Noraniza Kamsani, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 03, 2018 12:42 MYT



Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan susur keluar Maran pagi ini. - Foto ihsan JBPM Pahang.

MARAN: Empat maut termasuk tiga wanita selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan susur keluar Maran pagi ini.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti dan usaha memaklumkan keluarga mangsa sedang dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu menyebabkan empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sementara dua lagi mangsa cedera.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.49 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

Kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh penghadang lebuhraya.

"Pihak bomba terpaksa menggunakan mesin pemotong hydraulik bagi mengeluarkan empat mangsa yang tersepit. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba kira-kira jam 9.46 pagi.

"Selepas dikeluarkan kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Siasatan kemalangan diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Jengka bagi proses bedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.


Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang tersepit.



Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Pahang.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 719163 | CoalaWeb
Go to top