Azlina Dollah menulis:

Assalamualaikum Kak Senah,

Shall we take a walk down memory lane?

Ingat lagi tak hari pertama kita menjejak kaki ke SEMSAS? Eh! Silap! Masa tu belum jadi SEMSAS lagi tapi Sek Men Sains Pahang.

Berapa haribulan Januari tahun 1973 (sape ingat eh ...Payit aka Charles Bronson mesti boleh ingat berapa haribulan sebab dia pengedar kismis minda ker apa). Den masih boleh ingat (cam tengok video playback gitu) waktu kaki den melangkah meninggalkan rumah bawak sebiji beg (ala-ala AF tu).

Baba den hantar ngan motosikal ke simpang jalan besar untuk naik bas. Omak den dalam pantang. Baba tinggalkan den sorang kat tepi jalan tunggu bas sementara dia pergi dulu ke SM Abu Bakar Temerloh (ABS) untuk urusan pendaftaran sebab dalam surat panggilan tu pendaftaran dari pukul sekian ke pukul sekian.

Tahun 1973, perkhidmatan bas dari Jerantut ke Temerloh macam biskut chipsmore tu, kadang ada kadang tak ada. Umur 13 tahun tak pernah pergi Temerloh naik bas sendiri. Tak tahu ABS kat mana pun. Bila bas sampai, penuh. Tak naik, entah bila pulak bas seterusnya. Jenuh gak den ngusung beg AF tu (berat woo!) bawak naik bas yang penuh sarat. Den perasan penumpang lain jeling kat den cam nak telan jer (ramai gak yang ala-ala Afdlin Aman Ramli dalam iklan orang buta naik komuter tu).

Gambar 1: Malay Medium bersama guru-guru

Gambar sumbangan dari Maaroff ( http://www1.mmu.edu.my/~maaroff/smsp73_77 )

Bila pakcik konduktor (Yusof Haslam pernah kerja konduktor bas tau!) hulur tiket, den bisik kat dia minta tolong tekan loceng bila sampai ABS tapi pakcik tu suruh den tekan sendiri. Den berdiri sepanjang perjalanan 50 km. Mata den memang tak berkelip ler mencari papan tanda ABS.

Kalu pandu kereta straight dari Jerantut ke Temerloh, ambik masa paling lama pun 45 minit. Naik bas ting-tong nih boleh makan masa 3 jam. Rupanya den terlelap dalam berdiri bila pakcik konduktor tu jerit "haa! ABS, ABS, sapa tadi nak turun ABS!!!" Luruh jantung den rasanya. Heeii! Trauma sungguh.

Den usung beg AF turun bas dan nampak ramai orang cam musim haji. Ada yang datang dua tiga buah kereta, dengan tok wan, tok ki, mak long, pak ngah segala. Ada yang dah kenal sebab memang satu sekolah atau satu kampung atau sedara sepupu sepapat.

Riuh deme, siap piknik lagi tengah orang ramai tu (Makcik S kot?). Den sorang-sorang jer, ngusung beg yang hampir sama tinggi ngan den mencari Baba. Ada yang pakai unifom sekolah, den pakai baju raya siap kasut tumit tinggi warna kuning (Senah, hang perasan den tak masa tu?)

Selamba jer den tanya orang sana sini cari kat mana pejabat sambil ngusung beg. Den tengok orang lain ada yang bawak dua tiga beg siap baldi dan hanger. Den hanya ada beg yang mengandungi pakaian seperti yang disenaraikan dalam surat tawaran. Baldi dan hanger tak disenaraikan pulak. Uih!! Stress!

Tak lama lepas tu, Baba datang dan bawak den gi asrama (kena lintas padang dari sekolah ke asrama pusat). Mak ai!!! Mujur tak patah kasut tumit tinggi den. Sampai di asrama, Baba gi belikan baldi dan hanger. Sebelum balik, Baba bagi duit dua puluh ringgit. Seumur hidup den tak pernah pegang duit se banyak tu. Hmmm... den rasa best sangat ... everything was perfect until first night prep was over.

Kak Senah, hang ingat tak apa yang berlaku pada den malam pertama kita prep??

*bus number 7377 going down memory lane - all aboard*

Kak Azlina (0302)
Class of '77



Hasnah Mohamed menulis:

Mokcik Lina D,

You shouldn’t start me on this reminiscing thing. Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tempoh kita naik bas 73-77 itu. Peristiwa lucu, sedih, geram, sakit ... semua ada. Pendek kata kita menjadi dewasa dalam masa naik bas 73-77 tu. Ini serupa jugalah dengan bas-bas lain seperti 74-78, 75-79, 76-80 dan seterusnya.

