Mesyuarat AJK EXSAS Bil 1/2018 yang telah melangsung pada 8 dan 9 September yang baru lalu bukan sahaja bagi menyelaras tugas-tugas AJK, malah ia juga menjadi hari keluarga bagi AJK EXSAS yang hadir bersama keluarga masing-masing, untuk lebih kenal mengenali diantara satu sama lain sambil merapatkan silaturrahim.

Seramai 13 orang AJK yang dipilih semasa AGM 19 yang lepas dan 2 orang AJK yang dilantik oleh Presiden telah hadir bersama keluarga masing-masing. Mereka adalah :

  1. Dato Azhar Anuar
  2. Harris Zamzairie
  3. Muhammad Fawaz
  4. Azhar Aziz
  5. Hj Rahasdin
  6. Aina Nadirah
  7. Khairil Azhar
  8. Mohd Syafiq
  9. Nabil Hidayat
  10. Ahmad Shah
  11. Mohd Insan
  12. Ramadhan
  13. Izzat
  14. Azlina
  15. Fairul

Program berlangsung selama 2 hari dan terbahagi kepada 2 sesi :

Sesi 1 (8 September 2018) :

  • Ta'aruf
  • Pembentukan EXCO ( sila rujuk DISINI )
  • Cadangan aktiviti

Sesi 2 (9 September 2018) :

  • Cadangan aktiviti secara terperinci
  • Perbincangan mengikut biro

Didalam mesyuarat ini juga, Dato' Hj Azhar Anuar selaku Presiden EXSAS telah mengesahkan perlantikan 4 orang AJK baru iaitu :

  1. Mohd Syafiq Yem (10)
  2. Azlina Othman (93)
  3. Noor Hanyta Johari (92)
  4. Sh Rafeeah Sy Salim (04)

Mereka merupakan bekas AJK terdahulu dan juga pernah terlibat didalam penganjuran aktiviti yang telah dijalankan oleh EXSAS.

Diantara perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat ini adalah seperti :

  • Kebajikan
  • Ekonomi
  • Ukhuwah melalui sukan

Sila rujuk DISINI untuk maklumat lanjut.

Semoga AJK EXSAS sesi 2018-2020 akan dapat menjalankan tugas dan tanggung-jawab yang diberikan dengan sebaik mungkin dan semoga EXSAS akan lebih maju lagi dengan kepimpinan baru.

Azhar Aziz aka Qisan
Setiausaha EXSAS 2018-2020

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 717123 | CoalaWeb
Go to top