Program Sumbangan Aidil Fitri bersama pelajar terpilih SEMSAS dan program EXSAS Prihatin serta Majlis Berbuka Puasa SEMSAS, EXSAS dan PIBG 2018

Alhamduilllah, Majlis Iftar Jamaie SEMSAS 2018 telah berlangsung dengan meriahnya pada 7 Jun 2018 yang baru lalu bertempat di Surau Ar Rasyidin dan Dewan Sri Pahang. Walaupun ceramah motivasi daripada Saudara Suhaimi (91) yang dijadualkan pada jam 5.30 sehingga 6.30 terpaksa dibatalkan gara-gara hujan lebat diikuti dengan kilat yang kuat menyebabkan 'black out' di surau, namun keadaan masih terkawal dimana warga SEMSAS dan seluruh tetamu terus berada di dalam Surau sambil berzikir memuji kebesaran Allah.

Sdr Presiden EXSAS, Mohd Fuad telah memulakan majlis pada jam 6.30 dengan ucapan alu-aluan diikuti dengan sumbangan duit raya dan kuih raya kepada Pelajar Projek Khas seramai 118 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga 5. Mereka menerima sejumlah wang tunai yang disumbangkan oleh EXSAS dan NSERC Sdn. Bhd. dan kuih raya sumbangan EXSAS, Kolonel Rashidin Hashimi (87) dan Sdr Mohazam (83).

Seramai 5 orang warga EXSAS daripada 9 orang telah menerima sumbangan wang tunai daripada EXSAS. Mereka adalah :

1. Puan Hasniah (91)
2. Puan Rosemah (93)
3. Sdr Nasir (93)
4. Puan Nural (87)
5. Alif - Anak Arwah Hayazy 84

Manakala 4 orang lagi akan / telah menerima sumbangan daripada wakil-wakil EXSAS yang berada berhampiran dengan mereka.

1. Norleen Syamimi (2015)
2. Wan Lukmini - Isteri kepada Arwah Wan Naza (95)
3. Nik Zuhailah - Isteri kepada Arwah Syahrulanuar (93)
4. Anak- anak Sdr Faiz (86)

Sebelum itu, sebuah kerusi roda telah diserahkan kepada SEMSAS dimana ia disumbangkan oleh salah seorang ahli EXSAS. Acara diteruskan lagi dengan Majlis tahlil sebelum berbuka puasa dengan kurma dan air mineral dan diikuti dengan solat Maghrib.

Jamuan Berbuka Puasa di Dewan Sri Pahang sebaik sahaja selesai solat Maghrib yang turut dihadiri oleh PIBG, Guru-guru Semsas bersama warga EXSAS serta wakil dari kariah Masjid Baru 8 . Terima kasih kepada hampir 30 orang warga EXSAS yang hadir dan memeriahkan majlis.

Selesai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawikh sebanyak 8 rakaat dan 3 witir yang dipimpin oleh Imam yang dibawakan
khas daripada UIA Kuantan. Selesai solat, para tetamu disajikan pula dengan moreh di Dewan Sri Pahang.

Pada kesempatan itu, Sdr Fuad dan Sdr Althahir mengambil peluang untuk menyerahkan 2 buah buku EXSAS 50 sebagaimana yang telah dilancarkan April yang lepas semasa  Majlis AKSHAH.

Buku EXSAS 50 tersebut akan ditempatkan di bilik Pengetua dan juga di perpustakaan SEMSAS.

Program berakhir sebaik sahaja semua tetamu berangkat pulang sekitar jam 11.30 malam. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat didalam program ini. InsyaAllah berjumpa lagi ditahun hadapan.

EXSAS sangat mengalu-alukan sumbangan dan sokongan yang berterusan daripda warga EXSAS serta mana-mana badan korporat atau syarikat untuk mengisi Tabung Kebajikan EXSAS melalui program CSR mereka.

Qisan
Su EXSAS 2016-2018

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Sehingga kini : 685023 | CoalaWeb
Go to top