Laporan : Yien 96

KEPUTUSAN PERLAWANAN 2

20 SEPTEMBER 2015
EXSAS EAGLES - 36
STJOB WARRIORS - 12

Bermula dengan baik mendahului 3-0 hasil sepakan penalti Sabil. - Rafiuddin melakukan try hasil larian kemas di penjuru kanan kawasan STJOB. Kita mendahului 8-0. Sepakan conversion Sabil tersasar. Rafiuddin sekali lagi mendapat peluang dari sudut yang sama dan bijak melakukan try peribadi kedua untuk mendahului 13-0. Sabil menambah 2 mata menjadikan 15-0. Betik bermain wing kiri, berjaya meloloskan diri untuk melakukan try ke-3 pasukan di bawah palang. Sepakan conversion mudah Sabil menjadikan kedudukan 22-0.

STJOB bingkas bangun dan berjaya mendapat try di penghujung babak pertama. Sepakan conversion tersasar menjadikan kedudukan 22-5. Separuh masa kedua bermula, STJOB garang menyerang dan berjaya mendapat try ke-2 untuk merapatkan jurang 22-10. Conversion berjaya 22-12. Mamak (2012) yang turun dari Pekan untuk bersama-sama pasukan berjaya meloloskan diri untuk try ke-4. Conversion sabil berjaya untuk menjarakkan mata 29-10. Di penghujung masa, Sabil melakukan try dan menyempurnakan sepakan conversion. Tamat perlawanan EXSAS Eagles 36 - 12 STJOB Warriors. Pengadil perlawanan Mr. Chris Lynn.

Kedudukan semasa Divisyen 2 Kumpulan B selepas 2 perlawanan.
1. SESMA Old Boys - 6 mata (beza +5)
2. EXSAS Eagles - 3 mata (beza +17)
3. VIOBA Bulls - 3 mata (beza +4)
4. STJOB Warriors - 0 mata (beza -26)

Perlawanan ke-3 pasukan EXSAS Eagles bertemu SESMA OB akan menghalakan peluang naik ke Divisyen 1 pada tahun hadapan.
Perlawanan ke-3 - EXSAS Eagles vs SESMA OB
Tarikh : 11 Oktober 2015
Masa : 5 petang
Venue : Padang Alamanda, Putrajaya.

Barisan pemain
1. Helmi
2. Mamak 12
3. Bobo
4. Akif 14
5. Arit
6. Ezat
7. Wak 02
8. Sabil 03
9. Rafi Sukeri 12
10. Tabla 03
11. Amar 02
12. Sahrul 14
13. Betik 11
14. Rafiuddin 04
15. Relung
16. Nuar
17. Shuk
18. Shaz
19. Gig
20. Megat
21. Eris 06
22. Ikhwan
23. Safaruddin 02
24. Farhan
25. Pokjak 02
26. Apek
27. Afiq Rahman 12
28. Pitik 03
TQ untuk penyokong Chap, Saro, Fawaz dll. TQ untuk penaja CSTeam.

Cheers.
Yien

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today165
Yesterday581
Total636451
Tuesday, 24 April 2018 07:32
Powered by CoalaWeb
Go to top