Umum telah mengenali Saudari Suwaibah Nasir sebagai pelari jarak jauh tersohor negara, pemegang rekod Malaysia malah juga rekod Dunia didalam kategori yang tersendiri.

Berasal daripada Kelantan dan merupakan warga EXSAS SPM 1990. Sewaktu di SEMSAS, banyak kejayaan yang beliau telah capai terutama didalam bidang sukan malah nama beliau terus terpahat sebagai pemegang rekod SEMSAS acara balapan 800M (PC) 1986 dan 400M (PB) 1988.

Kejayaan demi kejayaan telah beliau kecapi sejak 30 tahun yang lalu dan sekarang telah tiba masanya untuk beliau mencurahkan bakti membantu masyarakat dan juga mereka yang memerlukan.

Projek terbaru beliau adalah Misi Menawan 30 Puncak Menara Tertinggi Didunia dan Misi Keamanan Sejagat, dalam usaha mencipta rekod dunia dan mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat wanita dengan menjadikan rakyat Malaysia pertama mencipta rekod dunia dalam pendakian tangga menara-menara tersebut.

Untuk itu, beliau akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Jasamu Dikenang dan pengiktirafan wira dan wirawati sukan negara sebagai Lagenda Sukan Negara sebagaimana berikut :

Tarikh : 20 mei 2017
Masa : 7.30 malam
Tempat : Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor

Persatuan Bekas pelajar SEMSAS berbangga untuk menjadi rakan promosi kepada majlis ini dan memohon sumbangan daripada anda semua.

Untuk tempahan kehadiran dan sumbangan, sila KLIK DISINI.

Maklumat lanjut sila hubungi :

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (019-2991600 - Qisan)
atau Secretariat of Suwaibah's 30 Towers Run
03-79714001
Iruwati Ibrahim 019-4523000
Linda 016-6120244
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today292
Yesterday230
Total594277
Saturday, 16 December 2017 20:56
Powered by CoalaWeb
Go to top