Exsas Eagles akan mewakili Pahang untuk peringkat suku akhir Piala Kebangsaan Liga Alumni 2010 yang dijadualkan pada hari Sabtu, 5 Jun 2010 jam 3 petang di Padang Utara, Petaling Jaya. Lawan Eagles pada perlawanan tersebut adalah SDAR Lions yang mewakili Negeri Sembilan selepas menumbangkan musuh tradisi STJOB Warriors dalam perlawanan play-off pada hari Ahad lepas.

Pada tahun lepas Eagles tewas di tangan Lions di peringkat suku akhir perisai Perdana. Ibarat misi membalas dendam, Eagles dijangka menurunkan barisan barkaliber yang diketuai oleh Faeez Alias (SEMSAS 99). Faeez yang juga merangkap jurulatih pasukan, berkata kemungkinan besar kapten pasukan Ragbi Malaysia, Saudara Nik Ismade (ex-SEMESTA) akan menyertai pasukan untuk memperkuatkan forward Eagles.

 

Kejohanan Piala Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 2009 dengan 8 pasukan bekas pelajar terbaik keseluruhan dalam Liga alumni dipilih mewakili 8 buah negeri masing-masing. Format kelayakan pemain yang sediada dipinda dengan membenarkan pemain yang mewakili pasukan negeri dan negara bermain untuk pasukan bekas pelajar sekolah dan negeri. Piala Kebangsaan adalah salah satu daripada 3 piala yang dipertandingkan dalam Liga alumni 2010 selain Perisai Kenangan Shukri (Divisyen 1) dan Perisai Perdana.

 

Tambah Faeez, selepas perlawanan Sabtu ini, Eagles akan bermain dalam 3 perlawanan liga Divisyen 1 Kumpulan A bertemu STJOB Warriors (13 Jun 2010), SDAR Lions (20 Jun 2010) dan SMSOB (10 Julai 2010). Perlawanan klasifikasi menentukan ranking pasukan dalam liga akan berlangsung pada 31 Julai 2010. Eagles perlu menang sekurang-kurangnya 2 perlawanan untuk kekal di Divisyen 1 pada tahun hadapan.


Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Sehingga kini : 683930 | CoalaWeb
Go to top