KUALA LUMPUR - 23 Februari 2013 - EXSAS Hockey Club (EHC) berjaya membuktikan bahawa pasukan tersebut harus dihormati di pentas hoki alumni. Dalam perlawanan ketiga bertemu Ex-Faris Petra (XFP), EHC berjaya menang dengan skor 3-1.



EHC mengawal permainan di minit-minit awal separuh masa pertama dengan hantaran-hantaran pendek untuk menembusi kubu XFP. Hasilnya, EHC terlebih dahulu mencuri tumpuan dengan gol pertama jaringan Jon (exsas2000). Tersentak dengan gol tersebut XFP menggandakan serangan namun pertahanan EHC yang diketuai oleh Bob(exsas1996), berjaya menahan kubu dari dibolosi. Tamat separuh masa pertama EHC 1, XFP 0.



Dengan pilihan pemain simpanan yang terhad serta keletihan yang dialami pemain, kapten EHC, Qhudin (exsas 2001) menukar corak permainan daripada menyerang kepada lebih bertahan di separuh masa kedua. Strategi tersebut berjaya mematahkan serangan XFP yang bertali arus ke kubu EHC. Namun di penghujung separuh masa kedua, XFP berjaya juga menyamakan kedudukan melalui gol padang di sebelah kanan gol EHC. Kedudukan seri 1-1 terus kekal hingga ke wisel penamat.



Maka perlawanan ditentukan melalui penalty shoot-out dimana pemain yang menyerang perlu menjaringkan gol dalam masa 8 saat dari luar kotak 'D' sambil penjaga gol menjaga gawang dari dibolosi.



Omar (exsas 1999) menjadikan kedudukan 2-1 selepas berjaya menjaringkan penalti pertama.



Penjaga gol EHC, Razi (exsas 1999) berjaya menjaga gawang dengan baik selepas pemain XFP gagal menjaringkan gol. Kedudukan masih didahului EHC, 2-1.



Aidil mengambil penalti kedua namun gagal menambah jaringan.



Razi sekali lagi berjaya mempertahankan gawang untuk terus EHC kekal mendahului.



Harapan terletak di bahu Qhudin yang mengambil penalti ketiga. Ternyata pengalaman menyebelahi EHC apabila Qhudin mudah menyumbat masuk gol ketiga untuk memberi kemenangan mutlak EHC 3-1.



Dengan kemenangan tersebut, EHC mendahului liga dengan 3 kemenangan, 10 jaringan dan 4 bolos. Mengikuti rapat XHP, 2 menang 1 kalah , STAROBA 1 menang 2 kalah dan MCOBA di kedudukan terakhir 3 kali kalah.



Tahniah EHC, walaupun turun dalam serba kekurangan tetapi semangat 'Hidup Berjasa'yang ditampil begitu menakjubkan. Pertahanan muda EHC, Saudara Aidil dipilih menjadi 'man of the match'. Tahniah diucapkan.



Barisan pemain :-
Penjaga gol : Razi (99)
Pertahanan : Bob (96) , Aidil (11), Selly (03), Kyrill , Edli (96)
Tengah : Qhudin (01), Omar (99), Wan (96), Zuki (93)
Penyerang : Darul (00), Jon (00)



Saksikan liputan khas perlawanan yang dibawa secara esklusif di ExsasTV dalam masa yang terdekat.



-BERITA EXSAS-

(foto ihsan eightyeightstudio)

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today117
Yesterday284
Total542177
Thursday, 29 June 2017 11:47
Powered by CoalaWeb
Go to top