Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sultan Haji Ahmad Shah (AKSHAH) merupakan acara dwi-tahunan yang berlangsung bagi meraikan warga EXSAS, pelajar SEMSAS, para guru dan juga bekas guru yang pernah berkhidmat di SEMSAS dan ia telah diadakan sejak tahun 1999 lagi.

Majlis gilang gemilang ini buat kali ke dua akan diadakan di Dewan Al Khawarizmi, SEMSAS sebagaimana berikut :

Tarikh : 21 April 2018
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Al Khawarizmi, SEMSAS
Pakaian : Kebangsaan

Anugerah Kecemerlangan Sultan Haji Ahmad Shah merupakan satu pengiktirafan kepada mereka yang terpilih berdasarkan kategori yang telah ditetapkan. Pada tahun 2016, anugerah ini telah diberikan kepada :

ANUGERAH TOKOH PELAJAR
2013 - Nazirul Azdie bin Asri
2014 - Nursyakirah bt Abdul Rahman
2015 - Megalashini A/P K. Selvanathan

ANUGERAH HIDUP BERJASA (EXSAS)
1. Dato' Najmuddin Abdullah (86)
2. Nik Abdul Malik Bin Nik Mohd Amin (75)

ANUGERAH GURU CEMERLANG
1. Tuan Hj Hussin Abd. Rashid
2. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

Majlis ini juga bakal mengumpulkan bekas pelajar SEMSAS sejak 1975 hinggalah sekarang disamping guru, bekas guru dan juga bekas pekerja yang pernah berkhidmat di SEMSAS.

AKSHAH pada kali ini akan dirasmikan oleh YH. PROFESOR DATO' SRI TS. DR. DAING NASIR IBRAHIM SSAP., DSAP., DIMP., Naib Canselor, Universiti Malaysia Pahang.

Sebelum majlis bermula pada jam 8.00 malam, Program 'Homecoming 2018' akan dimulakan dengan acara 'Fun Run' pada sebelah pagi dan diikuti dengan beberapa acara sukan yang lain yang berkongsepkan pertandingan diantara rumah sukan.

Semoga majlis ini nanti akan memberikan seribu kenangan manis kepada semua yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK DISINI.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Go to top