25 Mac 2017 : Perlawanan Akhir Bentara Liga Alumni Malaysia telah mempertemukan dua buah SBP Malaysia iaitu EXSAS menentang KUSESS (Kuala Selangor). Perlawanan telah berlangsung sengit bertempat di Sekolah Kebangsaan Jenis (C) Taman Connaught pada jam 4.50 petang.

Exsas telah mendahului pasukan KUSESS pada suku pertama perlawanan dengan jaringan 15-7. Bermula suku masa kedua, KUSESS telah mula memberikan saingan kepada pasukan Exsas dan berakhir dengan keputusan seri 23-23. Tentangan yang hebat dari KUSESS telah menyaksikan, pasukan EXSAS ketinggalan pada suku ketiga perlawanan dengan mata 29-39.

Pada suku terakhir iaitu suku keempat, dengan semangat yang tidak mengaku kalah, Exsas telah bermain dengan begitu bertenaga dan agresif namun terpaksa akur di akhir perlawanan dengan kekalahan tipis 38-43 di tangan pasukan KUSESS yang bermain dengan berhati-hati dan penuh dengan stategi taktikal berpasukan.

Kejohanan pertama yang disertai oleh pasukan EXSAS pada tahun ini telah berjaya dibentuk daripada ramai bekas pelajar SEMSAS dari pelbagai batch. Berikut adalah senarai nama pemain yang terlibat di dalam perlawanan akhir :

Erman Hidayat Azali (2002)
(Pengurus,Jurulatih,Kapten)

1. Ahmad Bin Sharizal (2015)
2. Ahmad Hairiezal Bin Ibharim (2012)
3. Izzat Zikri Bin Kamarulzaman (2010)
4. Loqman Bin Ab Latif (2014)
5. Mohamad Arif Aiman Bin Mohammad (2016)
6. Mohamad Ehsan Bin Shafiq (2008)
7. Mohamad Taufiq Bin Mat Zakri (2007) 
8. Mohd Syafiq Bin Yem (2010)
9. Muhamad Azizul Amza Bin Zulkifli (2011)
10. Muhammad Aliff Faisal Bin Roeslan (2010)
11. Muhammad Syahir Bin Yem (2012)
12. Wan Muhammad Asyraff Bin Wan Azman (2013)

Jumlah pemain berdaftar untuk liga alumni kali ini adalah sebanyak 21 pemain. Pemain-pemain lain yang terlibat namun tidak bermain untuk perlawanan akhir adalah :

1. Ahmad Shah Bin Azman Shah (2000)
2. Ahmad Zul Haikal Bin Zulkifli (2014)
3. Mohd Farizal Bin Rashid (2000)
4. Mohd Roy Fazlin Bin Abdul Majid (2000)
5. Mohd Syaiful Ashraf Bin Che Daud (2000)
6. Mohd Zaidi Bin Zainudin (2002)
7. Muhamad Ruzaini Bin Abdul Rahim (2004)
8. Nasrul Aizuddin Bin Ab Fatah (2000)

InsyaAllah pasukan Bola Keranjang EXSAS akan meneruskan perjuangan untuk membentuk sebuah pasukan yang lebih baik pada masa yg akan datang.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh :Erman Hidayat Azali (2002)
Pengurus / Jurulatih / Kapten

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today30
Yesterday167
Total556746
Sunday, 20 August 2017 04:55
Powered by CoalaWeb
Go to top