Gambar 1

Gambar sumbangan Ahmad Razali Abd Malek:
Pasukan Ragbi SEMSAS 1976



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

*Nota Bas 7377: Pada tahun 1975, bekas pelajar lulusan SPM/MCE 1974 dari Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) dipindahkan ke Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP) untuk memulakan Sixth Form/Tingkatan Enam di SMSP. Bertanda XXX – tidak pasti nama mereka.*


Shafian @ Payit menulis:

Gambar yang ni ramai dari SMS Selangor.

Atas kiri :
XXX (SMSS), Rahim (SMSS), Saidin (SMSS) .... Yang ni Dr. Nasir mesti kenal sebab ada kat SIRIM sekarang ni, Mansor (SMSS), Ismail (SMSS), Rani (yang ni dapat gi US masa student exchange, Roslan (SMSS, sekarang ni lecture Physics kat UM), Mat Razali (ahli Bas 7377).

Duduk dari kiri :
XXX (SMSS), Amaluddin (ahli Bas 7377), XXX , Cikgu Zamani, Radzai (ahli Bas 7377), Taib (ahli Bas 7377), XXX (SMSS)

Shafian


Gambar 2
Gambar sumbangan Ahmad Razali Abd Malek:
Pasukan Ragbi SEMSAS 1977


Shafian @ Payit menulis lagi:

Berdiri dari kiri :-
Dahnel (Haji sekarang ni, Jurutera Daerah untuk JBA Kuantan), Hisham Malek, Suhaimi Mohamed (BT 1, Temerloh), Borhanuddin Ismail, Wan Hazani (Kadok), Man Tong (Azman Yusuf), Mat Razali, Rosli Tan

Duduk dari kiri :-
Zaidi, Anwar Othman (MPKuantan), Fadillah (Buntal), Mahmud, Cikgu Zamani, Amaluddin, Radzai dan Taib

Shafian

*Nota Bas 7377: Semua merupakan ahli Bas 7377.*


Gambar 3
Gambar sumbangan Ahmad Razali Abd Malek:
Ini dia Mat Zali years later selepas keluar dari SMSP/SEMSAS

 



*Nota Bas 7377: Mat Zali secara low profile banyak juga menyumbang kepada Bas 7377.*


Gambar 4
Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin
The Bas 7377 boys in 1975


Dr Nasir menulis:

Ini gambar geng SMSP (oklah, tak semua), selepas peperiksaan LCE/SRP 1975. Hensem-hensem belaka. Dia orang patut berkumpul dan ambil gambar dalam pose ni sekarang ini, tiga puluh tahun selepas meninggalkan sekolah.

Dr Nasir

*Nota Bas 7377: International Photo Studio adalah sebuah kedai gambar terletak seberang jalan stesen bas `Medan Pelanchong’ pada masa itu. Sebelum era kamera digital, bergambar dengan gaya-gaya tersendiri di kedai gambar sangat popular*


Shafian @ Payit mengingati kembali:

Nak test memory.

Berdiri dari kiri:-
Dahnel, Isamuddin (Toji), Idrus, Mustafa Kamal (Itek), ??? rasa-rasa macam Affendi Shamsuddin, Suhaimi Mohamad.

Duduk dari kiri:-
Hashim, Tarmizi Aziz, Nazri Hamid dan Shukri Doya.

Payit


Gambar 5
Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin
The actors of a staged play in 1976


Shafian @ Payit menulis:

Berdiri nombor 3 dari kiri ...... AKU.
Aku berlakun jadi orang jahat. Orang baik ..... Dr. Nasir kita (berdiri sebelah Payit nombor 4 dari kiri).


Gambar 6
Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin


Dr Nasir Zainal Abidin menulis:

Disertakan dua gambar di sini untuk simpanan. Gambar Sultan Haji Ahmad Shah merasmikan SMSP pada waktu itu. Dan satu lagi gambar momento hari tersebut.