Bila I pergi Temerloh pada awal Januari 1973, itulah juga pertama kali I tinggalkan kampong halaman. Umur masa itu 12 tahun. Masih main batu seremban dengan sepak bunga kemboja. Masih pakai singlet weh, belum upgrade ke cermin mata. Hahahaha! I had no idea where I was going then. Masa itu keputusan semuanya dibuat oleh orang tua dan kita tak pandai membantah. I only knew I was joining a secondary school.

Gambar 2: English Medium bersama guru-guru

Gambar sumbangan dari Maaroff ( http://www1.mmu.edu.my/~maaroff/smsp73_77 )

 

I was sent by my parents to Temerloh a day before registration day. I cannot remember whether it was a taxi or a kereta sewa driven by my father’s friend. Mana ada kereta sendiri masa itu. Bila sampai sana, oleh kerana pendaftaran adalah hari esoknya and not that day, my parents tumpangkan myself at a teacher’s house nearby Asrama Pusat Temerloh itu. I remember berdiri di tangga pintu depan rumah cikgu itu, bergenang airmata menahan sebak bila my parents went away.

Apa tak takutnya. Tidak pernah berpisah dengan orang tua, tiba-tiba bersendirian. Malam itu I jatuh demam, pening kepala dan panas badan bukan main. Tidak berselera nak makan malam yang dihidangkan. Sebenarnya cikgu tuan rumah itu tidak ada dirumah, yang menjaga rumah adalah pembantu rumah dia. Kakak inilah yang tengok-tengokkan while I was sick that night.

The next day, seorang senior dari sekolah ABS (or SMKT?) kot, dating dan tolong uruskan my registration hinggalah masuk asrama. I never asked nama siapa or sekolah mana. Memang betul lurus dan tidak tahu apa-apa. Allah saja membalas jasa baik mereka-mereka yang telah membantu.

Dari hari itu bermulalah my life in a school hostel. I masih ingat some of my dorm-mates masa Form One itu. Khasnah, Zainab (the first Headgirl SMSP/SEMSAS), Siti Wangi, Norazian, Zalilah, Saemah, Nurul Akmar, other SMSP students and bercampur dengan seniors sekolah ABS (and SMKT too if tak silap). Dengan the fellow SMSP students, kita membina persahabatan. Dengan seniors yang besar-besar itu, kita belajar membuka mata. Membuka mata hingga terbeliak juga kadang-kala. Mak datok … tahun-tahun awal 70an tu time groovy. Banyak yang groovy!

The rest of the bus trip, I sambung kemudian. Mokcik Lina D, you continue what happened during that first night prep. I cannot remember much tentang first night prep. I just remember our preps were at the open dewan makan, bila hari hujan, siapa duduk kat tepi dia kena tempias.

Regards,
Mokcik Senah (0674) Class of 77



Sahridah Abu Samah menulis:

Weh... sonok gak citer bab reminiscing ni yek... meh kome sambung bab kome lak....

My late father took the trouble to pinjam my uncle's car for the journey. Tokleh ingat, sama ada my father drove himself or asked for the favour of another uncle (see, jaman dulu benda kecik macam antor anak ke sekolah asrama pun jadi a big affair.. semua ahli extended family tahu dan campur tangan... femes kita..).

Pun tak ingat sama ada we left early in the morning on that registration day, or went a day earlier dan tidur kat rumah my father's cousin kat Jalan Bahagia... because during that one year in Temerloh adalah those occasions... tak ingat which is which....

Hari pendaftaran tu memang ingat benar...... macam pesta gitu. Ramainya orang sampai penuh di sekitar ABS. Lama pulak tu.... sampai petang rasanya barulah menyeberang padang dengan beg-begnya.. .masuk ke hostel. Masa tu memang excited sungguh dapat duduk kat hostel. Takde lah nangis-nangis ke demam-demam. .... steady jer join kengkawan baru..

Dorm masa tu amat le besonya but still amat le sempitnya kerana agaknya more than thirty people in one dorm. Katil double-deckers very close to one another. Memang tak ada rasa takut langsung sebab boleh touch-touch orang sebelah.. From the very first day I was very comfortable, tak gaduh langsung rindu-rinduan kat mak abah kat rumah......

Prep malam kita kumpul ramai-ramai kat kantin asrama tu... Kalu asrama sekarang ada dewan makan, masa tu ada kantin je, tak ada dinding, sebab tu tempias bila hujan lebat.......

Kat meja makan tu lah kita buat homework, baca buku, the whole household - asrama lelaki dan perempuan. Riuh rendah masa prep... senyap sekejap bila Cikgu Dolah bertempik!

Kat kantin tu ada 4 rows of meja makan yang disambung panjang sepanjang kantin tu.. dua row penghuni asrama lelaki duduk, the other two we girls. Bercampurlah SMSP students dengan abang dan kakak ABS dan SMKT... Masa tu kita nampak mika ni bukan main elegant lagi...

