Gambar lama kawasan sekolah SMSP/SEMSAS dari udara.

Lihat kawasan hijau sekeliling sekolah dan jalan besar yang belum menjadi lebuhraya

seperti sekarang. Gambar sumbangan Azhar Aziz yang di ambil dari koleksi En Dahlan.



Hasnah Mohamed menulis:

Al-kisah seterusnya …….

Cerita tapak bangunan kekal sekolah dibina di Kuantan sudah menjadi salah satu tajuk perbualan semasa menumpang di ABS Temerloh lagi Bermacam-macam khabar angin timbul pada tahun 1973 itu. Spekulasi popular termasuk tapak kekal di Tanah Putih Kuantan bersebelahan Sekolah Adabi (sebelum menjadi taman perumahan seperti ada sekarang). Tanah Putih sebelah Sekolah Adabi ini dalam tahun 1970an hanya kawasan kosong dengan banyak rumah setinggan seberang sana jambatan ditepi sungai. Masih beroperasi masa itu kilang proses getah sekerap kepunyaan Lee Rubber Company (nama besar tahun 70an). Bau dari kilang ini …. kuuussssemannngggat! Sebut Tanah Putih dulu, semua orang tahu bau yang menyengat hidung.

Kononnya, tapak ini tidak jadi dipilih kerana Sekolah Adabi pada masa itu reputasinya `ahem-ahem’ sedikit. Takut pengaruh menular. Begitulah cerita yang tersebar diantara pelajar masa itu. Cerita ini tidak pernah pula di confirm kan oleh Pengetua atau mana-mana guru. Tinggal sebagai mitos tahun 1973. Saya rasa mungkin juga bau dari kilang getah sekerap itu memainkan peranan penting.

Anyway, pada awal tahun 1974, kumpulan pertama SMSP diarah mendaftar ke sekolah di tapak kekal Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan. Ketika itu Batu 8, Jalan Gambang bukanlah seperti sekarang ini. You can say it was an isolated place. Actually, it was more like a tempat jin-jin bertendang main bola sepak place. Tiada kawasan perumahan Tamas Tas atau yang sekitarnya seperti sekarang. Dulu dikelilingi estet pokok getah dan menghala ke Batu 9 pokok kelapa sawit. Ada beberapa buah kilang papan dikawasan itu dulu. Masjid kecil dan sekolah rendah Batu 8 itu bagaimana pun sudah ada. Perkampongan sekitar situ tidak seberapa. Ramai cikgu-cikgu masa itu menyewa sekitar kampong yang berdekatan ini atau kampong sepanjang jalan dari Kuantan ke sekolah.




Kad perpustakaan edisi pertama SMSP tahun 1974.

Lihat ejaan “milik” pada masa itu dieja sebagai “milek”




Sehingga tahun 1977, persekitaran masih `green’ kami boleh buat biology field trip masuk ke kebun getah. Biology field trip to study parasitic plants. Sekarang mungkin parasite lain yang berada disitu yang sekarang sudah bertukar menjadi kedai-kedai Taman Tas dan stesen minyak. Jalan di hadapan sekolah itu dulunya hanya 2 lorong, satu kehulu satu kehilir. Hari ini jalan itu sudah bertukar menjadi lebuhraya zoom-zaam siap jejambat untuk melintas. Ops sorry, saya terkedepan ni … undur belakang back to 1974 .. .

Kedai paling hampir a few kedai kecil tidak jauh dari Batu 9. Tidak sampai pun 10 buah kedai. Setakat emergency nak beli sabun mandi atau ubat gigi, no problem. Other than that, kena naik bas pergi Bandar Kuantan. Kedai paling popular jual rojak. Seingat saya memang sedap rojaknya.

Kawasan sekolah spanking, brand new in 1974. Padang bola pun masih botak-botak. Kita ada asrama lelaki 2 blok, asrama perempuan 1 blok, dewan makan dan dapur 1 blok, Industrial Arts 2 blok, dewan sekolah 1 buah dan blok sekolah 2 buah. Inilah sahaja kompleks sekolah pada awalnya. Kantin sekolah pun belum ada in 1974. Jimat belanja budak-budak.

Makanan di dewan makan sekarang sudah di kontrak kepada caterer ke?

