Assalammualaikum semua sahabat2 EXSAS.

Selamat tahun baru hijrah. Semoga cuti yang panjang ini membuatkan kita semua dapat berehat secukupnya.

Pada 8 dan 9 September, Sabtu dan Ahad lepas, AJK EXSAS 2018 -2020 telah bermesyuarat di CH Janda Baik. Tujuannya adalah pembahagian tugasan, menyelaras aktiviti dan merangka inisiatif yang inshaaAllah akan kami laksanakan bagi manfaat bersama.

Saya cuma akan menyentuh beberapa initiatif utama yang bakal dilaksanakan seperti berikut;

1. Kebajikan

a. TOR - term of reference Tabung Kebajikan akan kami selesaikan dalam 2 minggu akan datang ini. Ianya kemudian akan di maklumkan di fb exsas untuk penjelasan perlaksanaan.

b. Khairat Kematian akan dilancarkan. Caruman adalah sukarela disebabkan oleh kepercayaan bahawa kemungkinan ahli telah mempunyai atau menyertai khairat kematian mengikut qariah / masjid masing2.

2. Ekonomi

a. Fan Page bagi merchandise EXSAS akan dilancarkan. Ini bagi membolehkan setiap merchandise EXSAS seperti kemeja T oleh EXSAS dan Kelab2 seperti EXSAS Eagle, Cricket, Hockey dan Basketball, Baju Kemeja EXSAS, Emblem Kereta EXSAS dan lain2 dapat dimuat naik ke website secara profesional dan boleh ditempah sekiranya berminat.

b. Menubuhkan EXSAS Sdn Bhd yang mana 100% sahamnya dimiliki oleh EXSAS serta Pengarah Syarikat dianggotai oleh mantan2 Presiden bagi membolehkan aktiviti perniagaan dijalankan.

c. Mengemas kini direktori ahli, syarikat dan perniagaan ahli bagi meluaskan peluang jalinan kerjasama EXSAS dalam perniagaan mahupun pekerjaan.

3. Ukhwah

a. Mengkoordinasikan aktiviti kelab2 sukan terutamanya golf, ragbi, kriket, hoki dan basketball. Ini dipilih kerana mereka telah mempunyai pasukan dan pentadbiran asas serta mempunyai wakil didalam EXSAS.

b. Merancang melaksanakan program Double Trouble.

c. Santai Makan Tengahari atau Hi Tea akan diadakan di Lembah Klang sebagai pemula. Tempat dan masa akan dihebahkan kemudian. Kami juga berdasarkan response nanti ingin juga melaksanakan program ini di Temerloh dan Kuantan. Ini bagi membolehkan AJK 2018 - 2020 berjumpa ahli dan mendengar cadangan penambah baikan yang boleh dilaksanakan untuk kebaikan semua

4. Jemputan sebagai salah satu pasukan think tank MB Pahang

EXSAS telah dijemput untuk bersama-sama memberi cadangan bagi membolehkan kerajaan negeri merangka pelan pembangunan negeri. Sebagai pertubuhan Alumni pelajar sekolah terulung negeri Pahang dan mempunyai ahli yang memang pakar dalam bidang2 tertentu, saya ingin menyahut jemputan ini tetapi ingin menegaskan secara jelas kepada semua ahli bahawa inisiatif ini bukan penglibatan mengarah atau menyokong mana2 parti politik tetapi adalah sebahagian daripada budaya menghidupkan slogan kita EXSAS dan SEMSAS iaitu HIDUP BERJASA.

Perincian perlaksanaan pelan EXSAS akan di muat turun ke fb EXSAS oleh SU kita Qisan Azhar Aziz dari masa ke semasa.

Dato' Hj Azhar Anuar
Presiden EXSAS
Sesi 2018-2020

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 717108 | CoalaWeb
Go to top