Paling bestnya masa prep ni lah surat-surat akan diedarkan. Nama-nama orang yang ada surat akan dipanggil satu persatu.... ewah, bukan main bangga gi depan amik surat, macam gi amik piala AF pulak...

Pae... your turn pulak citer your story. You were there kan, although not an SMSPian....


Sahridah Abu Samah Class of 77


 

Gambar 3: Guru-guru dan kakitangan SMSP 1973

Gambar sumbangan dari Maaroff ( http://www1.mmu.edu.my/~maaroff/smsp73_77 )

 


Hasnah Mohamed menulis:

Nak cerita trip bus 7377 ni, mesti cerita dulu stesen awal bas ini iaitu Temerloh di tahun 1973. Bandar kecil saja masa itu. Asrama Pusat ABS tempat kita semua menumpang terletak diatas bukit sedikit gitu, just nearby is the stesen minyak BP (at that time). Asrama tu baru siap masa kita semua masuk jadi anak buah.

The school itself (ABS School) terdiri daripada bangunan-bangunan kayu single-storey yang agak lama. Old style.

Bangunan baru kat bandar Temerloh masa itu adalah bangunan mahkamah Temerloh, kira baru siap. There is only one main street flanked by 2 rows of shophouses in the town itself. Ada lagi isolated rows of shophouses here and there termasuk a couple of blocks berhampiran Asrama Pusat where THE famous nasi lemak restaurant is located. I say is located in the present tense sebab ada geng kata restoren tu masih ada hingga hari ini dengan nasi lemak yang sedap tu. Free advertising, nama restoren itu Restoren Azhar.

Dulu kita beli nasi lemak siap sambal sotong dgn sambal kerang dgn timun dgn bilis all for 80 sen sahaja. Itu kira luxury dah. Nasi lemaknya bau harum semerbak, bukan tanak dalam periuk tetapi dikukus dgn daun pandan dlm tong kayu. Berlejes air liur cium bau sambil tunggu pesanan dibungkus.

Juga masa itu ada sebuah panggung yang baru kat bandar Temerloh. Kenangan tak boleh dilupakan tang panggung ini adalah beramai-ramai pergi menonton filem hindustan yang mashyur ketika itu. Lupa dah nama filemnya tapi mengisahkan seekor gajah. Laaa ... bila geng pompuan keluar panggung, semua merah bengkak mata, dah beriya sok-sek-sok-sek dlm panggung. Lagu filem ini cukup famous masa tu.

Satu lagi tempat tumpuan bebudak SMSP adalah pejabat pos. Korang juniors tentu ketawa, `lame' nya pergi pejabat pos. Haa, pejabat pos tu dulu tempat penting. Kita pergi beli setem untuk surat, pos surat, collect surat berdaftar (mok pok kirim duit) dan tukar money order (juga mok pok kirim duit). Ini transaksi utama bebudak SMSP masa tu. Berkerumun kat kaunter pejabat pos, rasanya ini berlaku pagi sabtu.

Sekarang tentulah lain, ada handphone canggih, transfer duit melalui akaun dsbnya. Dulu, nak berita kena rajin tulis surat. Antik style. Mok pok pun tak kirim banyak duit belanja, $20 ringgit tu cukup sebulan. Tak payah sibuk nak beli top-up macam budak sekarang. Tulis surat time prep kat dewan makan tu.

Cerita pasal Temerloh mesti teringat my old SMSP friend Ainun Abdul Rahman (now a teacher in Temerloh). Dia ni pun naik bas 7377 juga. We often lepak kat rumah dia after merayau kat bandar Temerloh sebab dah separuh jalan dari hostel ke bandar. Oh, dulu tak kisah naik bas ... kita pakat menapak jer in the hot sun. Yang teringat sangat sebab rumah dia tu kat kampong bernama Sg Rabit. Kot dah tukar nama sekarang, tak tahulah ....

The bus trundles along ......


Regards,
Kak Hasnah (0674) Class of 77

 

 

The SMSP girls of 1973 at Asrama Pusat Temerloh in the fashion of the day – kain batik.

Cuba teka siapa mereka? Cik kak-cik kak 1973 sure tersenyum melihat gambar ini ….

Gambar sumbangan Hasnah Mohamed

 

 

Senior Kak Zahriah (bukan SMSP).

In the background 3 buildings, left is girls hostel, middle is the kitchen and open dining hall and

right is the boys hostel. Padang bola ini memisahkan Asrama Pusat dari sekolah ABS

yang SMSP tumpangi pada tahun 1973 ini.

Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Sehingga kini : 683929 | CoalaWeb
Go to top