Dulu-dulu kita makan nasi kawah, ayam dan daging plastik, ikan jeket besi, biskut semegi, bubur kacang dan bubur kacang dan bubur kacang (perasaan saya bubur kacang all the time for tea hingga saya muak hingga kehari ini tidak lagi berselera nak makan bubur kacang). Menguis dan ketepikan ulat dalam sayur sebelum makan itu perkara biasa, lepas tu orang kata buat dak saja makan sayur itu lepas dah diketepikan ulat yang tergolek sama kena masak. Kadangkala nasi separuh masak masih mentah. Semua ini zat-zat extra saja bagi kami.

Tukang masak kena masak banyak-banyak jadi tidak ada masa nak cuci bersih agaknya atau nak pilih ingredients yang baik semuanya. Pakai curah segala. Saya memang nampak bilis memang tidak dicuci, terus tuang dari dalam bekas simpan masuk terus ke kuali minyak panas. Ini untuk memastikan bilis rangup. Jika dibasuh dulu bilis kembang sebab kuantiti banyak dan bila digoreng jadi `lemau’ (lemor or lembek or tidak rangup or tidak garing or bila kunyah payah nak hancur tulang rahang terpele’ot dulu).

Sebenarnya, jika bilis `lemau’ pun kita tidak kisah. Apalah bilis `lemau’ itu sedangkan kita ada ayam dan daging plastik serta ikan jeket besi. Rahang kita masa umur 14 dulu macam rahang Six Million Dollar Man (siri TV habis canggih during that time). Bilis `lemau’ would have been masalah kecil sahaja. Bukan macam sekarang umur dah 47, kita ada bridge, kita ada dentures. Bilis garing pun kena hati-hati kunyah takut terpelanting apa yang tak sepatutnya terpelanting. Hahaha!

Anyway, mengorek dan membuang perut ikan sambil makan juga perkara biasa yang kami buat . The other way was to eat the fish while carefully avoiding the offending fish stomach contents. Maybe offending wasn’t the right word for me. I wasn’t offended, I just didn’t care. Belasah semua.

Actually, ada juga makanan yang sedap. Yang saya suka ayam masak merah (provided dapat ayam tidak plastik lah). Time ini saya selalu pergi makan dengan Norazian Mohamed sebab dia tidak makan ayam. Boleh teka tanpa hadiah who ate her chicken share … and we became the best of friends.

Dulu-dulu sewaktu melaluinya, masam juga muka bila keluar dewan makan. Tetapi sekarang, bila ingat balik, tersenyum menjadi asam garam hidup. Besor panjang juga akhirnya dalam makan nasi kawah dan lauk-lauk special dewan makan sekolah. Dapat pula bercerita balik kisah ini 33 tahun kemudian.

Siapa ingat acara biasa hari minggu di padang sekolah? Jika masuk acara ini, tidak perlu pergi prep pagi ahad. Takkan dah lupa, geng? Pokcik-pokcik pun ramai yang ikuti acara ini, jangan buat-buat garu kepala pura-pura lupa ya.


Regards,
Hasnah (0674) Class of 77



Sahridah Abu Samah menulis:

Semasa di Temerloh (1973), kita berarak ke bandar Temerloh setiap hujung minggu (I tak pernah ke Mentakab sepanjang setahun tu), climaxnya makan rojak mee kat kedai mamak jalan besar (rasanya ada lagi kedai tu kat situ).

Bila SMSP berpindah ke Kuantan pula, kita kena naik bas nak ke Bandar … Punyalah seksanya menunggu bas di tepi jalan, berasak-asak dalam bas (sekali keluar satu hostel habis lengang...) dan time balik selalu kenen driver suruh laju sebab kena masuk pagar sebelum pukul 6 petang!!! (kalau tak TEC denda cabut kemuncup kat padang!!!)

Masa tu rasanya seluruh orang Kuantan kenal budak sekolah sains ... memula keluar pakai uniform sekolah pinafore biru laut tu siap stokin dan kasut putih ...... then sometimes later boleh pakai uniform asrama - perempuan pakai kurung putih dengan kain merah hati ... macam uniform wanita Umno sekarang. Lagilah orang keliling kenal kita dengan uniform yang mencerlah tu!!...... (Boys ada uniform asrama ke?..) (*Nota: Tidak ada uniform asrama untuk pelajar lelaki, dia orang tetap pakai baju putih dan seluar putih – Hasnah*).

Later on kita tak tunggu bas tepi jalan lagi dah ... ada bas datang ambil kita kat asrama dan hantar balik pada masa-masa tertentu. Drop off point ialah Pejabat Pos Besar Kuantan (Senah ada entry tentang pengaruh Pejabat Pos pada kita waktu itu).

