Kosmo - Varia : 18 januari 2017

MUHAMMAD AZRAIE berharap karyanya memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya pengurusan kewangan yang betul.

PENGURUSAN kewangan yang betul mampu memastikan aliran pendapatan dan perbelanjaan seseorang individu dalam keadaan terkawal, sekali gus membendung berlakunya situasi tidak diingini seperti muflis. 

Terdapat pelbagai jenis buku mengenai pengurusan kewangan di pasaran yang boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada orang ramai pada masa kini, namun kebanyakannya lebih menjurus kepada golongan profesional berbanding pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT).

Buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima terbitan Terfaktab Media merupakan antara naskhah yang ditulis khas untuk memberi panduan kepada golongan pelajar khususnya di IPT dalam menguruskan kewangan dan pada masa sama menjana pendapatan sampingan. 

“Sebenarnya buku ini merupakan sebuah travelog kewangan yang menceritakan mengenai cara-cara saya menguruskan kewangan semasa zaman persekolahan dan universiti. Ketika itu, saya mampu menyimpan sehingga enam angka iaitu sebanyak RM100,000 sebelum mencapai usia 25 tahun. 

“Buku ini bukan hendak paksa pembaca supaya membuat sasaran tinggi dalam menyimpan, sebaliknya memberikan mereka idea cara menabung, berbelanja dan menjana pendapatan sampingan dengan betul tanpa mengira berapa banyak wang yang mereka mahu simpan sama ada kecil mahupun besar. 

Muflis 

“Walaupun penceritaan buku ini merangkumi zaman persekolahan dan universiti, namun ia lebih menjurus kepada waktu saya bergelar mahasiswa kerana pada ketika itulah saya betul-betul fokus untuk menyimpan dalam pelbagai medium seperti emas dan dana unit amanah,” kata penulis buku tersebut, Muhammad Azraei Idros, 25, ketika ditemui baru-baru ini. 

Menurutnya, selain panduan pengurusan kewangan kepada pelajar, buku tersebut bagi membantu mengurangkan kadar muflis dalam kalangan orang muda disebabkan gaya hidup golongan tersebut. 

Mengajak pembaca untuk lebih banyak menyimpan serta berbelanja dengan berhemah, buku ini menggunakan gaya bahasa santai dan berbentuk seperti cerpen. 

Ia turut memberi tip kepada golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga dan mendapat cahaya mata cara menabung untuk anak mereka. 

“Sasaran saya menulis buku ini bukan untuk menjadikan pembaca kaya sebaliknya memberikan kesedaran kepada mereka kepentingan pengurusan kewangan disebabkan trend orang muda yang baru tamat zaman universiti sudah muflis dalam masa beberapa tahun selepas bekerja. 

“Buku ini adalah salah satu usaha untuk mendidik golongan tersebut menguruskan kewangan dengan betul. Jika meminta mereka untuk membaca buku kewangan biasa mungkin akan cepat bosan atau kurang berminat kerana terlalu formal. 

“Tetapi disebabkan buku menggunakan bentuk penulisan yang santai dan bersahaja, sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk mengetahui cara pengurusan kewangan dengan betul sejak dari usia muda,” ujarnya. 

Mengandungi 27 bab, Muhammad Azraei berkata, bahagian terpenting yang perlu diambil berat oleh pembaca dalam buku tersebut ialah perbelanjaan harian. 

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz4W7YRqdTR 

Hakcipta terpelihara 

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today296
Yesterday230
Total594281
Saturday, 16 December 2017 21:05
Powered by CoalaWeb
Go to top