16 Mac 2017 - Alhamdulillah, Presiden EXSAS bersama Exco (VP Dato Azhar 87, Penolong Bendahari Fawaz 99  dan AJK Sharifah Rafeeah 04) telah berkesempatan menziarahi sahabat Exsas Hasniah 91 sekeluarga dirumah beliau di RTP Bukit Goh, Kuantan. 

Terdahulu sebelum ini, rakan-rakan batch beliau telah melancarkan tabung dan Alhamdulillah dengan respon yg baik, sumbangan telahpun disampaikan oleh wakil batch. 

Kehadiran Presiden dan Exco Exsas juga sedikit sebanyak telah menceriakan Hasniah sekeluarga yang tinggal di rumah yang tidak berapa sempurna dengan tanggungan 5 orang anak yang masih bersekolah. 

Pada majlis itu juga, Presiden telah menghulurkan sedikit sumbangan daripada Tabung Kebajikan EXSAS sebagai saguhati dan berkesempatan memberi nasihat dan panduan untuk beliau meneruskan kehidupan yg lebih baik dan terurus.  

Beliau seorang yang suka memasak dan berhasrat utk memulakan perniagaan produk makanan secara kecil-kecilan dengan memohon bantuan dari sebuah agensi kerajaan berbentuk peralatan memasak. Buat masa ini, beliau telah mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM450 sebulan. 

Sama-sama kita mendoakan agar Hasniah diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk membaiki kehidupan beliau sekeluarga. Sekiranya ada yang hendak menyumbang bolehlah bank in ke akaun beliau : 06100-41-00031991-9 (BSN).

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today117
Yesterday284
Total542177
Thursday, 29 June 2017 11:40
Powered by CoalaWeb
Go to top