Company bas ni lah juga yang hantar kita balik kampung every term holiday... so takder lah kita berebut-rebut naik bas sangkut dengan beg gedang (locker kena kosong) hampir sama besar dengan orangnya ...

Bestnya time tu kalo bas tu ada cassette player ... depa main lagu sekuat-kuatnya. Bila masuk pagar sekolah aja dah berdengong-dengong bunyi musik mengalahkan bunyi injin bas ... I have a lot of sweet memories regarding journeys in these buses ...

Kita boleh keluar after breakfast on Saturday, lebih kurang pukul 8 pagi sampailah pukul 6 petang. (Masa tu kita gunakan term 'keluar ke bandar' or 'keluar ke Batu 8'. Budak SEMSAS sekarang sebut 'outing'. Ada sekolah tu guna istilah 'town leave').

Then on Sunday, kita keluar after morning prep about 11 until 6 juga. Memula kita boleh keluar semua: boys and girls ... Then bila ada kes coupling-coupling (bukan batch kita ye ... ) keluar ke bandar kena bergilir minggu. Time boys keluar, Lina D selalulah ajak I kenen cikgu (tak ingat which) minta kebenaran keluar ... cakap ada urgent nak beli barang yang tak boleh pesan kat boys … hhihihih ....

Bila dah remaja (form 4/form 5) takder lah kita keluar beramai segerombolan lagi ... Masa tu selalunya I keluar berdua dengan Sisla … bawa duit lima ringgit ... tambang pergi balik seringgit ... a plate of rice/mee/whatever + drink, maybe two ringgit... then pergi kedai buku beli magazine another one ringgit ... ada lagi balance seringgit untuk beli tidbits untuk makan kat hostel or masa prep malam .... oohh, life was heavenly ....


Azlina Dollah menulis:

Assalamualaikum,

1974, tahun pertama di Kuantan. Beberapa peristiwa yang menyayat kalbu den antaranya seperti yang Kak Senah cerita iaitu pasal makan khususnya sahur hari pertama, naik bas balik cuti penggal satu dan filem hindustan Bobby.

Cerita pasal makan ni, den teringat masa kat asrama pusat Temerloh tu, my favourite breakfast menu was Wednesday's Pulut with Serunding Kelapa. Pulut is always an all time favourite with me and the serunding kelapa prepared by the dewan makan cooks was very tasty though sometimes pedas melampau sampai keluar semua air through available orifices. Sometimes it was just a wee bit tooo hot. I would made sure to finish ALL toilet business before taking breakfast on Wednesday and NOT go again until the next day except for small business. Stinggggggggggggs!!!

Ingat tak masa memula kat dewan makan baru tu, makan berhidang lengkap dengan sudu garfu. Kita tak dibenarkan makan menggunakan tangan. Tu sebab teringat sangat kat ayam dan daging plastik tu sebab ada beberapa peristiwa ayam terbang dari pinggan sebab kita hanya gunakan sudu dan garfu dan bukan pisau untuk potong daging ayam (itu lah masalah bila setakat meniru tanpa ilmu yang betul - and that was not our fault). Dok terbayang lagi bagaimana Cikgu Kadir Yaacob ajar cara pegang sudu dan garfu.

Paling den ingat first sahur tahun 1974. Jam 2 pagi kita dikejutkan dengan bunyi loceng dewan makan. Peraturan ke dewan makan mesti berpakaian formal. Jadi bayangkan dalam mamai tu kita kena tukar baju (sudahnya ramai yang masuk tidur dengan baju kurung sepasang) dan beratur (makan berhidang hanya untuk beberapa bulan pertama sahaja) dengan tray. Ada yang boleh tidur sambil beratur.

Most unforgetable was that first day sahur. Nasi berlaukkan sadin cap HAK KERAJAAN MALAYSIA terus dari tin. Mengalir air mata den dan tekak jadi sempit tak leh menelan. Dah dekat setahun tu hampir tak ingat rumah sebab rasa asrama bagai syurga, tapi malam pegang puasa den nangis teringat daging bakar dihidang panas cicah air asam yang mak den biasa buat special untuk first day sahur. Akhirnya den tidak lagi bersahur untuk first day puasa sepanjang di Semsas.

