Pengelolaan PPM merupakan kenangan yang besar buat ayahanda; tentunya juga kepada seluruh warga SEMSAS – guru, pelajar, staff sokongan (dari pejabat ke padang hingga ke dapur). Ayahanda rasa satu kejayaan besar dapat mengembeling dan menyatukan tenaga semua peringkat untuk menjayakan satu event yang besar. Bagi ayahanda ia juga merupakan satu kejayaan peribadi – climax of my career at SEMSAS.

Dan, pada ingatan ayahanda itu juga merupakan antara peristiwa yang akhir untuk dicoretkan sebagai Coretan Semsas. Selepas itu tiada peristiwa besar yang mencabar. Pengurusan sekolah berjalan seperti biasa. Juga tidak dapat diingat insiden-insiden yang cemas, atau lucu untuk dimuatkan di sini. Semua biasa; hari-hari seperti sama; tidak seperti dulunya, setiap hari rasa seperti berbeza.

Dalam pada itu di peringkat Kementerian sedang berlaku rancangan merombak pengurusan secara besar-besaran. Ekoran dari hendak melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), struktur pentabdiran di peringkat Kementerian dan Pejabat Pelajaran Negeri dirombak. Beberapa jawatan baru diwujudkan. Di peringkat Kementerian ada dua Timbalan Pengarah Bahagian; di peringkat Negeri pula ada dua Timbalan Pengarah Negeri di samping diwujudkan jawatan-jawatan Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai Unit-Uit – Unit Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Kurikulum, Ko-Kurikulum, Peperiksaan dan sebagainya. Sementara itu di peringkat negeri juga wujud satu lagi peringkat pentadbiran, – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Ini melibatkan perlantikan dan pertukaran pegawai-pegawai.

Biasalah; bila berlaku demikian, maka timbullah gossip dan spekulasi orang ini naik pangkat orang itu ditukarkan ke situ…dan sebagainya. Ayahanda juga tidak terlepas dari spekulasi ini. Ayahanda “telah ditukarkan” ke banyak tempat. Satu insiden yang melucukan yang tidak dilupakan ialah begini.

Satu hari ayahanda di Lapangan Terbang TUDM Kuantan, menyambut ketibaan DYMM Tuanku dan DYMM Tengku Ampuan yang berangkat pulang dari Kuala Lumpur (sejak perasmian sekolah nama ayahanda termasuk dalam protocol list Pejabat SUK, jadi, antaranya - sentiasa dapat jemputan menghantar dan menyambut keberangkatan Tuanku Sultan) Seperti biasa para jemputan (untuk menyambut) berbaris untuk bersalam dan mengucapkan “selamat berangkat [atau selamat berangkat pulang] Tuanku”. Ayahanda pun dalam barisan itu. Sampai giliran ayahanda bersalam dengan Tengku Ampuan (AlMarhum Tengku Ampuan Afzan) baginda berhenti seketika dan bertitah “Eh! Awak ada di sini? Kata awak dah bertukar ke Pulau Pinang?” Sekali lagi ayahanda terperangkap. Terketar-ketar ayahanda menyembah jawapan “Ampun Tuanku tidak!”. Tengku Ampuan bertitah lagi “Haah, buat apa pindah jauh-jauh; duduk di Sekolah Sains lagi baik” , baginda senyum dan berlalu…….

Sambil memandu (pulang ke sekolah dari lapangan terbang) kepala ayahanda penuh dengan tanda tanya. Pertama, siapalah mula mereka-reka dan sebar cerita ayahanda sudah ditukarkan / akan bertukar (ke Pulau Pinang)? Ayahanda sendiri tidak pernah dengar desas desus itu. Kedua, bagaimana cerita itu boleh sampai ke Istana? Hairan. Dalam tidak sedar iblis mula main peranan – menimbulkan riak di diri insan kerdil ini. Terbisik dalam kalbu (kerja iblislah tu “Waa, pihak Istana pun concern tentang diri ku” – riaklah tu…subhanallah!!

Ayahanda cuba memendamkan sahaja perkara itu, dan berharap mereka dalam barisan menyambut tadi yang mungkin terdengar perbualan pendek itu dan tidak memanjangkan lagi cerita. Ayahanda sendiri tidak menceritakan kepada sesiapa – not even to bonda. Dipaparan inilah pertama kali cerita itu dikeluarkan setelah kira-kira 45 tahun terpendam.

