Jawatankuasa EXSAS dengan kerjasama EXSAS Power Talks sedang mengumpulkan senarai nama ahli yang menepati ciri-ciri personaliti terbilang dan berpengaruh.

Objektif utama :
1. Meningkatkan profil EXSAS dan Semsas - dikenali sebagai persatuan / sekolah yang melahirkan ramai ahli yang cemerlang setanding dengan sekolah elit / premier.
2. Menyediakan senarai ikon yang boleh dijadikan contoh oleh ahli EXSAS dan juga pelajar Semsas.

Pihak Jawatankuasa EXSAS ingin menjemput para ahli atau kumpulan batch untuk mencalonkan nama mereka yang sesuai berdasarkan kriteria berikut :

1. Ahli yang memegang jawatan penting di dalam perkhidmatan awam, korporat, ahli politik dan badan beruniform.
2. Ahli yang telah mencapai kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa atau kebangsaan dan juga negeri.
3. Ahli yang dianggap ikon dalam bidang masing-masing dan membawa manfaat kepada umum.
4. Terbuka kepada semua batch dan peringkat umur termasuklah mereka yang masih belajar.

Hantar cadangan anda secara 'ONLNE'

Tarikh tutup cadangan adalah pada 10 April 2017 (Isnin).

Senarai akhir akan diputuskan oleh JK EXSAS dan juga EXSAS Power Talks. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamat.

 

    

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today519
Yesterday470
Total550197
Thursday, 27 July 2017 22:32
Powered by CoalaWeb
Go to top