oleh : Prof Madya Dr Hj. Zuhaimy Hj. Ismail (77)

UTM, Skudai, Johor Darul Takzim

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Prof Madya Dr Zuhaimy Hj Ismail adalah bekas pelajar SEMSAS batch 1977 yang kini bertugas di UTM, Skudai. Beliau merupakan salah seorang dari pelopor urusniaga dinar emas di negara ini.

 


Penggunaan dinar emas juga banyak tercatat dalam kitab Kanun Melaka, terutama penggunaannya dalam perdagangan. Fasal 33 menyatakan;

“Ambilah olehmu dinar emas atau perak, perniagakan olehmu labanya terkenal akan engkau sekalian hendaklah dia tentukan laba perniagaan itu, antaranya itu binasa atau rugi tiadalah dapat menyilih perniagaan itu hilang harta itu maka tiada dengan taksirnya. Bermula tiada harus dijanjikan akan membayar di benua lain atau terlebih membayar daripada asalnya. Jikalau mengambil emas itu dengan berjanji kemudian dibayarnya tiadalah ngapa, jikalau ada perniagaan itu dengan labanya…”


Fasal 33 membicarakan hukum memberi modal kepada seseorang untuk diperniagakan. Jika rugi atau binasa orang yang membawa modal itu tidak dianggap bersalah. Ini sesuai dengan undang-undang Islam yang dinamakan qiradh. Perniagaan begini telah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. semasa baginda memperniagakan modal Siti Khadijah di negeri Syam. Rukun dan syarat qiradh itu dapat dibahagikan kepada 6 iaitu; malik (pemodal), amil (yang memperniagakan modal), amal (pekerjaan berdagang), mal (harta modal), untung/rugi dan sighah (berakad ijab dan kabul). Jika ada kenam-enam rukun itu barulah sah qiradh tersebut.


Jadi, tepat sekali kalau dikatakan isu dinar emas dan dirham perak di Malaysia perlu diketengahkan dan kena pula dengan masanya kerana bumi ini mengikut sejarahnya pernah menggunakan dinar emas. Sejarah Kesultanan Riau banyak sekali catatan penggunaan dinar emas serta peranan Amir dan Sultan dalam memakmurkan rakyat.


Perkembangan dinar emas juga harus di lihat dari aspek politik. Sejarah menunjukkan bahawa kelemahan umat Islam mula ketara apabila berakhirnya penggunaan wang dinar emas. Pemerintah Islam dibawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut terhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah. Dengan tipu helah dan dakyah barat, sistem kewangan dinar emas telah digantikan dengan sistem kewangan berteraskan wang kertas yang dicetak.

Apa yang membanggakan adalah hakikat di Tanah Melayu ini, kita pernah menjalankan perdagangan dengan negara luar menggunakan dinar emas. Bagaimanapun, penggunaan mata wang ini tamat berpunca daripada proses manipulasi dan penjajahan barat.

Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, mereka membawa bersama-sama wang Jepun dan wang ini lebih dikenali sebagai ‘banana money’. Wang ini tidak laku seperti tidak lakunya daun pisang setelah Jepun dikalahkan. Kepulangan British ke Tanah Melayu selepas itu lebih memburukkan keadaan. Masyarakat kita dipaksa untuk menerima pound sterling iaitu wang kertas British. Namun apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 Bank Negara telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959. Sejak itu bermulalah era mata wang baru iaitu dolar Malaysia sebelum ditukar menjadi Ringgit Malaysia. Sistem ringgit Malaysia sama sahaja dengan sistem wang kertas peninggalan penjajah.

Piawaian Dinar Emas

Dinar emas dicetak mengikut piawaian tertentu. Ukuran timbangan dinar emas mengikut berat 4.25 gram diperbuat daripada emas 917 atau emas 22 karat. Dinar emas mengandungi 91.66 peratus emas tulen dan mengandungi bahan selain emas sebanyak 8.34 peratus. Emas tulen disebut emas 24 karat atau emas 99.99 atau mengandungi hampir 100 peratus ketulenan.

Dirham perak dibuat mengikut timbangan berat bersamaan 2.975 gram perak sterling. Semua ukuran ini mengikut piawaian Khalifah Umar ibn Al-Khatab yang menetapkan nisbah perbezaan antara dinar dan dirham berdasarkan berat relatif kedua mata wang emas dan perak iaitu ‘7 dinar mestilah bersamaan dengan 10 dirham dalam ukuran berat’. Sekarang ini denominasi dirham yang ada adalah satu dirham, lima dirham, sepuluh dirham dan dua puluh dirham.

Piawaian ukuran berat timbangan emas dalam dinar menjadi ukuran kepada komoditi yang lain. Piawaian yang telah digunakan oleh Khalifah Umar Ibn Khattab r.a. disenaraikan dalam jadual berikut

 

Unit

Ukuran Timbangan

Saiz Koin

½ Dinar

2.125 gram emas (emas 22 karat atau emas 91.7)

Diameter 15 mm

1 Dinar

4.25 gram emas (emas 22 karat atau emas 91.7)

Diameter 23 mm

2 Dinar

8.5 gram emas (emas 22 karat atau emas 91.7)

Diameter 26 mm

1 Dirham

3 gram perak sterling (perak sterling 0.999)

Diameter 25 mm

1 Khamsa (5 Dirham)

15 gram perak sterling (perak sterling 0.999)

Diameter 27 mm

Fals/Fulus

Tembaga

Tiada


Pengeluar dinar emas dan dirham perak di seluruh dunia menggunakan piawaian seperti tercatat di atas. Sebarang perubahan dalam percetakan koin ini baik dari segi kandungan emas atau berat timbangan emas tidak membolehkan koin tersebut dinamakan dinar atau dirham.


......bersambung


Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 718392 | CoalaWeb
Go to top