Satu daripada kebimbangan pentadbir sekolah berasrama ialah kejadian hysteria di kalangan pelajar – khususnya pelajar perempuan. Bermula dari seorang terkena hysteria ia boleh merebak like wild fire dan berjangkit kepada ramai. Fenomena ini lumrah di sekolah-sekolah yang ada asrama, tak kiralah SBP atau sekolah harian.

Dalam tempoh ayahanda berkhidmat memang kerap berhadapan dengan fenomena ini. Di SM Ahmad, Pekan, tidak ada asrama perempuan. Namun pelajar-pelajar perempuan menumpang di Asrama Sekolah Tengku Abdullah. Ayahanda pula (di sebelah malam)  mengajar Further Education Class (FEC) di sekolah tersebut. (FEC ialah kelas formal untuk orang dewasa yang ingin menduduki  LCE/SRP; SPM/MCE, dan ditaja oleh Kem. Pelajaran). 

Satu malam sedang mengajar, satu commotion berlaku di salah sebuah kelas prep. Guru-guru yang berada di Bilik Guru berkejar ke kelas tersebut. Ayahanda terus mengajar; apabila kelas tamat barulah ayahanda pergi tengok (Anyway it was none of my business: I was not part of the school authority. Sengaja tumpang menyebuk). Sesampai di situ ayahanda lihat seorang pelajar perempaun sedang meronta-ronta dan meracau; matanya pejam. Dua tiga orang guru lelaki memeluknya – tidak beri dia meronta – konon. Rupa-rupanya pelajar itu ialah pelajar Ting. 4 SM Ahmad, penghuni Asrama tersebut. Kebetulan pula di SMA ayahanda mengajar Geografi di kelas dia.  

Melihat guru-guru lelaki memeluk pelajar itu ayahanda bersuara,

“Kenapa dipeluk dia?”
“Takut dia mencederakan pelajar lain Cikgu” kata Guru itu.
“Cikgu peluk dia; makin seronoklah. Lepaskan” kata ayahanda.
“Nanti dia lari, Cikgu” balas guru lain.
“Biar dia lari; ke mana dia nak lari pun” ayahanda balas balik – keras.
Agaknya pelajar itu cam suara siapa yang keras, maka rontaannya surut. Dan guru yang memeluknya melepasakan pelukan itu. Tak lari pun…..

Di SMK Rompin  kejadian hysteria lebih kerap, boleh dikatakan setiap bulan, kadang-kadang dua tiga kali dalam sebulan. Semuanya berlaku lewat malam. Setaip kali kejadian Pengetua (ayahanda lah tu) kena berhadapan dengannya. Kadang-kadang fed-up juga: Pengetua ni baru saja kahwin (hadiah perkahwinan terbesar datang dari Jabatan Pelajaran Pahang – surat tukar /naik pangkat jadi Pengetua SMK Rompin - dua minggu lepas kahwin). Jadi apabila selalu di malam hari dikejutkan kerana ada pelajar hysteria, terganggulah juga.  (Bagaimana ayahanda mengatasi fenomena ini di SMK Rompin tidak releven dengan SEMAS).

Apabila berpindah ke SEMSAS, ayahanda bimbang kes-kes di SM Ahmad dan SMK Rompin akan berlaku. Punca meletus histeria sukar dikesan. Boleh jadi kerana kurang makan – lapar di tengah malam; boleh jadi emosi - tekanan; boleh jadi takut (biasanya takut kepada hantu). Malam-malam jika tidak tidur, bunyi pelik sikit dikaitkan dengan hantu atau makhluk halus.

