Tidak tahu apa sebab coretan Semsas lama “bersara” (istillah ini tidak tepat) – sebenarnya terputus. Mungkin tak ada mood, nak dikatakan sibuk tidak juga: pesara manalah sibuk sangat berbanding dengan orang bekerja atau golongan korporat. Kadang-kadang terganggu juga dengan hasutan suara ghaib berbunyi “Engkau tulis ni ada orang baca ke? – ada orang follow ke?. Dibuai oleh “hasutan” itu , ditambah pula tidak dapat feed back dari pihak yang sepatutnya, maka ia berlalu begitu sahaja……hinggalah……….

Hampir sebulan lalu kita menerima berita sedih iaitu Cikgu (Tuan Haji) Radzwan bin Mohd Yusoff (dikenali dengan panggilan Cikgu Redhwan) telah kembali ke Rahmatullah   pada 15.2.2013 semasa mengerjakan Umrah. Kira-kira dua minggu kemudian kita dikejutkan pula dengan berita Cikgu Tan Eng Chwan (TEC) telah meninggal dunia pada 26.2.2013 di rumahnya di Kuantan. Berita-berita ini menyedarkan ayahanda supaya menyambung Coretan ini dari mana ianya terputus kerana ada linkage nya dengan coretan-coretan sebelumnya……

Kedua-dua Allahyarham Cikgu Redhwan  dan Mendiang Cikgu Tan sangat banyak baktinya kepada SEMSAS. Mereka bekerja keras setiap masa membantu ayahanda mencapai misi sekolah. Cikgu Tan seperti dikisahkan terdahulu dibawa dari SMK Rompin untuk membantu ayahanda dalam penubuhan SMSP (SEMSAS kenali demikian sebelum ini). Sejak itu kami bekerja keras merancang pelan bertindak untuk memacu SEMSAS. Cikgu Tan bukanlah graduan – hanya memiliki Higher Certificate of Education; tidak ada Diploma, hanya Certificate of Education dari Malayan Teachers College KL (MTC/KL). Namun dedikasi dan komitmennya begitu tinggi membolehkan mendiang menjadi player yang berkesan. Selain dari menjadi Guru Penolong Kanan, mendiang juga menjadi  Ketua Warden dan Guru Disiplin sebelum Cikgu Zamani dan akhirnya Cikgu (Tan Sri) Ghaffar.

Tak cukup dengan itu ayahanda memberi kepadanya tugas menjaga hal ehwal pelajar-pelajar Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak. Pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak sangat menyayangi Cikgu Tan kerana melayan mereka seperti anak sendiri. Apa saja keperluan / permintaan pelajar-pelajar ini – hingga ke sekecil-kecil ubat gigi dan pensil pun dilayannya. Tiap-tiap cuti penggal CikGu Tan akan sibuk mencari keluarga angkat kepada “anak-anak”nya untuk mereka “spent the holiday”. Kemuncak penglibatannya ialah peranan penting dalam pembukan rasmi sekolah oleh Tuanku Sultan Pahang (seperti dikisahkan dalam coretan-coretan terdahulu). Sebagai “stage manager” beliau bersama teamnya  bekerja hingga lewat malam seeing to details supaya tidak ada hiccups pada hari penuh makna itu. Sebagai  “Pengurus Besar” ayahanda hanya supervise bahawa Stage manager dan anak buahnya sentiasa on track. Dengan komitmen team di bawah Cikgu Tan hari perasmian sekolah berjalan lancar with minimum (unnoticeable) hiccups.

Walau bagaimana valuable sekalipun Cikgu Tan, akhirnya beliau terpaksa juga berpindah. Ini adalah berikutan pengredan sekolah kepada Gred A, B dan C. SEMSAS sebagai SBP dikategorikan ke dalam Gred A; Guru Besar dinamakan semula sebagai Pengetua dengan jawatan  Guru Siswazah Tingkatan Tertinggi G (DG1); sekarang diganti dengan angka besar….D48, D52 dan sebagainya; ayahanda tak tahulah equivalent DG1 itu dengan gred sekarang). Guru Penolong Kanan pula Guru Siswazah Tingkatan Kanan (Senior Time Scale – juga tak tahulah grednya sekarang). Dengan itu Cikgu Tan terpaksa keluar. Lama juga ayahanda ‘menahan’ beliau sehinggalah mendapat tempat – iaitu dilantik sebagai pengetua di sebuah Sek. Men. Gred C  (Sek. Men. Rendah) di Kuala Lipis. Namun beliau tidak lama di Lipis; kerana dibawa balik ke Kuantan; singgah sekejap di Sek. Men. (Chong Wha) Tanah Putih; akhirnya dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sebagai Penolong Pengelola Sek. Men. Beliau di situ hinggalah bersara. Sungghuhpun berpindah dari SEMSAS hati beliau sentiasa di SEMSAS. Sayangnya ke SEMSAS dizahirkan dalam ucapan perpisahannya semasa kami memberi jamuan perpisahan kepadanya. Di mana beliau mengatakan dalam sedu sedan “I will never forget SEMSAS. Given the choice I would choose not to go.”  Ayahanda mesti confess dengan berat hati kita melepaskan Cikgu Tan bertukar. Namun persahabatan ayahanda dengannya berterusan sehingga akhir hayatnya.