Another first yang den ingat ialah balik kampung cuti penggal pertama. Just as I was left to my own devices to get to the school the previous year, going home for the first term break was another big adventure for me. There were two ways to get back to Jerantut from Kuantan. One is through Temerloh and the other is through Maran. I couldn't get the Kuantan-Temerloh bus ticket and thought of taking a taxi which cost a lot more than a bus ticket. Saimah my classmate from Felda Ulu Jempol (now a Science & Math Officer at PPD Maran) suggested that I take bas ting-tong Kuantan-Maran- Jerantut with her.

I don't know if ignorance is bliss but I have never travelled that road and had no idea of how long the journey was going to be or the condition of the road. I was happy to save some money, and on the day, as observed by mokcik Sher, I had to lug my AF luggage (minus the wheels, mind you) all the way from the hostel to the bus stop across the school. Then get the bag up the bus to Kuantan and from Kuantan took another bus to Maran. And boy! Did I regret not taking the taxi.

From Kuantan to Maran was still bearable though it took too long. I don't remember how many hours, but I had to stand all the 83 km to Maran and the road was not like it is today. Bumpy and very dusty. From Maran to Jerantut the long, narrow, winding, bumpy and dusty road extorted a toll on poor me.

Guess what!!! MUNTAH HIJAU. I was alone and felt so sick. Luckily I went prepared. I had my plastic bags with me. Hmmm... I wonder what would happen had I gone sick all over the bus.

It was already late in the evening when I reached Jerantut and I had not taken anything since breakfast. Sick as I was (felt like kain buruk) no one offered to take my bag down (not even the bus conductor - hmmm! What manners). I remember my knees buckled in as I went down the bus. I don't remember being scared or helpless though, just a lot embarassed. I went to get a taxi and tried to negotiate with the driver to drop me at my door. The pakcik refused. He would only take me to the junction and I had to walk another 2 km to reach home.

I was feeling too sick and tired to walk the 2 km with my AF luggage. So I waited for another taxi. This time I didn't negotiate. I just told the taxi driver where I wanted to go, Sungai Mai. The driver asked for RM20 and I said ok. When we reached the junction, I told the driver I don't have the money to pay him and he has to sent me to my door and get the money from my parents. He he he !!! That worked. And it was past Maghrib when I arrived home.

Having gone through this experience and I think I did come out a better person, somehow I wouldn't let my own children go through what I went through. I wrote about this in my celoteh column on exsas website (http://www.exsas. com.my/celoteh4. htm).

Kak Azlina (0302) Class of '77



A writer gave me this information (understandably the writer prefers to remain anonymous and I am sure very sorry for those naughty days):

X-FILE 4 TAYAR PANCIT

Kereta tu: Model Toyota KE 20
Bilangan pintu: 4
Tahun: 74
Reg.number: CD 7476
Pemilik: Tan Eng Chuan
Warna: Kuning.
Warna asal: Coklat muda
Warna terkini ketika itu: Kuning
Tempat parking utama di Kuantan waktu malam: Kelab di Tebing Sg. Kuantan (Medan Pelancongan)
Lokasi pemilik sekarang: Taman Perumahan depan Jabatan Pelajaran Pahang.

SSSSsssshhhhhhh ........


Amdan Akil meyumbangkan gambar ketika Perasmian SMSP 1976:


Gambar lama Pemeriksaan barisan sempena Perasmian SMSP 1976.



Amdan Akil menulis kenangan:

Penggal pertama sekolah tahun 1973, bila tiba hari sabtu ahad masing-masing macam kelkatu keluar sarang…... kalau tidak ke Temerloh, ke Mentatakab, tak pun kerumah kengkawan orang Temerloh .... saya pernah ke kampong Zaimi di seberang Temerloh, naik boat kat tapak pekan sari ke seberang .... fuuuuuh seronok ada, kecut perut pun ada ..... pertama kali naik boat.

Penggal kedua sekolah, masing-masing dah penat gamoknya meronda... maklumlah nak ke Mentakab bukan senang nak dapat bas, pegi balik menapak.

Jadinya hujung minggu meronda kawasan sekolah ... termasuk asrama lama ABS - tempat yang agak menyeramkan jugak masa tu. Masa tu ada kamera beli kat Tukang Gambar Lee Nam (kalau tak silap) tak sampai RM10.00 pun ... ceeee masa tu siap bawak kengkawan begambo sana begambo sini, kebetulan sekali tu terserempak dengan cik kak cik kak tu ... haaai, tak nak ambik gambo kita orang ke ..... tu yang jadi gambo tu ... (*gambar dua orang kakak senior Sekolah ABS di paparkan didalam Bab 2 Bas 7377 – lihat penghujung bab*).