Masa terus beredar; perkembangan terus berlaku. Di peringkat Kementerian banyak idea-idea baru untuk memantapkan pengurusan termasuk di sekolah telah diketengahkan. Craze masa itu ialah blueprint - sasaran pencapaian akademik 5 tahun. (5 year plan). Bermacam-macam kursus pendek, seminar dan bengkel diadakan untuk Pengetua, Guru Besar dan pegawai-pegawai peringkat negeri. Ayahanda tidak terlepas terlibat dan dilibatkan dalam program-program ini – kadang-kadang sebagai peserta, kadang-kadang sebagai facilitator. Mungkin semua ini adalah persiapan di semua peringkat dalam melaksanakan transformi pengurusan pendidan sempena perlaksaan dasar pelajaran Kuirikulum Baru Sekolah Rendah – KBSR.

Jun 1982 - tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai aspiring officers – akhirnya tiba. Penempatan pegawai-pegawai untuk mengisi jawatan baru wujud sudah bermula. Telah diwawarkan ayahanda terlibat dalam rombakan ini. Ayahanda dikatakan dilantik mengisi jawatan Timbalan Pengarah Pelajaran (II) Pahang. Wow!!. (Tapi ayahanda must confess, I don’t know whether I was exited about it). Seluruh warga pendidik di Kuantan dah tahu. Di mana sahaja berjumpa rakan-rakan dihulurkan ucapan tahniah. Guru-guru SEMSAS dah mempunyai berbagai reaksi – ada yang terperanjat; ada yang gembira; ada yang tercengang-cengang. Spekulasi bertambah hendak menjadi reality apabila (Arwah) Cikgu Radhwan (yang sudah bertukar ke Bahagian Sekolah) memberitahu ayahanda supaya mengemaskan kerja dan bersedia untuk menyerahkan kepada pengganti (yang sudahpun dikenalpasti – namanya pun telah diberitahu kepada ayahanda). Katanya surat arahan bertukar sudahpun siap – menunggu tandatangan KSU sahaja.

Antara tugasan berat yang belum siap pada masa itu ialah Blueprint – Sasaran 5 Tahun SEMSAS. Maka bergegaslah guru-guru menyediakannya. Ayahanda kerah mereka masuk gear overdrive.

“Blue Print 5 Tahun” ialah sasaran pencapaian untuk 5 tahun. Ini termasuk menetapkan misi dan objetif serta sasaran yang hendak dicapai. Setiap jabatan (mata pelajaran) mesti menetapkan target dan memetakan bagaimana hendak mencapai target itu. Targetnya ialah dalam Peperiksaan SPM semua calon mendapat Sijil Pangkat Satu dengan straight As. Target ini pada zahirnya terlalu tinggi dan dikhuatiri tidak tercapai. Tapi kita bersandarkan kepada keputusan beberapa tahun kebelakangan yang mencatat kelulusan 100%. (Ini berdasarkan system pengredan masa itu, sebelum ditukarkan kepada open certificate seperti sekarang).

Setelah banyak workshop, perbincangan akhirnya Blueprint pun siap dan sedia untuk dipersembahkan kepada Kementerian. Kita adakan upacara rasmi dengan menjemput KPP SBP masa itu Tuan Haji (kini Dato' Abdul Rahman Yeop). Dalam ucapannya itulah (Dato’) Hj. Rahman droped a bombshell dengan mengumumkan ayahanda telah ditukarkan ke JPN Pahang menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri (II). Pengumuman itu disambut dengan gembira oleh guru-guru (kerana bos mereka “naik pangkat”) except tuan yang empunya diri. [To me there is no excitement about it. I love SEMSAS dan kalau boleh biarlah dikekalkan. Dalam hati terkata kalau pun hendak dinaikkan pangkat kenapa tidak boleh di situ sahaja (in situ). Ini diamalkan oleh banyak agensi seperti Kementerian Kesihatan. (Alhamdullillah difahamkan kini system ini akhirnya dipraktikan di Kementerian Pelajaran – hingga ada sekolah yang Pengetuanya mendapat jawartan JUSA C. Nyatalah I was born the wrong time. Namun hati ini gembira juga kerana vision ayahanda menjadi kenyataan (walaupun ayahanda mendapat JUSA C setelah berhijrah ke banyak tempat)] Perintah tukar itu tidak kunjung tiba. Staf dan student yang dah bosan dengan “barang lama” tertanya-tanya bilalah orang tua ni nak pergi. Situasi agak celaru juga dalam keadaan tidak menentu.

Teka-teki ini akhirnya terjawab pada Jun 1982 apabila penstukturan Kementerian dilaksanakan. Semua jawatan yang diwujudkan diisikan – Timbalan-timbalan PPN dan PPD. Semua pegawai yang dicadangkan dan diwar-warkan dapat perintah tukar mulai 1.6.1982 – except Abdul Rahim Hamid to stay put at SEMSAS……..

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today249
Yesterday327
Total575483
Tuesday, 17 October 2017 21:21
Powered by CoalaWeb
Go to top