Jr Bro Safarin Yien Class of 96 bertanya:

Time tu, apa lagu yang menambat hati muda mudi??? Late 70's maybe pop-yeh-yeh atau rock dah start menggilai jiwa remaja time tu hehehehe.... .cite ler sikit.

y i e n
j a s a 9 6

Sukhairi bin Aminuddin (a.k.a Subam)

menyanyikan lagu Riben Biru pada

Sambutan Hari Guru 1973.
Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin SMSP77


Hasnah Mohamed menulis:

Akak dah tak berapa ingat semuanya but I can say masa tu kami suka Santana (Black Magic Woman, Evil Ways), lagu Tie A yellow Ribbon Round the Ole Oak Tree, kumpulan The Jackson 5 (with Michael Jackson still a young boy and masih waras dan normal looking), The Osmonds (Donny Osmond and brothers and sister Mary Osmond), Crocodile Rock (Elton John), Rocky Mountain High (John Denver). Lagu melayu masa tu lagi tak berapa ingat but akak rasa arwah Rafeah Buang (something about sekratari), Sanisah Huri, lagu arwah P Ramlee banyak yg popular at that time. Also lagu Kereta Lembu (dari Melaka). Ahmad Jais pun angkatan tu.

Some sundays kat hostel, the seniors (ABS students) would organize lagu pilihan melalui PA system kat dewan makan (mana lagi, life centred kat dewan makan sokmo masa tu). PA system yg style lama yg bercorong tu lekat kat tiang 2 bijik if tak silap. Seniors ni dia jadi DJ nya. Dulu panggil juruhebah. Penghuni asrama beli macam kupon dan tulis lagu pilihan dari dalam senarai, kena bayaran 20 sen kot satu lagu, pas tu lagu tu dimainkan lah kat corong PA tu. Siap dgn ucapan lebih kurang macam,"Ini lagu Black Magic Woman pilihan Azlina Dollah ditujukan kepada Hasnah Mohamed dengan ucapan tolong angkatkan kain jemuran aku kat penyidai sebab aku malas nak turun kebawah".

*Mokcik Lina, I'm just joking!*

Regards,
Kak Hasnah (0674) Class of 77


This was how the King of Pop looked like in 1973 …. cute ….
Gambar dari internet

 

Azlina Dollah menulis:

Citer katun tak main woo (we ladies ler. Kot Payit aka Charles Bronson tu ontahlah) ... kita orang nengok citer Dallas, The Man From Atlantis …

Radio tak popular sangat. Cassette player (portable almost as big as a notebook now) pakai bateri sel kering lebih popular untuk dengar lagu ROCK dari KISS, Deep Purple, Santana.

Every now and then …. mesti ada stage shows ... live band!!! Pastu siap ngan pertunjukkan fesyen lagi. Emm … kalu YG ni allows attachment .. I could attach gambar pertunjukkan pakaian beragam pertama kat dewan SEMSAS tahun 1974. Mahal tu .. boleh jadi collectors item tu.

Kak Azlina (0302)
Class of '77



Ni dia gambar pertunjukan pakaian beragam. Pak Baiee ada, Pak Aji ada,

Hulubalang ada, Koboi ada, Chettiar ada … the boys of SMSP 1973 … lagi cute ....



Mini sekerat ada, bell bottom ada, ponco ada, topi besor pun ada …

the girls of SMSP 1973. Whooooaaaa ....

Gambar-gambar sumbangan dari Maaroff SMSP77

(website http://www1.mmu.edu.my/~maaroff/smsp73_77/ )



Jr Bro Azhar Aziz menulis:

Untuk tidak menghampakan kak hasnah dan yang lain ... koi perturunkan 5 buah lagu-lagu nostalgia ... mengusik jiwa 70's ... mp3 file... boleh dengo dan bleh download untuk sesapa yang nak.kalau ada yang nak tambah senarai... dipersilakan…. lagu kegemaran kak hasnah pun ada tu ...

http://www.exsas.com.my/phpbb/viewtopic.php?t=87

qisan88


Jr Bro Dryram menulis:

Sesambil membaca memories yang menyeronokkan ini, I pun teringat benda-benda yang sis timbulkan semula. Pertama cerita hindustan pasal gajah tu, kalau tak silap tajuknya Haathi Mere Saathi dibintangi Rajesh Khana. Rasanya keluaran 1971 atau 1972. Masa kecik ramai yang boleh nyanyi lagu tu. Bobby kata sis Lina D tu pulak sekitar tahun 1973, 1974 atau 1975 rasanya. Pun ramai yang bersiul atau hafal lagu-lagu dari filem dibintangi Rishi Kapoor (heroin, tak ingat, sorry!) tu.