Kampus SEMSAS asalnya kebun terbiar. Kepercayaan orang Melayu kawasan seperti itu biasanya “keras”. Berbagai-bagai cerita timbul mengenai kawasan itu. Orang-orang kampong sekitar suka bercerita kepada guru-guru yang tinggal di sekitar kampong, tentang “kerasnya” kawasan itu. Tukang kebun yang asalnya di kampong sekitar ini juga suka bercerita demikian. Akhirnya cerita ini sampai juga kepada segelintir pelajar. (Walau bagaimanapun pelajar-pelajar nakal yang  pergi “mengutip bola tersasar” tidak pula diganggu.  Alhamdullilah)

SEMSAS amat kurang infra struktur: luas keseluruhannya hanyalah 8.5 ekar. Di situlah dibina blok-blok pentadbiran/pembelajaran; asrama, kantin, dewan makan dan kuarters guru. Atas tanah selebihnya dibina padang bola/padang hoki dan gelanggang tenis. Kalau Pengetua buka pintu depan rumahnya, dan kalau Maradona yang menyepak, bola itu boleh masuk hingga ke dining hall rumah Pengetua. Untuk pelajar perempuan tidak ada kemudahana disediakan. Apa yang ada kemudainnya adalah atas usaha sekolah membinanya sendiri – termasukalah beberapa gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola jaring. Oleh itu di mana saja ada rumput, di situ adalah aktiviti. Setiap inci tanah digunakan – macam orang Belanda.

Berdasarkan pengalamaan ayahanda di Rompin, kekurangan kawasan untuk aktiviti riadhah adalah antara faktor yang menyumbangkan kepada kejadian hysteria; sebab, pelajar-pelajar tidak ada tempat nak release tension. Oleh itu perlu ada inovasi dan alternative. Pelajar-pelajar tidak harus dibiarkan idle selepas sepanjang hari belajar dan hendak prep pula di sebelah malamnya. Guru-guru Mat Salleh dok sentiasa kutuk, budak tak "grow as children should”. Maka terdapatlah suasana kampung – 40 lebih pelajar main bola sepak.  Hari-hari ada cross country – di luar kawasan sekolah; treknya melalui “kawasan keras”. Mujurlah tak ada yang kena “tegur”. Tetapi ada yang menjadi ‘hantu’ – apabila melintas kedai runcit simpang Sri Damai, singgah untuk melepas gian, atau (yang berani) beli supply rokok untuk diseludup masuk.

Untuk menenangkan fikiran, seminggu sekali kita adakan tayangan filem (di Dewan). Untuk itu ditubuhkan Cinema Club, di bawah kelolaan CikGu Tan Eng Chwan. Tak taulah dari mana dia dapat sewa filem-filem itu. Cikgu Tan ini ramai member / banyak kontak di luar kampus. Filem-filem itu baru-baru belaka, kadang-kadang belum ditayang di pawagam. Aturan ini mengundang satu tanggungjawab baru pulak – mewujudkan "Censor Board”, maklumlah filem-filem untuk orang dewasa (kadang-kadang X-rated) tidak sesuai untuk pelajar-pelajar). Jadi sebelum ditayangkan adalah preview dulu dan menanda di mana adegan perlu “digunting”.(Sebenarnya kita tak gunting – cuma bila sampai ke adegan tak sesuai itu, lampu projector dipadamkan. Jadi di malam tayangan filem (biasanya malam Ahad) tersebut bila kedengaran pekik dan “boo!!”, dari ‘panggung wayang’ (sebenarnya Dewan Sekolah) tahulah ayahanda mereka “kempunan” nak tonton adegan “panas”.

Dengan mengatur program-program demikian, Alhamdullillah dapat merendahkan tekanan dan penyakit hysteria tidak berlaku di SEMSAS kecuali dua insiden melibatkan dua orang pelajar. Yang lucunya kedua-dua insiden ini identical yang ayahanda pernah handle di SM Ahmad dan SMK Rompin dulu……

Suatu malam – tidak berapa malam, lepas kelas prep, heboh di Asrama Puteri. Ayahanda pun bergegas ke sana, Setiba di situ ayahanda dapati beberapa orang pelajar (perempuan) memeluk seorang pelajar perempuan yang sedang meronta-ronta sambil meracau “nak balik….nak balik….”  Pelajar itu boleh tahan juga saiznya – XL kot, oversize bagi seorang pelajar Ting. 1. Ayahanda pun dimaklumkan tentang apa yang ayahanda sendiri sudah maklum.

