oleh : LM 0635 - Norrafidah Hashim (84)

Sungai Buloh, Selangor

 

7 Syawal 1427

Bukan salah kita lupa nak servis kereta…dalam bulan puasa ni sampai dua kali gi servis. Takut kereta buat hal nak berjalan jauh ni. Kalau terkena kat hutan Gua Musang tu… saper la yang sanggup berenti tolong. Memang kami dah beringat… Tapi dalam pada beringat tu …terkena jugak.

 

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Raya tahun ni giliran kami beraya di Pantai Senok, Kelantan. Perjalanan balik ke Kelantan dah cantik…tak kena jemm. Kami bertolak balik ke Batu Sawar, Temerloh hari Sabtu sebelum raya tu. Jalan lancar jer …ikut LPT. Lepas tol Karak simpang ke Bentong tu nampak kereta bersusun…Sah trafik ke Timur (Kelantan) mesti jemm giler. Kami sampai di kampung lebih kurang pukul 4 pm. Sempatlah berbuka puasa kat rumah mak hari tu.

 

Terasa sayu bila teringat tahun lepas Abah masih bersama kami. Abah suruh Syafiq baca doa bukak puasa…syafiq terpinga-pinga…tak retilah !!! Terus doa dibaca dek abang Faudzi.. Itu cerita tahun lepas… Tapi tahun ni Abah dah tak der …Abah dah kembali…Abah dah kiamat…Terimalah hakikat bahawa Abah tercinta dah kembali mengadap Yang Maha Esa. Memang sedih…tapi Mak mesti lagi sedih…Bayang kan dia duduk sorang-sorang kat rumah…Dah lah rumah jauh dari jiran…Jiran terdekat lebih kurang 1 KM dari rumah. Sabarlah Mak …nak buat macam mana..Itulah kata-kata yang mampu keluar setiap kali bila talipon Mak.

 

Hari Ahad kami bertolak ke Kelantan. Langkah kami memang elok …tak kena jem…Cuma jem dalam kereta tu jer…Padat weh…Nampak gaya nak kena cari yang 11 seater pulak. Itu pun Bibik dah di tinggalkan kat Batu Sawar. Tambah pulak dengan barang-barnag yang banyak. Nana memang dah terbayang sesak dalam kereta tu sebulan yang lalu..Tiap kali nak travel satu family memang kecoh…

 

Orang dah ramai balik hari Sabtu. Dengar ceritanya hari Sabtu tu ada yang sampai 17 jam…Kami bertolak awal lagi..7.40 pagi dah bertolak. Sampai di Pantai Senok pukul 3.30 petang. Sempatlah tolong adik ipar masak …Wah macam-macam menu ada…nasi minyak lah…ayam kampung…siput sedut…air kelapa…Ishhh…macam nak makan untuk setahun !!! Sabar jer laaa…

 

Hari Isnin tu…terakhir puasa buat tahun ni…Mak mertua berhajat nak ajak orang tahlil arwah dan berbuka puasa. Sekali pikir…eii tak larat nyer…Dah lah tak panggil orang lain tolong masak…Aku dan ipar dua orang jer yang masak…Apa lagi…main hantam jerlah… Janji masak…Boleh tahan jugak letihnya…Tapi syukurlah semuanya settle…terkurang masin…tawar sikit tu biasalah…puasa lah katakan…

 

Next morning..Raya…Allahu Akbar..Allahu Akbar Allahu Akbar ..Walillah ilham… Pagi lagi lepas sarapan kami bersiap ke Masjid…Seawal 7.30 pagi dah dengar orang takbir kat masjid….Tiba-tiba takbir dah bertukar tazkirah…dah pukul 8.15 pagi..aku kelam kabut takut tak sempat sembahyang raya. Alhamdulillah sampai kat Masjid…tazkirah belum habis lagi..Ustaz Che Amid…memang disegani…anak-anak muda pun boleh ke masjid sejak dia jadik Tok Imam kat situ…Tinggi Psikologi dia..

 

Tak khusyuk aku sembahyang …banyak sangat flash back. Tahun lepas aku sembahyang raya berimamkan Abah…Masih terngiang-ngiang bacaan Abah… Ya Allah..kau ampunilah dosa-dosa Abah…tempatkanlah rohnya bersama roh-roh orang beriman…Aminnnn

 

Selesai solat kami ziarah ke rumah saudara-mara. Cuma dua buah rumah jer…lepas tu terus balik..Petang tu pergi klinik…Zahirah lelah. Puas jugak round cari klinik…Klinik komuniti…buka. Doktor tak der…Cuma pembantu jer ada…Tak kisahlah…kami Cuma nak pakai ‘Nebulizer’..Mula nya cuak juga sebab Neb tu tak jalan…Lepas tukar gas…baru jalan …Tak berapa puas hati…sebab tak jumpa doktor…Tapi nampak ok lah sikit lepas Neb …tak sempat sampai rumah dia dah tidur…

 

Ni mesti kes rumah Mak Mertua pasang karpet satu rumah. Nak cakap pun gitulah….serba salah. Lantai kayu mahal-mahal..pasang karpet hok murah !!! Patut-patut tak perlu semua tu. Tambah pulak struktur tanah yang berpasir…tepi pantai lah kata kan !!!…Tapi nak buat macam mana…masa raya nilah nak keluarkan karpet yang dah setahun bergulung tu…

 

Raya kedua kami bertolak balik ke Batu Sawar, Temerloh. Memang nak bertolak pagi…tapi macam biasalah…loading barang jer sampai kul 11 pagi…Siap semua dah pukul 12.30 tengah hari…tunggu Zohorlah dulu…Last-last 1.20 petang baru bertolak. Kereta memang banyak…trafik agar slow. Trafik dari Gua Musang ke Machang terlalu banyak. Nampak ada accident…trafik merangkak. Tapi menghala ke Pahang ok lagi. Sampai di Pam minyak Petronas kami berenti..hubby nak ke Tandas. Tandas bersih…tak macam kat S****, …tak boleh cerita…ngeri. Nak kena panggil TV3 baru bersih agaknya.

 

Tiba-tiba jer aircond tak jalan. Dekat dashboard tu error light keluar. Indicator system ada problem. Nak matikan enjin pun tak berani…takut terus tak boleh start.

 

....... Bersambung.

 

Norrafidah Hashim (84)

Sungai Buloh, Selangor

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today177
Yesterday281
Total541330
Monday, 26 June 2017 13:29
Powered by CoalaWeb
Go to top