Foto : sumbangan warga EXSAS di FB dan WA

 

Mesyuarat Agung EXSAS kali ke 19 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Ogos 2018 yang baru lalu, bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang. Seramai 70 orang bekas pelajar SEMSAS, yang berupakan ahli berdaftar Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS telah hadir dan memberikan sokongan kepada mesyuarat yang telah diadakan. 

Majlis bermula tepat jam 2.45 petang oleh Saudara Harris (92) selaku pengacara dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Saudara Khairil Azhar sebelum diserahkan kepada Presiden, Mohd Fuad Kamal Ariffin bagi memulakan mesyuarat agung. 

Ucapan aluan daripada Presiden berkisar kepada semangat dan keinginan untuk memajukan EXSAS dan juga SEMSAS dikalangan ahli semakin baik dari masa ke semasa. Banyak kerjasama yang telah terjalin samada dalam bentuk akademik, motivasi dan juga kewangan. 

Selesai sesi pembentangan minit mesyuarat terdahulu dan penerimaan laporan kewangan untuk tahun 2016-2017, majlis berehat sebentar untuk menikmati Hi-Tea sambil memberi peluang kepada yang hadir untuk sembang santai dan berkenalan dengan lebih rapat lagi. 

Sesi kedua AGM bermula sekitar jam 4 petang bagi pemilihan ahli jawatankuasa yang baharu serta membincangkan cadangan dan usul daripada ahli yang hadir. Sebelum itu, majlis mengambil peluang untuk memberikan  penghargaan kepada Batch 77 diatas kehadiran ahli yang paling ramai ke mesyuarat ini. Senarai mereka yang hadir adalah sebagaimana berikut :

  1. Faridzah Jaafar
  2. Sr. Uluwiyah @ Alawiyah Yaakub
  3. Mohd Zahidin Abdul Kadir
  4. Rosnah Ngah
  5. Rosuna Abu Hanipah
  6. Mazidah Mahmud
  7. Nor Aza Din
  8. Noor Asikin Abdullah
  9. Sahridah Abu Samah
  10. Syed Abdullah Syed Hassan

Penghargaan juga kepada ahli yang hadir bersama pasangan yang juga warga EXSAS iaitu :

1. Azman taher (79) dan Faridzah jaafar (77)
2. Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim (92) dan Norjansalika Janom (92)
3. Zaini Abu Samah (84) dan Rozita Sudin (85)

serta penghargaan kepada ahli yang hadir bersama anak :

1. Aminor Azmi Abdul Latip
2. Hadznizan Hamdan

Pemilihan AJK baharu EXSAS pada kali ini yang dipengerusikan oleh Saudara Syed Ali Mahir, agak berlainan daripada biasa. Pencalonan jawatan telah diadakan 2 minggu yang lepas dan sehingga mesyuarat berlangsung, tiada tambahan calon dikalangan yang hadir. Ahli yang hadir sebulat suara telah bersetuju dengan calon-calon yang telah disenaraikan. Dengan itu, pemilihan AJK baharu pada tahun ini telah mencatitkan sejarah sebagai pemilihan AJK baharu paling cepat didalam sejarah.

Senarai AJK EXSAS Sesi 2018-2020 sebagaimana yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :

Presiden : Dato' Hj Azhar Anuar
Timbalan Presiden 1 : Harris Zamzairie Hj Nashoha
Timbalan Presiden 2 : Mohammed Fawaz Kamarudin
Setiausaha : Azhar Aziz
Naib Setiausaha : Hj Rahasdin Hj Razali
Bendahari : Aina Nadirah Rokman
Naib Bendahari : Khairil Azhar Ismail

Ahli Jawatankuasa Kecil :

  1. Muhamad Nabil Hidayat
  2. Ramadhan Bin Ishak
  3. Mohd Fiqhuddin Bin Mohd Nasir
  4. Izzat Amir Bin Nasaruddin
  5. Hadznizam Bin Hamdan
  6. Mohd Insan Bin Abdul Malek
  7. Fairul Hisyam Bin Mat
  8. Ahmad Kamil Bin Md. Yunus
  9. Zulkurnain Bin Mohamed Ridzuan
  10. Ahmad Shah Bin Daly

Mohd Syafiq bin Yem dan 4 orang lagi akan dilantik oleh Presiden selepas ini.

Beberap cadangan dan maklum balas daripada ahli yang hadir telah dikemukakan dan akan diteliti dan diambil maklum oleh AJK baharu.

Majlis juga memberikan kesempatan kepada Sdr Azmi untuk memberikan makluman dan perkembangan tentang EERC yang telah berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Sukan Malaysia. Semoga ianya menjadi contoh kepada kelab-kelab yang lain yang berada di bawah EXSAS.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang dan diikuti dengan Jamuan durian yang dibawakan khas oleh Dato'Azhar Anuar dan mantan Presiden Mohd Fuad Kamal Ariffin.

Terima kasih kepada semua warga EXSAS yang hadir ke mesyuarat agung kali ke 19 serta jamuan durian. Jutaan terima kasih juga kepada Saudara Mohd Fauzi (87) yang juga merupakan pemilik Cherengin Hills Convention & Spa Resort kerana menjadi hos pada kali ini.

Laporan oleh :
Azhar Aziz aka Qisan 88
setiausaha EXSAS 2018-2020

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 740828 | CoalaWeb
Go to top