Selepas AGM 18 yang berlangsung di ABS, Temerloh tempohari, kami sempat berkunjung ke kediaman Saudara Muhammad Ali (05) di Jerantut yang baru keluar daripada wad selepas terlibat dengan kemalangan pada hujung Ogos yang lalu.

Kenderaan yang beliau pandu telah dirempuh oleh sebuah lori yang terbabas ke lorong yang bertentangan mengakibatkan kenderaan beliau remuk dibahagian hadapan serta tulang peha beliau 'dislocated'.

Beliau telah berjaya dikeluarkan daripada kenderaan dan terus dihantar ke Hospital Jerantut dengan ambulan dan kemudiannya ke Hospital Temerloh (HOSHAS). Beliau yang bekerja di Kementerian Kesihatan, sedang bertugas sewaktu kemalangan tersebut berlaku.

Turut sama didalam ziarah tersebut adalah isteri beliau, Sdr Roslan Kamaruddin (83) dan Puan Azlina Dollah (77) yang juga tinggal dikawasan yang berhampiran.

Warga EXSAS ingin melahirkan rasa sedih dan berharap agar beliau sekeluarga diberikan kekuatan untuk menempuhi tempoh baik yang panjang. Pada kesempatan itu juga, EXSAS melalui Sdr Presiden telah menghulurkan sedikit sumbangan buat beliau sekeluarga.

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today6
Yesterday305
Total576126
Friday, 20 October 2017 00:20
Powered by CoalaWeb
Go to top