EXSAS, adik Nourol Shahira (bediri belakang ke-2 dari kiri) telah terlibat dlm kemalangan ketika dlm perjalanan pulang ke Semsas tadi. Dengar khabar patah tulang peha dan kini berada di HTAA. Saya nak buat derma kilat. Sesaper yg nak menderma boleh bank-in ke account saya.
 
Sempat melawat Nourul malam tadi. Pembedahan dijalankan malam tadi juga setelah mendapat tanda tangan ibu saudaranya. Kekalutan timbul kerana bapa saudara (yg juga cedera) yang memandu kenderaan berada di bilik separa kritikal berlainan. Cikgu nak sainkan, dr kata nak ahli keluarga terdekat juga sebab kejadian berlaku di luar waktu jagaan pihak sekolah. Alhamdulillah akhirnya diketemukan dengan saudara mara yang tercari cari Nourul. Nourul dalam keadaan sedar dan stabil - sungguh mengkagumkan. Pelajar MRSM yang menaiki kenderaan yang bertembung dgn kenderaan dinaiki Nourul mengalami kecederaan juga - di katil sebelah Nourul. Dengar khabarnya, bapa pelajar MRSM tersebut meninggal dan ibu rakannya yang menumpang untuk sama-sama ke MRSM Muadzam dari Jerantut juga meninggal dunia. Pelajar berkenaan keseorangan semasa kami menziarah Nourul. Kami cuba dapatkan telefon sesiapa daripadanya tapi dia tak sempat beri malam tadi - banyak kes kemalangan malam tadi. Dr terpaksa meminta kami keluar kerana crowded. Harap-harap kita sama sama boleh bantu mereka seikhlas mungkin, serta mendoakan agar dipermudahkanNya

 

Menjadi Ahli EXSAS

Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Today29
Yesterday167
Total556745
Sunday, 20 August 2017 04:42
Powered by CoalaWeb
Go to top