Berita & Foto : Qisan

Buat pertama kalinya, satu Kejohanan Kriket 6 Sebelah Ex SBP telah dianjurkan oleh SMAP LABU Old Boys Cricket Association pada 19 dan 20 Februari 2011 dan ianya berlangsung selama 2 hari di Bayuemas Oval, Klang (Sime Darby Sport Centre).

Kejohanan yang menggunakan format '5 over with six players a side' dibuka kepada hanya 8 pasukan sahaja yang dibahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A telah dianggotai oleh Sesma, Mozac, EXSAS (ECC) dan Staroba manakala Kumpulan B terdiri daripada Sains Selangor, Mcoba, OPA dan Soba. Pada hari pertama kejohanan, Kelab Kriket EXSAS yang baru sahaja ditubuhkan pada minggu lepas tidak dapat menyaingi pasukan-pasukan Ex SBP lain yang telah lama dibentuk serta mempunyai pasukan yang mantap.

ECC kalah didalam semua perlawanan kumpulan. Namun begitu ECC akan bermain pada hari esok untuk menentukan kedudukan pasukan.

Menurut Sdr Shuq selaku Kapten Kelab, kejohanan ini adalah satu pendedahan dan permulaan yang baik bagi pasukan ECC yang baru sahaja dibentuk.

Beliau juga mengharapkan agar lebih ramai lagi warga EXSAS yang berminat atatu yang pernah bermain semasa di SEMSAS untuk tampil mengambil bahagian, bersukan sambil mengeratkan silaturrahim sesama bekas pemain kriket SEMSAS.

Seluruh warga EXSAS ingin mengucapkan selamat berjaya kepada ECC dan semoga permulaan yang baik ini akan berterusan pada masa yang akan datang.

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today103
Yesterday175
Total556474
Friday, 18 August 2017 13:05
Powered by CoalaWeb
Go to top