Bercerita tentang dorm, teringat satu peristiwa masa tengah prep kat dewan makan, tetiba lampu padam, ramai yang menjerit. ..... terdengar satu jeritan nyaring ... lepas tu senyap .... dengar-dengar ada budak perempuan pengsan ..... semua diarah balik ke bilik masing-masing, masa nak balik kebilik, jenguk-jenguk gak siapa yang pengsan tu .... tapi tak perasan sebab dah di selimutkan …. dalam hati ... hai ..... sama je dengan selimut aku ...... rupa-rupanya memang ya selimut aku .... sebab ... dorm yang paling hampir dan katil paling tepi ....... tak tau la kain selimut tu dapat membantu sembuhkan pengsan atau pun jadi lebih teruk ....... hehehe.


Kenangan Ahmad Razali Abd Malek:

Jangan lupa menu pagi rabu. Roti dengan sekaya yang dalam mangkok kedekut suruh kita makan 8 orang. Suna mesti ingat peristiwa roti hilang sebanyak 70 bantal pada hari Rabu. Aku, Lan Sudin, Jalal dan Hasan ... aktiviti berenang kat belakang sekolah dalam pokok getah .... kena kejo ngan Orgit.

Loceng bunyi 26 kali sehari (tambahan 4 kali masa bulan puasa).

Tahun 1974 kita sakit hati sebab hari-hari kena dengor bunyi loceng 22 kali, jadi pada bulan puasa satu hari tu loceng tak bunyi ....

Rupa-rupanya ada selipar dilekatkan kat tepi loceng. Pakat ramai yang miss sahur ….


Ahmad Razali Abd Malek menulis tentang 1973:

Kat Temerloh aku sebenarnye terlalu suka gembira dapat keluar dari kepompong Jerantut ... masa tu aku datang sama dengan Ariff, Zuhaimi, Rashimah (keluar 1975) dan beberapa orang gerabak Jerantut lagi. Tapi macam biasa aku kat Jerantut pun stranger dari Selangor, masuk sekolah tu Darjah 5 terus amek pekse .....

Sampai Temerloh, aku kenal makhluk pertama Zainuddin Noh budak Rompin. Kolar baju dia beso cam stail Elvis .. siap tempah beb .. aku duduk tepi sekali dalam dorm yang sempit tu .. kelambu aku kelambu askar jadi ikat satu je ... meriah untuk orang pemalas macam aku ni ... sebab nyamuk tak lalu kot.

Paling aku ingat sekali masa patah tangan main bola ngan senior ... hari selasa ... masa kena bola lengan kanan aku bengkok (tulang lembut). Rahim Helmi (arwah) datang terus jerit, “Tangan dia patah!" sebab hodoh beno . Zaidi Alimi yang datang dengan confident nye, dia sentap dan masuk balik ... aku tak tahu lah dia buat betul ke tak … yang pasti sakit je ... oleh kerana masa kecik-kecik aku selalu kena balun ngan nenek aku jadi aku cam boleh le tahan sikit bahagian rentap-rentap tu.

Akhirnya malam tu aku tido hospital Mentakab, satu hapah ape pun hospital tak buat. Jadi sepanjang malam aku nanggung je la sakit tu. Untuk hilangkan boring aku tolong satu apek ni umpil kuping kulit dia yang baru nak baik dari terbakar ... banyak beb ... aku umpil lah dengan pinser ... isi dalam bekas ayan tu ...banyak lah jugek. Dah la aku tido atas stretcher sebab wad tu penuh. Peh meriah beb sebab misi semua kenal aku - budak yang tolong cucikan nanah apek tu ... hampir satu wad tak lalu bau dia punya nanah. Entah aku tak le bau sangat …...


Hasnah Mohamed menulis:

The 7377 bus continues...

When SEMSAS was new, there weren’t much of landscaping around the school and hostel grounds. The school field had dots of grass instead of full turfing and there were only few small shrubs and young trees here and there at the school blocks. In terms of natural shading, there were none then. On hot days, the sun blazed down mercilessly but we did have the covered walkways all the way from the hostels to the school blocks as an alternative route to school.

We also walked across the grassed area adjacent the dining hall as a shortcut instead of the longer corridors of the dining hall and the Industrial Arts block, eventually causing a well trodden path devoid of grass to appear diagonally across the grassed area. This caused a new rule to come out, no walking on the grass with the prefects keeping vigilant eyes on any naughty feet attempting to kill another blade of grass.