Dr Nasir


Dr Mohammad Abdul Rahman (senior MCE 1976) menulis:

Hai semua, nak cerita tentang saya masa di sekolah dulu dah agak lapuk tapi ada satu insiden yang tak dapat saya lupakan. Ada sesiapa masih ingat peristiwa headboy Abang Suhaimi (Form 6) dan 5 pengawas di gantung sekolah kerana bersemuka dengan cikgu Yusuf yang paksa semua pelajar tingkatan satu (1975) beli kayu hoki. Kami semua dapat penampar 2 kali tiap orang oleh Pengetua En Rahim dan suruh kami balik kampung selama seminggu. Semasa kami jalan keluar dari asrama, ramai adik-adik yang berikan sokongan terhadap kami semua. Anyway Tuan Pengetua sangat baik hati tidak merekodkan peristiwa. Kenangan yang pahit masa tu tapi buat saya ingat tentang SMSP.

drmadman


Hasnah Mohamed menulis:

Dulu kita bersekolah sesi pagi sahaja. Lepas waktu sekolah tengaharinya, semua berduyun pulang ke asrama, naik ke bilik, ambil sudu garpu, tukar kasut sekolah dgn selipar dan tuju ke dewan makan untuk makan tengahari.

Lepas makan, boleh berehat hingga tea time (minum petang). After lunch to tea time masa ini selalunya digunakan untuk membasuh kain, mengemas locker (for the sunday inspection), membaca buku cerita dan buku sekolah, menyiapkan homework, berborak-borak dan tidak ketinggalan everybody's favourite pastime iaitu cat nap (tidor).

Keutamaan for me membasuh kain lah dulu. Ada service dhoby tetapi limited number of items boleh hantar per week. Masih perlu membasuh kain sendiri. Selalunya yang dihantar untuk dobi pakaian sekolah, tuala, cadar, selimut dan yang berat-berat sebab maklum nak berus dan perah tuala, selimut dan cadar tu rasa nak tercabut tangan.

Untuk jimat tenaga basuh kain, zaman tu us girls ramai yang bila di asrama lived in T-shirts and P.E. shorts or jeans buruk potong sendiri (macam the hill billies). Yang kecik-kecik ni senang cuci dan jimat air .. hehe. Eleh ... boys tu bukan tak tahu, lagi kecik, seluar sukan pendek tu, baju pun tak pakai! (Macam mana tahu? Tu gambor tu? Hahahaha!)

Gambar 7
Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin
Pasukan bolasepak 1974

 


Kenapa nak jimat air? Masa itu air paip tak boleh harap sangat. Ada tangki air besar (elevated water tank) kat kantin sekolah tu tapi tak pasti it was working or not (mungkin pam rosak, air tak naik) sebab asrama selalu kehabisan air terutama peak times seperti pagi, tengahari dan petang.

Sudahlah time mandi pagi kena beratur, ber-queue depan pintu tandas. Beratur baldi masing-masing dengan bekas sabun mandi dan berus gigi disusun depan pintu tandas tu sebagai wakil tuanpunya.

Air paip waktu pagi begitu ada sebesar jari kelinking or worse. Kena tadah dengan baldi, mandi guna pencebok/baldi paling kecil. Showers yang ada semuanya mostly for show sahaja. Satu, tidak ada air, tekanan tidak cukup kuat. Dua, tidak ada shower curtain.

Cuma ada 2 pilihan, mandi dalam tandas atau di sinki gosok gigi. Most opt for the toilet cubicle.

Itu hal mandinya. Bab tandas yang tak berfungsi tersumbat tu lain hal lagi. Teruk betul.

Kadang-kadang sebab sesak nak basuh kain, berani bangun tengah malam pergi membasuh kain. Masa larut malam atau pukul 1-2-3 pagi, air paip kuat. Cepat kerja membasuh siap. Tetapi kena cari `kaki' atau kawan ikut sama. Sebab penakut nak berada di tandas seorang diri tengah-tengah malam begitu. Ini kalau ditangkap pengawas, menjadi satu kesalahan dan boleh kena tindakan disiplin. Tapi pengawas pun buat kerja yang sama, jadi pandai-pandailah nak hidup tu ....

Regards,
Hasnah


Hasnah Mohamed menyambung:

Dulu-dulu after tea time, semua orang mesti kosongkan asrama dan berpakaian sukan turun ke bawah dan .... bersukan. Kita panggil exercise time. Bagi kaki bangku like me, nak bersukan apanya, it was time to merayau keliling asrama dan sekolah.

Merayau ke belakang dewan sekolah, periksa pagar yang dekat chemistry lab (I might tell the significance of this pagar dekat chemistry lab later on). Merayau kat belakang dewan makan asrama, tengok tukang masak memasak dan basuh pinggan (how do you think I know how they cooked the bilis and sayur?). Merayau belakang Industrial Arts block tengok-tengok jika pokok betik kat situ dah ada buah masak ke belum.

