Putrajaya : 8 April 2017 - Berlari didalam sesuatu pertandingan adalah sesuatu yang agak biasa sejak akhir-akhir ini, namun berlari secara berganti-ganti yang melibatkan 4 orang pelari sejauh 100km adalah sesuatu yang jarang kita dengar malah apa yang lebih menarik lagi, mereka berasal dari sekolah yang sama iaitu SEMSAS.

Sdr Hafez Muhamad Latipi (97), Mohd Zuki Wahab (93), Hafiz Ezaiddin Hussain (00) dan Kamsani Mohd Bahran (00) berganding bahu, berkongsi pengalaman dan minat sehingga mereka berjaya dinobatkan sebagai Juara sulong Rimba Alam Ultra Relay 2017 Kategori 100km Alumni.

Selain daripada mereka berempat, terdapat seorang lagi pelari warga EXSAS, SPM 1986 iaitu saudara Mat Yusof yang berlari didalam kategori 50km bersama pasukannya.

Tahniah dari seluruh warga EXSAS. Semoga kejayaan anda memberikan inspirasi kepada semua terutama mereka yang terlibat dengan sukan yang berkaitan. Syabas.

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today292
Yesterday230
Total594277
Saturday, 16 December 2017 20:56
Powered by CoalaWeb
Go to top