Cabaran baharu urus pulau
Wartawan Sinar Harian : 11 Julai 2017



Khairur Rizal berharap dapat menjalin kerjasama erat dengan pemimpin di segenap peringkat dan agensi kerajaan terlibat demi memajukan Pulau Tioman.

KUALA ROMPIN - Selepas kira-kira hampir dua tahun jawatan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) kosong, bermula 14 Jun lalu jawatan yang memikul tanggungjawab besar dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan pulau peranginan terkenal itu telah diisi oleh orang baharu.

Pegawai Tadbir Diplomatik, Khairur Rizal Ramli, telah dipinjamkan oleh kerajaan negeri bagi menggantikan Pengurus Besar sebelum ini, Datuk Hashim Mat Tahir yang telah bersara.

Menurut Khairur Rizal, menerima arahan untuk menguruskan agensi itu yang berperanan mengurus pulau dan pelancongan merupakan suatu cabaran baharu bagi dirinya yang sebelum ini tidak pernah terlibat dalam bidang itu.

Katanya, ruang lingkup tugasan yang berbeza itu disifatkannya sebagai peluang untuk belajar suatu yang baharu dan dalam masa sama dapat berkongsi pengetahuan dengan lebih ramai pihak.

"Saya maaih baharu  di sini dan buat peringkat awal saya akan melakukan semakan dan ulangkaji mengenai isu semasa yang dihadapi TDA serta cuba mengatasinya kerana banyak yang tertunggak selepas jawatan ini kosong.

"Kerajaan negeri juga ada menyenaraikan tiga isu utama untuk diberi perhatian dan diselesaikan iaitu bekalan air, jajaran jalan serta pembinaan masjid baharu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Berasal dari Pekan, Khairur Rizal turut berharap akan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan pemimpin setempat, Pejabat Daerah dab Tanah Rompin, Majlis Daerah Rompin serta wakil rakyat.

"Hubungan yang erat antara agensi kerajaan dan pemimpin setiap peringkat ini adalah demi memajukan Pulau Tioman sekali gus memberi kebaikan kepada penduduk, pelancong serta pihak terlibat," katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/cabaran-baharu-urus-pulau-1.700701

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today249
Yesterday327
Total575483
Tuesday, 17 October 2017 21:24
Powered by CoalaWeb
Go to top