 (Azmi, Sairul,Mohd Fazli) yang memungut 1236 jatuhan pin.

Zuhairi juga dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama individu hi-game (220) dan hi-series (522). Tempat kedua hi series Supa'at (500) dan ketiga Azmi (462).

Seperti dijangka individu wanita hi-game dan hi-series dimenangi oleh Noor Hanyta dari pasukan King Beng 1992 masing-masing dengan 175 dan 430 jatuhan pin. Kedua hi-series Sharifah Rafeeah (Oatcrunch 2004) 407 jatuhan pin dan ketiga Yuzaila (JTD 1997) dengan 394 jatuhan pin.

Hadiah disampaikan oleh VP1EXSAS, En. Khairi Hussin.

FUTSAL

Pasukan Cengkudu Rockers dari batch termuda 2009 menjuarai Piala Cabaran EXSAS FUTSAL 2013 dengan menewaskan Sp99dchock (1999) di perlawanan akhir. Plate dimenangi oleh Hamma 2004 dengan menewaskan Pok Ya FC (2002).

Bagi kategori Master Atas 40 tahun, pasukan 1984 gagal menjuarinya bagi ulung kalinya selepas tewas dengan pasukan jemputan Saro Masih Single (2000) dengan skor 0-2.

Hadiah disampaikan oleh Tuan Bendahari EXSAS, En. Khalili Jamaluddin.

Pasukan Cengkudu Rockers menjuarai kejohanan kali ke 5.

Perlawanan akhir Cup

Perlawanan akhir Plate

Perlawanan kategori Master

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Go to top