Gombak, 24 Mac 2012 -Kelab Hoki EXSAS yang kini semakin menempah nama dipersada hoki kebangsaan telah memulakan tahun 2012 dengan menyertai Karnival Hoki 8s Liga Alumni @ UIAM, kategori Alumni yang diadakan pada 24 dan 25 Mac 2012. Kejohanan akan diadakan selama 2 hari bertempat di padang hoki UIAM, Gombak.

12 pasukan alumni bakal bersaing pada hari pertama kejohanan dengan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kelab Hoki EXSAS telah diletakkan bersama ASAK (Alumni Sains Kedah), ASAS (Alam Shah) dan OPA (Old Putra).

Lain-lain pasukan adalah ST Kluang, Seratas, Sajoha, SMSOB, Asas Bwh19, ansara, Asti dan Faris Petra.

EXSAS telah memulakan kempen dengan mencatatkan keputusan seri menentang OPA (0-0) dan juga seri 0-0 menentang ASSAK walaupun EXSAS nampak jelas lebih menguasai permainan pada kedua-dua perlawanan.

Namun, EXSAS telah membuktikan kekuatan mereka pada perlawanan ketiga menentang ASAS dengan mencatatkan kemenangan 2-1 pada perlawanan yang berlangsung pada lewat petang.

Dengan kemenangan tersebut, EXSAS menjadi johan kumpulan dan akan bertanding pada peringkat seterusnya pada hari esok (25 Mac 2012).

Warga EXSAS yang berkesempatan dijemput hadir ke padang bagi memberikan sokongan morak kepada para pemain.

Oleh : Qisan88

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today30
Yesterday167
Total556746
Sunday, 20 August 2017 04:48
Powered by CoalaWeb
Go to top