Ayahanda mendekatinya dan dia terus meracau “nak balik….nak balik…”
“Nak balik ke mana?” ayahanda sergah.
“Nak baliklah!…nak balik……tak faham ke?.” balasnya….
“Lepaskan dia” ayahanda perintah.
“Nanti dia lari ayahanda” kata seorang pelajar yang sedang memeluknya.
“Biarlah dia lari; ke mana sangat dia nak lari.”
Maka dia pun dilepaskan dari pelukan rakan-rakannya. Tak lari pun…..

Malam tu ayahanda tidak tidur lena; bimbang ‘hysteria” itu berulang lagi. Ini ciri-ciri hysteria – ia akan berulang-ulang sepanjang malam. Alhamdullillah tidak berlaku apa-apa sampai ke pagi, dan terus tidak berlaku.

Insiden kedua melibatkan seorang pelajar lelaki – bukan berlaku malam, tetapi waktu belajar. Di antara bangunan Blok Pentadbiran dengan Blok Industrial Art (yang underutilized – dan di mana ditempatkan Form Six Club) ada kawasan berumput. Di sebelah petang kawasan ini juga popular untuk berpuluh pelajar mengejar sebiji bola atau pelajar perempuan bermain bola jaring. Di kawasan ini juga CikGu Anuar Ismail membuka gelanggang silat. Di situlah Kelab Seni Silat buat weekly practice.

Suatu pagi dari tingkap Pejabat Pengetua, ayahanda lihat sekumpulan pelajar lelaki berkumpul di kawasan tersebut, sedangkan mereka sepatutnya berada di Dewan Makan atau Kantin, kerana itu waktu rehat. Setelah diperhati beberapa ketika ayahanda ense satu keadaan luar biasa. Ayahanda pun lekas-lekas pergi nak tengok apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka sedang “menonton persembahan silat” oleh seorang pelajar lelaki. Tetapi silatnya bukanlah silat biasa – (sepert silat pulut yang biasa dipersembahkan tatlala menyambut pengantin) – ini silat carca merba.

“Apa yang berlaku?” ayahanda tanya crowd yang terdekat dengan ayahanda.  
“Dia tak sedar, ayahanda” jawab seorang dari mereka.
“Tadi dalam kelas dia ok. Tiba-tiba aje belum rehat dia meluru keluar dan terus bersilat”
“Dah lama ke?” Tanya ayahanda.
“Baru aje”.

Ayahanda join menonton. Dia tak mengacau, dan tidak meracau. Terus “buka langkah” (tak taulah sumbang ke tidak). Kemudian ayahanda meminta seorang dari mereka mencari Cikgu Anuar. Ayahanda tak berani masuk; mana tau salah masuk singgah satu penumbuk kat ayahanda. Ayahanda bukan ada apa-apa ‘bekalan’. Biasanya ayahanda yang ‘membagi’; jadi kalau kali ini ayahanda ‘menerima’ baru dia haru.

Cikgu Anuar pun sampai, dan memerhati keadaan pelajar itu seketika. Perlahan-lahan Cikgu Anuar approach pesilat itu; sebagai guru silat dia tahu bila nak bertindak. Samada pesilat itu sedar, atau tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar akan kehadiran Cikgu Anuar dekatnya taklah pasti. Sedar-sedar Cikgu Anuar dah berada di sisinya lalu memberi satu sergahan dan satu epukan di bahunya. Terkejut, diapun tersedar. Cikgu Anuar berjaya memulihkannya.

Fenomena ini juga adalah gejala hysteria. Tetapi mujurlah minor. Itulah saja dua insiden kecil yang berlaku sepanjang ayahanda di SEMSAS yang mana ayahanda sangat-sangat bersyukur. Biasanya hysteria ini merebak; banyak sekolah mengalaminya hinggakan kadang-kadang menyebabkan sekolah ditutup beberapa hari dan pelajar-pelajar diarah balik ke rumah. Alhamdulillah ini tidak berlaku di SEMSAS……       

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today154
Yesterday324
Total594463
Sunday, 17 December 2017 12:02
Powered by CoalaWeb
Go to top