LIGA ALUMNI 2018 - PIALA KEBANGSAAN

Kelana Jaya 22 September 2018 - Di atas kertas, memang serba-serbi milik Alumni Seksyen 19 (S19). Pasukan yang mantap, pemain yang sama, berpengalaman di Liga Selangor dan moral yang tinggi selepas menumpaskan 2 gergasi Lembah Kelang, HSKOBA dan Integom di pusingan kelayakan Selangor.

Berbanding dengan Exsas Eagles (EERC) yang baru pertama kali berkumpul 2 minggu lepas di Kuantan, tekanan nampak bersama EERC. Namun, di atas padang, tiada siapa yang boleh menjangka. Semua kelebihan boleh menjadi EQUAL. Inilah uniknya 15's. Kombinasi Atan, Memeng dan Pipi di front row. Kumbing dan Pahang di second row. Syawal dan Che Wan mengepit di posisi flanker. Eris jadi anchorman di posisi No.8.

Fak scrum half, Pitik fly half. Betik dan Iqbal di bahagian tengah. Lat dan Apit menjadi sayap dan 'wise man' diisi oleh OC.

Separuh masa pertama bermula.

Minit 18, S19 try. 0-5.
Minit 19, S19 conversion. 0-7.

Minit 23, S19 try. 0-12.
Minit 24, S19 conversion. 0-14.

Nampak mudah bagi S19.

Minit 27, Memeng try. 5-14.
Minit 28, Pitik conversion. 7-14.

Tamat separuh masa pertama.

Bobo masuk ganti Fak.
Aqif masuk ganti Pipi.
Soni masuk ganti Kumbing.
Faris masuk ganti OC.
Hadi masuk ganti Lat.

Separuh masa kedua bermula.

Minit 35, Eris try. 12-14
Minit 36, Pitik conversion. 14-14. S19 dah mula goyang.

Minit 55, S19 try. 14-19.
Minit 56' S19 conversion. 14-21.

Masa berjalan, S19 sudah mula melambai kepada MCOBA, yang akan ditemui oleh mereka Semi nanti.

Minit 59, Pahang try. 19-21.
Minit 60, Pitik conversion. 21-21.

Masa tamat. Kedudukan terikat 21-21.

Keputusan akan ditentukan melalui tendangan drop penalti di garisan 22 meter.

Pitik tendang. masuk 1-0
S19 tendang. masuk 1-1
Iqbal tendang. tersasar. 1-1
S19 tendang. tersasar. 1-1
Syawal tendang. masuk 2-1.
S19 tendang. tersasar. 2-1

EXSAS Eagles menang dan melangkah ke pusingan Separuh akhir bertemu wakil Perak, MCOBA pada 6 Oktober nanti.

Segalanya mungkin. Sungguh dramatik. Disusuli dengan mengeteh di Al Fariz Maju bersama VP EXSAS, Encik Fawaz.

Catatan terbaik EERC di Piala Kebangsaan adalah pada tahun 2009, yang mana berjaya melangkah ke separuh akhir namun digagalkan oleh SMSOB.

Well done players..well done management (Kudin, Tiger, Mat Yie)..well done team.

All the best.

-JE-

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 717108 | CoalaWeb
Go to top