Pada 23 Oktober 2010 yang lalu, SEMSAS dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Program Rehat Minda dan Persediaan Menghadiri Temuduga Berkesan untuk para pelajar Tingkatan 5 bertempat di Bukit Gambang Resort, Gambang, Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 145 orang pelajar yang datang dengan penuh semangat untuk menimba satu lagi ilmu yang boleh dimanafaatkan dimasa akan datang.

Program satu hari ini yang dikendalikan sendiri oleh YDP PIBG SEMSAS yang juga CEO Gem-Asia Seminars, Tuan Haji Azman Taher mengambil pendekatan praktikal dan interaktif dan dimulakan dengan pengenalan kepada semua aspek berkaitan temuduga seperti keperluan kepada temuduga, persediaan menghadiri temuduga, the dos and donts dalam temuduga, soalan-soalan yang kerap ditanya (FAQ) dan lain-lain aspek penting dalam temuduga.

Program seterusnya dijalankan dengan mengadakan mock interview dimana para pelajar dipilih secara cabutan nama untuk melalui proses temuduga - samada temuduga secara perseorangan ataupun berkumpulan. Scenario temuduga berkisar kepada temuduga untuk mendapatkan penajaan bagi melanjutkan pelajaran serta temuduga untuk mendapatkan tempat di Institut Pengajian Tinggi. Presiden Exsas, Dato' IR Imran Baharuddin, Timbalan Presiden 1 Exsas, Saudari Anuar 'Alawiah Othman dan Saudara Azahari Pilus telah dijemput untuk sama menjayakan program ini sebagai sebahagian dari panel penemuduga. Walau bagaimanapun, Saudara Azahari Pilus tidak dapat hadir di saat akhir atas urusan keluarga.

Selain Cikgu Yuslina selaku guru pengelola dan pengiring para pelajar, Tuan Pengetua SEMSAS, Tuan Haji Mokhtar Abdullah dan Guru Kaunseling, Cikgu Syed Ali Maher turut meluangkan masa untuk bersama-sama para pelajar semasa program ini dijalankan.

Walaupun berhadapan dengan masalah bekalan elektrik diawal program sehingga ianya terpaksa dijalankan diluar bilik seminar, program ini interaktif mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari para pelajar dan para guru berharap program ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
 
 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today131
Yesterday299
Total575946
Thursday, 19 October 2017 09:45
Powered by CoalaWeb
Go to top