Pasukan SOBEK 01 gagal lagi dalam misi mereka memburu kejuaraan buat kali yang kedua di Kejohanan Futsal EXSAS edisi 2011 yang telah berlangsung di Extreme Park, Shah Alam pada 17 Julai yang lalu selepas kalah tipis 0 - 1 kepada pasukan Hammaaa 04 yang tidak begitu menyerlah pada tahun lepas. Edisi kali ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 12 pasukan dimana 2 pasukan daripadanya adalah dalam kategori Veteran.
 
 
Mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dan bermain secara liga. 2 pasukan teratas akan terus ke peringkat separuh akhir.
 
Pasukan Hammaaa 04 telah berjaya mengalahkan gabungan 96, 97 dan 98 United B dengan jaringan 3 berbalas 2, manakala pasukan Sobek 01 berjaya mengetepikan finalis tahun lepas iaitu Loa Loa 03 dengan jaringan 2 - 1.
 
Pemain dari Pasukan Hammaaa 04, Adik Mohd Syahid telah berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 12 jaringan manakala Adik Ahmad Asyraf muncul sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
 
 
              Penjaring Terbanyak - Syahid                                      Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Asyraf
 
Bagi kategori Veteran ( batch 88 dan keatas), TEAM 83 telah muncul sebagai Johan mengatasi Semangat 44 (84) berdasarkan kepada pungutan mata diantara 2 buah pasukan ini dalam semua perlawanan.
 
 
Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian didalam kejohanan ini. Tahniah kepada para pemenang dan cuba lagi pada tahun hadapan kepada pasukan yang kurang bernasib baik.
 
Anda semua adalah pemenang kerana telah menjayakan acara yang hebat ini. Terima kasih kepada semua penyokong dan maaf dari pihak penganjur atas kekurangan. Jumpa lagi pada tahun hadapan.

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today101
Yesterday175
Total556472
Friday, 18 August 2017 13:01
Powered by CoalaWeb
Go to top