Allahyarham Cikgu Redhwan merupakan seorang guru latihan Pusat Latihan Harian (RTC).Waktu itu Malaysia kekurangan guru dan Maktab Perguruan pun kurang: oleh itu diwujudkan pusat-pusat latihan guru  yang mana guru-guru pelatih terus disandarkan ke sekolah-sekolah; di hujung minggu mereka akan mengikuti latihan formal di pusat-pusat yang ditetapkan. Dan di masa cuti penggal sekolah mereka akan dilatih di Maktab-maktab Perguruan yang ditentukan. Sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dan gigih, setamatnya latihan RTC Cikgu Redhwan melanjutkan pelajaran ke Universiti, dan tiga tahun kemudian membawa balik Ijazah Sarjana Muda Sastera – ditempatkan di SEMSAS.

Kehadiran CikGu Ridhwan menguatkan lagi Jabatan Bahasa Malaysia di SEMSAS serta tenaga fikir dan tenaga kerja keseluruhan. Kebetulan masa itu Pesta Perdana sedang rancak; tiap-tiap SBP bekerja keras memantapkan pasukan Bahas  masing-masing (khasnya Bahas Bahasa Malaysia). Cikgu Radhwan mengetuai pasukan pelatih menyediakan Pembahas SEMSAS untuk berentap dengan SBP yang lain. Kerana kita tidak pernah sampai ke separuh akhir (apatah lagi ke peringkat akhir) tidak bermakna pasukan kita tidak kuat atau kurang latihan / persedian, tetapi natijahnya pasukan lawan (khasnya STF, MCKK, TKC dan Sri Puteri) memang lebih hebat. Walau bagaimanapun di bawah pimpinan CikGu Radhwan dan pasukan pelatihnya, pasukan kita sentiasa memberi tentangan hebat kepada pasukan lawan.

Di bidang pentadbiran  CikGu Redhwan membantu ayahanda memantapkan lagi pentadbiran dan menjelaskan lagi hala tuju sekolah.  Bersama CikGu Tan Eng Chwan (kemudiannya CikGu Kenali) mereka membantu ayahanda merancang dengan teliti strategi pembangunan sekolah serta dalam pelaksanaan events penting dalam kalender sekolah- seperti Pembukaan Rasmi Sekolah, dan Pengelolaan Pesti Piala Perdana. Acara-acara ini memerlukan pasukan yang dedikasi dan meticulous untuk menjamin zero defect;  itu mereka dapat lakukan.

Walaubagaimana pun, keberadaan CikGu Redhwan di SEMSAS terpaksa dipendekkan apabila suatu hari KPP SBP masa itu, ketika melawat SEMSAS  membisikkan kepada ayahanda bahawa Unit SBP sedang mencari seorang pegawai untuk mengisi jawatan Pen. Pengarah SBP. Menyedari jawatan itu memerlukan seseorang yang betul-betul dedikasi dan sanggup mengorbankan masa,  ayahanda menawarkan CikGu Redhwan untuk mengisi jawatan tersebut. Walaupun berat untuk melepaskannya, memandangkan untuk masa depannya ayahanda menyarankan kepadanya supaya menyahut cabaran itu; satu cabaran yang disambut baik olehnya.

Maka berhijrahlah CikGu Redhwan ke Kem. Pelajaran, dari mana career nya terus menyerlah;  menyandang jawatan-jawatan penting – Pengetua SBP Kota Kinabalu, balik ke Pahang untuk jawatan KPP Sek. Men. di JPNP. Beliau bersara secara pilihan untuk menjawat Jawatan Timbalan Pengarah KIPSAS…

Walaupun Allahyarham Cikgu Redhwan dan Mendiang Cikgu Tan Eng Chwan telah meninggalkan SEMSAS mereka sentiasa mengikuti perkembangan pelajar dan bekas pelajarnya. Sayangnya mereka ke SEMSAS  terserlah dalam sempurnanya menjalankan tugas dan menggalas tanggungjawab diberi. Meninggalnya mereka adalah seumpaman hilangnya  dua biji permata di mahkota SEMSAS…….
 







Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today68
Yesterday137
Total557087
Tuesday, 22 August 2017 17:27
Powered by CoalaWeb
Go to top