Oleh : Elang Arena.

ASAS FUN RUGBY 10s 2016 (ALUMNI ABOVE 35 YEARS OLD) 24 SEPT 2016 | 9.00 PAGI | PADANG RAGBI ALAMANDA PUTRAJAYA

SHAH ALAM :  Buat julung kalinya pasukan ragbi super senior EXSAS Eagles yang diwakili oleh bekas pemain berumur 35 tahun dan ke atas akan dibentuk bagi menghadapi kejohanan ASAS Fun Rugby 10-a-side 2016 pada 24 September 2016 bertempat di Padang Ragbi Alamanda, Putrajaya bermula jam 9.00 pagi.

Ini merupakan kali ketiga kejohanan sedemikian dianjurkan oleh Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) berkonsepkan riadah dan mengeratkan silaturrahim di antara pemain.

EXSAS Eagles akan bersama tujuh buah pasukan ternama yang mempunyai tradisi ragbi gemilang antaranya OPA, MCOBA , SDARA, SMSOB, OE (Old Edwardians Taiping), VIOBA dan pasukan tuan rumah ASAS. Setiap pasukan akan diwakili oleh bekas pemain yang berumur 35 tahun dan ke atas.

Pasukan EXSAS akan diketuai oleh Shahrul Yusof aka Metal (EXSAS 1992).

Menurut Shahrul kebanyakkan pemain sudah tidak aktif bermain ragbi, hanya beberapa pemain yang masih bermain ragbi secara bersosial. Namun itu bukan penghalang untuk mereka kembali memakai ‘boot’ dan berlari di padang. Tambahan pula, konsep ‘Fun Rugby’ bersesesuaian untuk pemain-pemain lama mengembalikan nostalgia bermain di SEMSAS.

Kedudukan padang yang bersebelahan dengan Kompleks Membeli Belah ALAMANDA Putrajaya memudahkan pemain dan penyokong datang bersama keluarga.

Berikut adalah senarai pemain yang dijangka akan turun menyarung jersi EXSAS dalam kejohanan tersebut :

  1. Hadznizan (Ijan) – 1998
  2. Khairul Izwandy (Barog) – 1997
  3. Ain Norwawi (Anne) – 1997
  4. Safarin (Yien) – 1996
  5. Safwan Osman – 1996
  6. Hasif (Achip) – 1996
  7. Khairuddin (Kudin) – 1996
  8. Nazren – 1996
  9. Khairul Anuar (Nuar) -1996
  10. Husaini Amir (Osetad) - 1996
  11. Saiful Izzam (Sopeh) – 1995
  12. Sheikh Norazlan (Arab) – 1995
  13. Zawawi (Awie) – 1995
  14. Sharul Azri (Jali) – 1993
  15. Hazlan (Lan) – 1993
  16. Zainiza – 1993
  17. Hadapi – 1993
  18. Sukiman – 1993
  19. Mahathir - 1993
  20. Shahrul Yusuf (Metal) – 1992 (KAPTEN)
  21. Faizulaffian (Fivezull) – 1992
  22. Awang – 1992
  23. Shahidin (Bob) – 1985
  24. Husri - 1985

Ahli EXSAS dijemput untuk sama-sama memeriahkan kejohanan.

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today30
Yesterday167
Total556746
Sunday, 20 August 2017 04:53
Powered by CoalaWeb
Go to top