Orang lain yang tidak kaki bangku, bermain volleyball (macam mokcik Azlina Dollah tu), netball dll. Tak ingat pulak apa lagi sukan korang main masa tu. I tried volleyball. Bola tak pernah lepas net. I tried netball. An embarassment to all females. I tried ping-pong. Not too bad. I managed to send the ball over the net. Teruk sangatlah kalau bola ping-pong pun tak lepas net.

Tapi tidaklah segan sebenarnya jadi kaki bangku ni. Kelab kaki bangku ramai juga ahlinya. Kita berkumpul sambil melihat orang lain seperti Mokcik Azlina Dollah main volleyball dengan penuh gaya, ahli kelab kaki bangku berbincang pasal perkara-perkara yang perlu dibincangkan seperti siapa nak ikut malam ni kita bangun basuh kain tengah malam.

Walaupun not much of a sports person, I did realise I was rather short compared to others in class. Norazian Mohamed my best `kaki' then was also short. Time bersenam, the two of us did spend quite alot of time jumping and hanging onto the steel pipe bars yang melintang kat corridor ke dewan makan. Bergayut kat situ konon biar cepat tinggi.

Anyway, turun bersenam after tea time was compulsory. Bila exam dekat, (surprise, surprise) actually some of us were rather reluctant to spend our time walking around. You better believe it, some of us would rather spend the time swotting for the exam. So buat macam mana? Sorok buku dalam baju, jalan peluk tubuh gitu supaya pengawas dan warden tidak nampak. Pergi mana? Belakang Industrial Arts block selalunya. Duduk bersila kat corridor belakang tu baca buku. I terbayang-bayang Maheran dan Rashimah duduk swotting dengan tekun kat situ.

Ada orang lebih teruk lagi. Terus tak mahu turun. Cuba menyorok didalam bilik asrama. This happened a very long time ago jadi tidak berapa ingat mereka yang terlibat (ehem). Ingatkan selamat, rupanya warden dapat tahu dan dia meronda dari bilik kebilik dengan pengawas cari mereka yang ponteng turun bersenam.

Bila dapat tahu warden (the guy warden lagi, bukan Cikgu Anizam warden perempuan) sedang cari orang ponteng, kelamkabut cari tempat nak menyorok. Entah bijaksana mana datangnya, pergi menyorok celah locker yang paling tepi dengan tingkap cermin (menghala ke dewan makan dan sekolah in general). Nasib baik kecik, muat jer kat celah ruang sempit tu. Kalau tak muat pun paksa muat. Ketakutan.

For the first time, merasalah apa itu `knees shaking like jelly'. Menggigil lutut tak mahu stop.

Bijaksana saya katakan awal tadi sebab ramai mereka yang berada di bawah sedang bersenam atau mundar-mandir dapat melihat bayang-bayang orang-orang yang menyorok disebalik locker ini melalui cermin tingkap. Ada yang kemudian beritahu, boleh kenal siapa lagi tu dari bayang-bayang tingkap cermin tu!

Warden masuk bilik dan bercakap dengan kuat menggertak lebihkurang berbunyi, "Kalau saya dapat dapat tangkap siapa yang monteng ni ...". Kecut perut dengar. Tetapi dia tidak tangkap orang yang memonteng. Dia terus keluar dan move on to the next dorm.

After sometime bila agak coast sudah clear, orang-orang yang memonteng keluar dari tempat persembunyian.

Anda fikir warden tahu atau tidak tahu pada hari tersebut ada orang memonteng didalam bilik dorm itu? Saya fikir dia tahu. Kenapa dia tidak tangkap red-handed itu saya tidak tahu. Mungkin tidak mahu menjatuhkan air muka sesiapa. Mungkin ....


Regards,
Hasnah (0674) Class of 77


Gambar 8
Gambar sumbangan Dr Nasir Zainal Abidin
Dr Nasir, Subam dan rakan-rakan tahun 1975


*Nota Bas 7377: Semua didalam gambar ahli Bas 7377.*



Gambar 9
Persatuan Islam 1976

 


Gambar 10
Prefects / Pengawas 1975

 




Gambar 11
Pasukan Pendebat 1976


 

 

Gambar 12

Class party untuk Mrs Tan 1976
Gambar 9,10,11,12 sumbangan Dr Mohd Abd Rahman (MCE 1976)

melalui Azlina Dollah




Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Sehingga kini : 683930 | CoalaWeb
Go to top