KUALA LUMPUR - EXSAS Hockey Club (EHC) sedang menyertai kejohanan Hoki Alumni 2013 anjuran Kelab Hoki Ex-Faris Petra bermula 16 Februari yang lalu. Kejohanan yang bertempat di Stadium Hoki KPM, Lembah Pantai disertai oleh 4 pasukan hoki bekas pelajar iaitu Ex-Faris Petra, STAROBA, MCOBA dan EXSAS merupakan acara pemanas badan buat kesemua pasukan sebelum menyertai Kejohanan Hoki Liga Kuala Lumpur & Selangor yang dijadualkan bermula pertengahan bulan Mac nanti.

EHC bermula dengan baik apabila menang perlawanan pertama menentang STAROBA dengan skor 3-0 pada 16 Februari 2013. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh bintang EHC, Qhudin (exsas 2001).

Dalam perlawanan kedua pada 17 Februari 2013, MCOBA memberi tentangan sengit kepada EHC. MCOBA terlebih dahulu mencuri tumpuan di separuh masa pertama apabila menyumbat satu gol untuk mendahului EHC, 1-0. Jelas faktor keletihan merencatkan tempo permainan EHC apabila kelihatan lebih banyak bertahan di kubu sendiri.



Masuk separuh masa kedua, EHC menukar corak permainan dengan bermain lebih pantas. Hasilnya, bermula dari serangan pukulan sudut penalti, EHC memperolehi gol penyamaan apabila Jon (exsas 2000) menyambut baik pukulan deras kapten pasukan, Omar (exsas 1999).


Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menzahirkan gol kemenangan sehingga wisel penamat dibunyikan.


Perlawanan ditentukan menerusi pukulan penalti stroke. EHC akhirnya membawa pulang 3 mata berharga selepas dinobatkan pemenang apabila menyumbat 4 gol berbanding MCOBA, 3 gol.


Dalam satu lagi perlawanan, Ex-Faris Petra membenam STAROBA, 5-1 untuk menerajui liga selepas menang 3-0 dengan MCOBA pada hari pertama.


Perlawanan seterusnya, EHC akan bersaing dengan Ex-Faris Petra bagi menentukan juara liga pada hari Sabtu, 23 Februari 2013 akan datang di venue yang sama. Semua warga EXSAS dijemput bersama-sama menonton dan menyokong pasukan EHC.


Rakaman highlight perlawanan dengan MCOBA boleh ditonton di sini.


- BERITA EXSAS -

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today130
Yesterday299
Total575945
Thursday, 19 October 2017 09:39
Powered by CoalaWeb
Go to top