Tiada perasaan lain selain kegembiraan terpancar di wajah setiap pemain hoki EXSAS HC apabila menaiki podium selepas dinobatkan pemenang tempat ketiga Liga Hoki KL Divisyen 4, musim 2013/2014.

Malam tadi, EXSAS HC menewaskan pasukan DBKL dengan skor 5-3 dalam perlawanan yang begitu dramatik. Walaupun gagal naik ke Divisyen 3 musim hadapan selepas tewas di tangan pasukan bekas pemain-pemain Malaysia, Kilat Club 2 hari sebelum, namun kejayaan tadi amat manis untuk diingati. Penantian selama 4 tahun untuk berada di kelompok 4 terbaik liga telah berakhir.

Dalam perlawanan tersebut, EXSAS HC terlebih dahulu mendahului DBKL hasil gol daripada pemain bintang , Omar Hafiz (99). DBKL bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1 melalui gol sudut penalti. Permainan kemas ditunjukkan oleh pemain dan berjaya menjaringkan gol kedua oleh Fiqhu (01). Omar sekali lagi mencuri tumpuan dengan gol keduanya menjadikan kedudukan 3-1 sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Masuk separuh masa kedua, DBKL terus menggandakan asakan dan pintu gol EXSAS HC yang dikawal oleh Hanif (98) akhirnya bolos 2 kali untuk DBKL menyamakan kedudukan 3-3.

Permainan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan 7 minit sebelum masa tamat, Omar menyumbat gol ke-4 EXSAS selepas mendapat lorongan kemas pemain muda EXSAS, Luqman (12). Selepas itu DBKL medapat 2 kali sudut penalti, namun Hanif lebih tangkas menghalang.

Dan hasil serangan balas EXSAS di penghujung permainan, Luqman berjaya meloloskan diri untuk menghantar bola kepada Sol (96) yang kemudiannya melorongkan bola kepada Omar yang tidak dikawal untuk menjaringkan gol kemenangan EXSAS. Wisel ditiupkan dengan EXSAS menewaskan DBKL, 5-3.

Terdahulu, EXSAS HC menduduki tempat kedua liga kumpulan B, hasil menang 5 kali :-KYSER,(8-3),SHEEL IT (5-2),MSSKL (4-2) FALCON MAPA (3-0) dan FREELANCE B (3-2), kalah 3 kali :-DBKL (1-5), X-RMC (3-5) dan TISS (0-8).

Di separuh akhir, EXSAS HC bertemu juara kumpulan A, Kilat Club. EXSAS tewas 1-5.

Apa yang membanggakan adalah semangat juang yang tinggi setiap pemain. Walaupun tanpa sebarang sokongan, bantuan dan tajaan, semangat itu tidak pernah padam. Semuanya dilakukan demi HIDUP BERJASA.

Pemain EXSAS ada yang datang dan ada yang pergi oleh kerana komitmen kerja, kecederaan dan tak kurang juga berhijrah ke kelab lain. Inilah senarai pemain skuad EXSAS HC yang masih meneruskan perjuangan :

1. Anip (98)

2. Bob (96)

3. Edli (96)

4. Fiqhu (01)

5. Omar (99)

6. Solihin (96)

7. Wan (96)

8. Zuki (93)

9. Nizam Altaro (96)

10. Nasa (00)

11. Luqman (12)

12. Aidil (11)

13. Jas (SEMESTA)

14. Aloy (UNITEN)

15. Shafiq (UNITEN)

16. Naqib (UIA)

17. Islah (St. THOMAS)

18. Tank (UNITEN)

Pasukan akan berehat dan akan bermain dalam beberapa siri perlawanan persahabatan di Kuantan bermula pertengahan Mac. Turut dalam rancangan adalah menyertai beberapa kejohanan jemputan dan yang pasti Pesta Hoki USM hujung tahun nanti. Juga dalam perancangan menganjurkan liga jemputan alumni dan kejohanan jemputan SEMSAS.

Semoga skuad hoki EXSAS terus gemilang pada masa yang akan datang. Let the spirit alive.

MRY

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today30
Yesterday167
Total556746
Sunday, 20 August 2017 04:49
Powered by CoalaWeb
Go to top