Dalam negara, DJ Dave menumpang popular dengan depaan tangan dan kangkangan kaki sambil menyanyi lagu-lagu tersadur dari pilim (dulunya bahasa Melayu Riau menyebut "pilim" bagi filem) Hindustan ("Hindustan" bermaksud negara India dan Hindi adalah bahasanya). Maka kebanyakan rumah yang mempunyai anak dara akan ada gambar pin-up seorang singh handsome tertampal di dinding kayu sebagai menghargai suara dan depaan tangan panjang penyanyi tersebut.

M. Shariff muncul dengan caranya sendiri - sesedih mana sekalipun lirik lagu, petikannya gitarnya mestilah yang boleh menjentatkan kaki. Walaupun tidak menggunakan gigi berlapiknya untuk memetik gitar, beliau anggun sebagai antara gitarist yang terhandal Malaysia pernah wujudkan. Malah diiktiraf oleh Fender (pengeluar gitar sendiri) [kalau tidak salah I.] Begitu 'pukulan' M. Shariff, sudahnya orang si dara menangis tersedu menghayati lirik dan makna lagu di sebelah telaga, si pria berkeringat di ruang tamu menari suka dendang irama gitar rancak M. Sharif. It was a sheer twist, nonetheless a win-win one at that.

Sementara tu, The Swallows menjadikan lagu ethnic Bowean sebagai konsep album mereka. Maka ramailah keturunan Jawa dan Mandhaling menyanyi lagu Bowean, walaupun hakikatnya mereka tidak secocok waktu itu. Lagu ternyata menjadi alat efektif sebagai sumber pengaman.

Lepas itu wujud pulak Broery dan Sharifah Aini menyanyi lagu "Seiring dan Sejalan" [yang kemudiannya dipopularkan semula.] Kemudian muncul dua penari kebudayaan DBKL rasanya, nama Hail Amir dan Uji Rashid, juga menukar pentas hiburan negara. Ramai juga penyanyi sealbum-dua yang timbul termasuklah yang berlagu Gadis Melayu tersebut (rasanya daripada Singapura -- ingat-ingat lupa.) Kumpulan Indonesia juga timbul dalam arena musik Malaysia -- D'Lloyd, Mercy's dan soloist seperti Eddie Silitonga, Broery Marantika, Bob Tutopoly, Emilia Contessa dan sebagainya yang kemunculan mereka lebih hebat daripada pesada tanahair. Maka ramailah yang bersiul dan menyanyi dalam tekak lagu-lagu seperti "Mimpi Sedih," "Widuri," dan "Mengapa Tiada Maaf."

Rancangan ditunggu-tunggu di deka tersebut ialah Bintang RTM dan Bakat TV. Sudirman, Dahlan, Jamal, Ramlah Ram dan ramai lagi yang jadi terkenal serta merta kerana pertandingan tersebut. Di kalangan dekat, Cikgu Murad Hamid (former semsas music teacher) juga turut serta dengan kumpulan "September Five." Husien (blind violinist/fiddler) juga menang pertandingan dipimpin oleh cikgu Ahmad Omar (also former semsas music teacher.)

Akhir '70an, penyanyi tidak lagi memerlukan hanya bintang dan bakat RTM untuk dikenali. Maka timbullah kumpulan-kumpulan dan soloist baru seperti Alleycats, Adam Ahmad, Ben Nathan, dan lain-lain menghangatkan suasana hiburan negara. Maka, lirik seperti "Sekuntum Mawar Merah, Sebuah Puisi" menjadi puitis cinta sewaktu itu dan diabadikan oleh penyanyi-penyanyi angkatan baru. Malah Jamal (Bintang RTM 1979) menyanyikan lagu Alleycats dengan 'kneeling' sewaktu chorus "ku berdoa agar dikau aman bertemunya….." yang melonjak kelebihan beliau daripada petanding lain.

Tentang lagu-lagu pop Inggeris, terlampau banyak waktu tu dan kena rasanya sis Hasnah perturunkan link lagu waktu tu. Akhir 70an juga menamatkan zaman Hippies dan dikatakan zaman mematangkan 'baby boomers'. Tapi itu cerita lain. Sebab terlampau banyak yang berlaku dalam satu masa. Zahir kumpulan, semua group kugiran rancak dalam dan luar negara dengan seluar ketat berkilat, kemeja 'body-huggin, ' rambut ikal panjang, ada yang berkasut platform, etc. Mengenai radio, kalau di akhir 70an and awal 80an, antara rancangan radio popular rasanya "The Suzuki Road Show" kendalian Patrick Teoh. Rasanya hari Sabtu atau Ahad.