Talking about grass, on sundays a troop of students would be herded to the school field to pick the `kemuncup rumput’. Who were they? They were students punished for reporting back to school late on our outing days. Our deadline was 5.00pm (or was it 6.00pm) and anyone caught late at the Pondok Jaga got their names taken down and given the honour to clear the school field of these vegetation. If I remember correctly, the quantity of vegetation one had to harvest depended on how late one was. Minimum 1 kg and if you were late 2 hours, you got to harvest 2 kg and so on. I was also given the honour to contribute some sweat on one occasion because I was late after a day trip balik rumah sekejap (well okay, I spent an entire day bermanja bawak ketiak mak). Mine was a 1 kg contribution. To make matters more interesting, we were not allowed to pull out the whole grass plant with soil (this was heavier and faster to achieve the weight required). We must only remove the stalk bit with the `kemuncup’. Yes, you are right, we had our own X-treme challenge before AXN even thought about it as a TV show. Merah tangan tau by the time we finished. Jangan nak tipu-tipu, bertimbang lagi lepas itu. Tak cukup timbang, kena balik semula ke padang, harvest `kemuncup’ lagi.

I had a look at how the school hostels looked like after the busload of 7377 left by peeking here http://www.eightyeightstudio.com/p_video_nostalgia7781.htm. My dear juniors, it looked like you guys had a better time! When we occupied the school hostels, the flooring was just cement paving. Now it looked like they have put tiled floors down. Hanging clothes and laundry at the balconies or on the mosquito netting line and anywhere else around the hostels were big no-no. Everyday before we leave for school, we must tidy up our bed in exactly the way required i.e. hotel style. Not just simply folding up your blanket or chucking your pillow to a corner of the bed. The bed sheet, pillow and blanket must be tidied, folded and placed in position in a certain prescribed manner (I am not joking, we had prefects going round checking this rule was strictly followed by everyone). Shoes and footwear neatly arranged not under the bed but in a cupboard provided for storage of shoes, bags and pails (some enterprising people like Kak Sher turned a section of the cupboard into a little dorm library, siap charging 20 sen for loans. Betul tak Sher?).

Use of mosquito netting at night was compulsory. In the mornings, nettings must be tidied away and kept out of sight in the locker. Everyday after the night prep hours, we all cheerily put up our mosquito nettings while singing "Marilah kawan-kawan, kita pasang kelambu! Pasang kelambu! Pasang kelambu!".

Hehe, you wish .... Actually, we put up our mosquito netting and head to the toilets to brush our teeth. Got to keep them in good shape for the ayam and daging plastic and ikan jeket besi.

I am not too sure about the boys but in the girls hostel, we had duty roosters for weekend hostel cleaning. Come to think of it, many things were DIY those days. We didn’t have cleaners. Sapu, cuci sendiri. On sundays, we rotated duties to clean the common room, the toilets, the store room, the hostel compound and the surau.

On top of all that we must also tidy our own dorm and lockers. Yes ladies and gentlemen, we opened our lockers wide for compulsory inspection by the warden and the prefects once a week on sundays. So, there was no escaping by stashing everything haphazardly in the locker.

From my busybody peeking in other people’s lockers, I found out Surinah Sulaiman (now Datin) and Nazipah Othman were actually aliens from outer space because they could keep their lockers in such spick, span and straight order. We dressed in our school uniforms for these inspections and stood by our bed like little soldiers while the inspection was going on.

I noted the dining hall looked rather nice here http://www.eightyeightstudio.com/ p_video_nostalgia7781.htm but during our times there were no curtains or any decorative stuff in there. We had walls painted plain white with cement paving flooring. Our chairs were the common foldable chairs and our tables bare without any cover. We brought our own metal fork and spoon to eat, using it to make the sound of music while walking to the dining hall.

Eating with fork and spoon was compulsory too. Makan ayam plastic mesti berhati-hati takut ayam terbang ke meja sebelah. Selalunya, kalau 2-3 kali tikaman dengan garpu tidak berjaya, we would abandon this complicated attempt altogether and left the plastic-y chicken piece in peace. As far as I remember, we didn’t have the luxury of asking for second helpings or "Boleh tukar tak ayam ni pakcik? Gigi saya dah nak tercabut ni ..."

Regards,
Kak Hasnah (0674) Class of 77

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Sehingga kini : 683930 | CoalaWeb
Go to top