oleh : Prof Madya Dr Hj. Zuhaimy Hj. Ismail (77)

UTM, Skudai, Johor Darul Takzim

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Prof Madya Dr Zuhaimy Hj Ismail adalah bekas pelajar SEMSAS batch 1977 yang kini bertugas di UTM, Skudai. Beliau merupakan salah seorang dari pelopor urusniaga dinar emas di negara ini.

 


Emas Kembali

Emas sudah kembali semula setelah sekian lama dipendam dan dihilangkan peranannya. Banyak artikel yang telah ditulis oleh cendikiawan barat menyarankan supaya emas dikembalikan sebagai alat menyimpan nilai dan seterusnya mengembalikan kekuatan matawang.

Sistem wang dunia berasaskan wang kertas telah menyaksikan jumlah wang kertas yang telah dicetak tidak terhitung banyaknya. Sistem ekonomi berlandaskan riba ini telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem kewangan juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem kewangan moden yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia sekarang ini.

Emas pernah menjadi alat tukar yang diterima umum di Amerika dan Eropah. Suara sudah mula kedengaran di Amerika dan di Eropah supaya emas kembali digunakan bagi memberi kestabilan kepada harga barangan. Walau bagaimanapun suara-suara ini tidak dapat menunjukkan bagaimana caranya emas boleh dikembalikan sebagai wang untuk menyekat institusi perbankan daripada terus mencetak wang kertas sesuka hati. Hanya umat Islam sahaja yang mempunyai penyelesaian kepada kesengsaraan masyarakat dunia disebabkan riba ini. Umat Islam mempunyai wang dinar emas, dan wang ini mempunyai nilai intrinsik. Dinar emas ialah wang yang diperlukan dalam pelbagai hukum hudud dalam Islam dan kembalinya dinar emas sangat diharapkan oleh seluruh umat Islam bagi memenuhi keperluan ibadah seperti zakat, mas kahwin, hudud dan lain-lain.

Isu utama dalam usaha mengembalikan dinar emas adalah isu riba. Sudah sampai masanya kita melihat kembali akan sistem yang membolehkan wang kertas dicetak berterusan. Lebih banyak wang kertas dicetak, lebih banyak wang diperlukan untuk medapatkan keperluan asas dan dengan alasan inflasi, masyarakat miskin terus merana dengan kenaikan harga barang. Ini mesti dihalang atau dikurangkan kerana sistem ini tidak memberi keadilan kepada umum.

Sistem wang Islam berteraskan wang yang mempunyai nilai intrinsik. Perbankan Islam tidak akan mencapai matlamat sekiranya hanya meletakkan Islam pada nama bank tetapi menggunakan sistem kewangan yang sama. Ini sedikit sebanyak mungkin boleh menyekat usaha untuk mengembalikan sistem kewangan dinar emas yang sebenar yang mampu untuk mengatasi masalah ekonomi dan masyarakat.

Dinar emas kini telah kembali dan ramai orang Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Dinar emas dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang.

Wang kertas dalam kitaran kini telah menokok sekian banyak menggunung tingginya, dengan bilangan angkanya sukar lagi untuk dikaitkan dengan kenyataan dibumi ini, disamping percukaian, pengangguran, kemiskinan dan jenayah telah meningkat seiring dengannya. Setiap tahun kita dapati laporan kedudukan ekonomi meningkat dan setiap tahun juga jumlah wang yang dicetak meningkat begitu juga dengan harga barang. Sistem menjana wang kertas terletak ditangan pengusaha bank dan ahli politik yang berperanan menyumbang kepada kesengsaraan ekonomi dunia sekarang.

Perbuatan mencetak wang kertas berterusan sangat berbahaya kepada kebebasan kita daripada musuh sesuatu pasukan tentera. Wang seharusnya terpisah daripada institusi perbankan yang menjana wang melalui faedah yang dikenakan. Inflasi tidak boleh dinyatakan hanya sebagai perakaunan negara kerana ia terlepas daripada tanggungjawab sosial dan moral. Jika kita dipaksa untuk menggunakan suatu alat atau bahan pertukaran yang pada watu yang sama tertakluk kepada penyusutan nilai yang tetap disebabkan oleh berbagai punca inflasi, kita sebenarnya telah tertipu.

Emas adalah komoditi yang mempunyai makna yang jelas dan tetap. Ianya sama seperti kita menetapkan ukuran timbangan berat kilogram. Jika ukuran timbangan kilogram ini berbeza di London, berbeza di Bangkok dan berbeza dengan kilogram di Jakarta, sudah pasti kita akan menghadapi situasi yang kelam kabut. Sudah pasti urusan perdagangan akan menjadi kucar kacir. Sekarang ini terdapat beratus-ratus matawang dunia dan mengapa dunia membenarkan dolar Amerika mendominasi matawang lain. Urusan perhubungan dan perdagangan boleh dilakukan dalam masa 30 saat tetapi jika kita menggunakan berpuluh-puluh jenis matawang sudah pasti pertukaran pembayaran menjadi kelam kabut dan tidak praktikal.

Dunia memang mengharapkan satu jenis wang dan pada hari ini matawang tersebut ialah dolar Amerika. Walaupun banyak negara mahukan perubahan tetapi sudah pasti Amerika dan konco-konconya tidak akan membenarkan. Tetapi kita harus ingat bahwa dolar Amerika sebenarnya tidak akan mampu bertahan kerana dolar Amerika tidak adil dan ianya adalah wang janji hutang dan tak boleh diterima. Wang kertas bukan ayn (ada nilai intrinsik) tetapi dyn iaitu tidak mempunyai nilai intrinsik. Mengikut hukum Islam, tidak ada barangan yang boleh dipaksa sebagai ‘satu-satunya matawang’. Kita tidak boleh menetapkan satu komoditi sahaja sebagai matawang. Imam Malik r.a. mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Jadi manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai matawang dan bukan matawang yang dipaksa nilai ke atasnya. Oleh itu apa yang diamalkan sekarang ini tidak mengikut hukum Islam dan umat Islam seharusnya memikirkan alternatif kepada penggunaan dolar Amerika dalam urusan perdagangan khasnya di peringkat antarabangsa.

Isu dinar emas juga akan menguji keyakinan umat tentang amalan dan kebolehan dinar emas. Mereka mesti yakin untuk bersatu dalam menggunakan dinar emas dan dirham perak. Di Malaysia, kita telahpun memulakan percetakan dinar emas. Dinar emas kini telah dicetak dan diedarkan ke seluruh dunia. Pengedaran dinar emas dilakukan melalui wakala yang berada hampir di seluruh negeri di Malaysia.

Banyak penyelidikan yang telah dijalankan di institusi pengajain tinggi sehingga keperingkat ijazah kedoktoran (www.ddrgutm.fs.utm.my). Dengan adanya sistem akaun simpanan dan pelaburan dinar emas, jumlah dinar yang diperlukan kini meningkat mengikut taburan eksponen dan ini sangat menggalakkan. Dengan simpanan emas ini, umat Islam sudah mula mengeluarkan zakat dalam dinar emas. Untuk ini Pusat Zakat Negeri sudah mula merancang untuk menerima dinar emas sebagai wang yang boleh diterima. Semua perkembangan ini sangat menggalakkan kepada umat Islam dan dinar emas di Malaysia.


......bersambung

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today165
Yesterday581
Total636451
Tuesday, 24 April 2018 07:29
Powered by CoalaWeb
Go to top