Pasukan Hoki EXSAS telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya merangkul Naib Johan Kategori Men Classic dalam USM International 6's Hockey Tournament yang telah berlangsung pada 10 hingga 12 Disember 2010.

25 PASUKAN ANTARABANGSA MERIAHKAN PESTA HOKI ANTARABANGSA USM-PENANG 2010

12 Dis. – Pesta Hoki Antarabangsa USM-Penang 2010 ke-37 berakhir hari ini dengan kejayaan penganjur menarik penyertaan 25 buah pasukan dari 5 buah, iaitu dari Sri Lanka, Brunei, Thailand, Uzbekistan dan India selain dari Malaysia.

 

Menurut Pengerusi Pesta Hoki, Kesavarthani Kandasamy, walaupun pada tahun ini USM menerima banyak permohonan dari luar negara yang ingin menyertai pertandingan tersebut, pihak pengurusan terpaksa menghadkan bilangan penyertaan dan setiap pasukan disaring terlebih dahulu sebelum dipilih menyertai pertandingan ini.

 

“Setelah empat tahun berturut-turut pesta hoki ini mendapat pengiktirafan Malaysia’s Book of Record sebagai Kejohanan Hoki Terbesar dan tahun lalu sebagai kejohanan hoki terpanjang di Malaysia, tahun ini pihak penganjur menghadkan penyertaan dan proses saringan terlebih dahulu diadakan buat pasukan-pasukan yang ingin menyertai demi menjamin kualiti pertandingan dan kepuasan pasukan yang bertanding,” ucapnya ketika majlis penutupan Pesta Hoki Antarabangsa USM-Penang 2010 di Stadium Hoki, Universiti Sains Malaysia kelmarin.

 

Tambahnya lagi, beliau amat berharap pesta hoki akan datang bakal berubah menjadi kejohanan terunggul di rantau Asia Pasifik dari segi penyertaan, pengelolaan dan mutu pertandingan.

 

Pada majlis yang sama, Raja Muda Perak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, turut berangkat bagi menyaksikan perlawanan akhir piala pusingan Sultan Azlan Shah di antara Universiti Putra Malaysia B (UPM B) dan New Straits Times Press (NSTP) yang berkesudahan UPM B menewaskan NSTP 2-1. Majlis penyampaian hadiah dan piala disampaikan oleh baginda.

 

Pada dua lagi perlawanan berasingan, kelab Dolphins B berjaya menundukkan kelab Exsas 3 gol tanpa balas sekaligus membawa piala pusingan Raja Nazrin Shah di dalam kategori lelaki klasik. Manakala Piala T.Y.T. dirangkul oleh KL Ladies apabila berjaya menewaskan USM B dengan jaringan 4-0 di dalam kategori wanita terbuka.

 

Turut hadir ialah Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, dan Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar) Prof. Dato’ Omar Osman, dan wakil-wakil penaja utama dari Nestle Products (M) Sdn. Bhd.

 

Foto: Mohd Fairus Md. Isa

dipetik daripada : http://www.usm.my/index.php/ms/kenali-usm/arkib-berita/66-news-highlight/7417-25-pasukan-antarabangsa-meriahkan-pesta-hoki-antarabangsa-usm-penang-2010.html

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today33
Yesterday324
Total594666
Monday, 18 December 2017 01:47
Powered by CoalaWeb
Go to top