Di TV pulak, pembaca beritanya hambar dan langsung tidak ada motivasi, kaku di depan kamera dan sesetengahnya membaca sesambil melepas batuk (literal sense). Ada yang batuk di tengah berita sampai dua minit. Iklan timbul. Dan sambung berita. Batuk lagi. Kali ini dengan relay yang lebih panjang. Iklan lagi. Baca dan batuk lagi lebih panjang dari sebelumnya. Iklan lagi sekali. Tertera selepasnya tukang baca lain!

Selepas berita, dan jika tidak ada slide "Jangan betulkan TV anda" [menunjukkan siaran terputus], ianya diikuti rancangan Peristiwa dengan montage hitam putih berpusar seakan-akan pusaran sejalur bumi pada 24 jam yang lepas (justeru, 'peristiwa' tersebut). Yang terjelas dalam pusaran tersebut adalah si Iban menari Ngajat (?). Semacam itulah saja identiti Malaysia waktu itu. Kemudian diikuti dengan 'Susunan Rancangan' bagi memperingatkan penonton tentang waktu siaran rancangan. Timbullah si juruhebah semacam bercakap daripada tingkap. Jika juruhebah wanita, rambutnya (samada palsu atau disetkan) lebih tinggi dari ukuran mukanya. Yang terkenal waktu itu adalah anak perempuan Cikgu Lambak (orang Pekan) yang adiknya juga adalah exsemsas (kalau tidak silap).

Selepas berita dan peristiwa (atau sebelum, atau antara keduanya), pada malam tertentu ada drama RTM Potret Pekerti dengan berbagai kisah masyarakat; hampir semuanya berkisar kepada kesempitan hidup dek kemiskinan.

Sedikit mengenai cerita pejabat pos. Dulunya ada peraturan keluar duit dari pejabat pos. Rasanya pengeluaran hanya boleh dibuat selepas seminggu atau dua minggu daripada pengeluaran tunai terakhir.

Itulah adanya perihal sewaktu itu.

Dryram


Tak jumpa Haathi Mere Saathi, but ini poster another hindi movie 1973

yang masyhur Yaadon Ki Baaraat (Dharmendra and Zeenat Aman).

Mokcik Lina D sure boleh nyanyi lagu Yaadon Ki Baaraat …Ke Timur…

Ke Selatan ini …..


Hasnah Mohamed menulis:

Thank you very much Dryram. You managed to fill in the part I couldn't remember much. Masa tu akak takder dengar radio or nonton TV much. In fact, kat hostel Asrama Pusat Temerloh tu tidak ada TV. Tak sure pulak samada hostel lelaki ada TV pada tahun 1973. Ada ler some students bawa radio transistor kecik tu. Yang itulah melalak berdesing-desing bila balik sekolah yg pakat kami dengar.

Tersenyum gelihati akak membaca your comments tentang perkembangan musik tanahair dan siaran TV tu. And yes nama filem hindustan itu betul. Lagu itu betul. Dulu filem hindustan selamat dilihat oleh kanak-kanak, bukan macam sekarang ... By the way, sebut anak cikgu Lambak kat Pekan tu, ada seorang kawan SMSP juga yg bernama Norlaila Lambak. She was with us in 1973.

Regards,
Kak Hasnah


Azlina Dollah menulis:

Juruhebah susunan rancangan tu nama nya Noraziah Lambak. Adik dia Norlela Lambak my classmate … great voice nyanyi lagu Emilia Contessa - Mimpi Sedih. Sekarang dah jadi pengetua some school in KL kot coz the last time i heard about her way back in 2000 she was a GPK.

Let's keep walking everyone.

Have a nice day.

Kak Azlina (0302)
Class of '77






Another view of the Asrama Pusat Temerloh in 1973 from across the school field.


View of Sekolah Jalan Bahagia Temerloh in 1973 not far from ABS School

where SMSP were temporarily stationed. Some of our 1973 hostel friends sekolah disini.



Pose istimewa kakak-kakak seniors Asrama Pusat berlatar belakang Sekolah ABS Temerloh.

Kak Jessmin dan Kak Hanida Alang Ahmad. Nak tunjuk gambar sekolah sebenarnya,

bonus dapat lihat kakak comel 2 orang ni ….hotties tu dulu tu ….

Ketiga-tiga gambar sumbangan Amdan Akil SMSP77.

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today18
Yesterday295
Total604676
Sunday, 21 January 2018 03:01
Powered by CoalaWeb
Go to top