LIGA RAGBI ALUMNI 2006

 

EAGLES TEMPA SEJARAH

 

 

 

Perlawanan akhir menemukan EXSAS EAGLES dan juara liga Perisai Shukri 2006, SMS Old Boys (SMSOB). EXSAS turun sebagai pasukan jolokan 'giant killer' selepas berjaya menumbangkan keegoan juara tahun lepas, High School Klang Old Boys di peringkat separuh akhir manakala SMSOB bergaya sebagai pasukan pilihan kejuaraan musim ini. 'Head-to-head' menyaksikan SMSOB mengatasi EXSAS dengan satu kemenangan besar dalam peringkat kumpulan di awal musim. Namun begitu EXSAS tetap turun dengan semangat juang yang tinggi mencabar pasukan dari Cheras itu.


Nyanyian lagu 'SEMSAS hidup berjasa' menyemarakkan api semangat dan lebih-lebih lagi dinyanyikan bersama-sama dengan penyokong EXSAS yang turun menyaksikan perlawanan bersejarah ini. Ini merupakan pentas final pertama EXSAS EAGLES yang belum sampai setahun ditubuhkan selepas dalam kejohanan-kejohanan lain sebelum ini terkandas di peringkat separuh akhir. Separuh masa pertama menyaksikan EXSAS bertungkus lumus bertahan dari asakan SMSOB yang nampaknya lebih berpengalaman dari segi permainan dan taktikal. Cuma sesekali EXSAS berjaya mencuri peluang dengan melancarkan serangan di barisan 'back' namun digagalkan oleh pertahanan mantap lawan.


Tekanan perlawanan akhir memberi sedikit impak kepada EXSAS yang masih gagal mengawal permainan ditambah dengan kecederaan flanker EXSAS, Talhah di pertengahan permainan. Bago masuk menggantikan Talhah. Dalam kelam kabut bertahan, SMSOB berjaya melakukan satu try cantik di penjuru kiri hasil 'cross kick' dari stand-off berpengalaman mereka. Conversion gagal disempurnakan. Try tersebut tidak mematahkan semangat EXSAS yang berjaya menyempurnakan penalti dan merapatkan jurang mata kepada 3-5. Penalti disempurnakan oleh Muhaimin (Tabla). Walaubagaimanapun Tabla gagal menyempurnakan penalti kedua selepas itu selepas tendangannya tersasar jauh dari gol. Tamat separuh masa pertama EXSAS ketinggalan 3-5.

Bakhtiar masuk menggantikan Yien di separuh masa kedua yang jelas menampakkan pengalaman SMSOB mengatasi keupayaan EXSAS. Dua try berjaya dilakukan menjadikan mata 17-3 sebelum Kudin masuk menggantikan Zaim yang mengalami kecederaan bahu. Suhail Amin (Bapak) mengambil tempat Zaim di posisi No.8 dan Kudin terjun ke posisi 2nd Row. SMSOB sekali lagi berjaya meloloskan diri dari pertahanan EXSAS dan satu lagi try dilakukan menjadikan mata 22-3. Mata tersebut kekal hingga wisel penamat dibunyikan. Dengan itu EXSAS terpaksa berpuas hati sebagai Naib Johan Piala Perdana selepas tumbang kepada SMSOB yang awal-awal lagi diramal berjaya menjadi juara berganda.

 

Tahniah diucapkan kepada para pemain yang menunjukkan permainan yang menarik disamping mempamerkan semangat juang yang tinggi. Komitmen pemain merupakan aset penting kepada kejayaan ke peringkat akhir walaupun tidak sampai setahun ditubuhkan. Kekalkan momentum EXSAS EAGLES di peringkat yang lebih tinggi.

 

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada EXSAS yang memberi kepercayaan kepada kami membawa nama EXSAS di persada ragbi tanahair. Terima kasih kepada Tuan Presiden EXSAS yang turun padang sama-sama menyokong walaupun mempunyai jadual kerja yang agak ketat. Terima kasih juga kepada Bro Qisan yang tidak putus-putus memberi semangat kepada pasukan. Juga kepada orang-orang kuat EXSAS yang turut serta memberi galakan dan juga kepada Team Penyokong EXSAS 94 dan 96 yang happening dan ahli-ahli EXSAS serta keluarga. Kehadiran kalian amat dihargai.

Barisan pemain Final Piala Perdana Liga Alumni 2006.
01. Prop - CHAP
02. Hooker - MARO
03. Prop - YIEN (c)
04. Lock - KAPLA
05. Lock - BAPAK
06. Flanker - TALHAH
07. Flanker - BAD
08. No 8 - ZAIM
09. Scrum half - O.C
10. Stand off - A.C
11. Inside Centre - TABLA
12. Outside Centre - MAG
13. Right Wing - CHIN
14. Left Wing - BAR
15. Full back - IJAN
SUBS
01. BAGO masuk menggantikan TALHAH
02. BAKHTIAR masuk menggantikan YIEN
03. KUDIN masuk menggantikan ZAIM

Semoga EXSAS EAGLES akan terus berjaya pada masa akan datang.
TERUSKAN BERJASA, HELANG.


Yien & Kudin 96


Lagi berita di http://exsaseagles. fotopages. com dan http://www.mru.org.my

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Sehingga kini : 657704 | CoalaWeb
Go to top