Selepas upacara penganugerahan (Comissining of) Brassband untuk beberapa ketika tidak ada acara (event) yang besar yang layak dimasukkan ke dalam “buku Sejarah SEMSAS” (SEMSAS Book Of Record) – if there is any, i.e. Aktiviti tahunan seperti Sukan Tahunan dan Hari Penyampaian Hadiah / Speech Day (yang kebelakangan ini di beri nama baru Hari Hadiah Cemerlang; dan terkini ayahanda dimaklumkan nama baru pula – Hari Graduasi; wow hebat tu!) diteruskan. Dan di setiap acara itu tetamu kehormat adalah tokoh-tokoh dan pemimpin. Antara yang pernah diundang dan hadir (tidak mengikut urutan, sebab dah lupa) termasuklah Menteri Besar Pahang (YAB [Allahyarham] Dato’ Seri Muhammad Jusoh), beberapa orang Timbalan Menteri Pelajaran – YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak; Dato’ (kini Tun) Khalil Yaakub; Dato’ Hishammuddin Ahli Parlimen Maran (pada masa berkenaan SEMSAS termasuk dalam kawasan Parlimen Maran)

Selain dari yang diundang, SEMSAS juga menerima kunjungan VIP diatur oleh pihak Kementertian / Jabatan. Itu tidak mengambil kira ‘spot-check’ oleh ‘top-brass” di Kementerian. Di peringkat awal penubuhan KPPM masa tu (Allahyarham Tun Hamdan) hadir untuk mendapatkan ‘first hand information’ (tentang pengurusan dan perkembandannya). KPPM memang mengambil berat dan memberikan perhatian peribadi kepada SBP/SMS. Untuk memperingati lawatan beliau kita minta beliau menanam sepohon pokok bunga tanjung. (Kalau tidak ditebang tentunya masih ada di sisi Dewan lama: malangnya sehingga ayahanda keluar dari SEMSAS bunga tanjung ini tidak pernah berbunga).

Seorang lagi VVIP yang mengunjungi SEMSAS ialah Tim. Menteri Pelajaran Datuk Safaruddin Salleh. Beliau hadir ke Pahang untuk merasmikan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri; pihak JK Pengelola membawa beliau ke SEMSAS sebagai satu daripada acara lawatan. Beliau juga menanam sepohon pokok pine sebagai kenangan. Pokok itu (jika tidak ditebang lagi) terletak di penjuru kanan jalan masuk ke bangunan / blok pejabat. Ayahanda highlight kan hal pokok-pokok ini supaya pihak sekolah dapat preserve dan hati-hati jika nak menebang pokok-pokok dalam kawasan sekolah – setiap pokok itu ada significantnya.

Satu lagi lawatan VIP yang ayahanda ingat ialah lawatan Pengerusi Yayasan Sabah – Datuk Ben Stephen. Lawatan beliau dianjurkan oleh Pejabat Yayasan Sabah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Yayasan Sabah yang berada di sekitar Kuantan dan Pekan. SEMSAS dipilih sebagai venue perjumpaan. Kita menyediakan sambutan yang istimewa juga – Guard of Honour, Brassband dan pertunjukkan silat yang mana di setiap elemen ini pelajara-pelajar Yayasan Sabah (SEMSAS) ada mengambil bahagian. Natijahnya ialah supaya Datuk melihat sendiri bahawa pelajar-pelajar Yayasan Sabah (at least di SEMSAS) assimilated very well dengan pelajar-pelajar Semenanjung. Ini penting kerana misi penghantaran pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung adalah sebahagian dari program integrasi Nasional.

Kata orang-orang tua, setiap usaha itu ada balasannya. Tidak disangka waktu jamuan selesai majlis bertanya ayahanda apa yang sekolah kekurangan dan mau dari Yayasan Sabah. Nasib baik ayahanda dapat berfikir cepat, lantas ayahanda memberitahu :

“Datuk’ pelajar-pelajar complain library agak panas dan tidak selesa untuk belajar”.

“O.k. we will air-cond the library. How many units do we need?”. Soalan ini tidak dapat dijawab segera.

“Saya perlu dapatkan view orang-orang teknikal terlebih dahulu. Datuk bercakap sesuatu kepada Pegawai-pegawai yang mengiring beliau. Maka sebelum pulang rombongan Datuk dibawa meninjau perpustakaan. Setelah melihat keadaan itu, dengan mudah Datuk meluluskan pemasangan air-cond untuk perpustakaan. Di sini perlu ayahanda buat satu confession bahawa satu unit tambahan telah dibeli dari peruntukan itu, iaitu untuk pejabat Pengetua (ambil peluanglah tuu). Bila pejabat Pengetua dah dingin, maka rajinlah Pegetua datang ke pejabat di sebelah tengahari / petang. Guru-guru muda yang nakal ambil peluang menyindir; bila ayahanda masuk Bilik Guru ada saja yang mengipas-ngipas badan dengan buku-buku latihan pelajar. Mesej yang hendak disampaikan – iaitu mereka panas.


Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today154
Yesterday324
Total594463
Sunday, 17 December 2017 11:59
Powered by CoalaWeb
Go to top