Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan SEMSAS kali ke 37 tahun 2013 telah diadakan pada hari Sabtu 15 Jun 2013 yang lalu bertempat di padang SEMSAS. Puan Presiden EXSAS telah dijemput dan sama-sama hadir untuk memeriahkan lagi temasya tersebut.
Kejohanan menyaksikan perarakan dan persembahan serta pertarungan acara balapan yang sengit tetapi sihat oleh kesemua rumah2 sukan demi merebut gelaran juara bagi tahun 2013 dan diakhiri dengan acara 'wajib' iaitu pertandingan tarik tali.
Juara kejohanan bagi tahun ini jatuh kepada rumah Appollo yang mengekalkan kejuaraan 3 kali berturut-turut.
Naib juara rumah Skylab diikuti oleh Soyuz dan Cosmos.
Acara tarik tali dimenangi oleh rumah Skylab sementara acara perbarisan dan persembahan rumah Soyuz.
Kejohanan dirasmikan oleh wakil CEO PASDEC yang juga merupakan bekas pelajar SEMSAS tahun 1984, Saudara Wan Kharuddin Abd Manan, Pengurus Kanan bahagian Perancangan Korporat
Acara berakhir sekitar pukul 1.00 tengahari.
Berikut adalah lain-lain keputusan yang dipetik dari www.semsas.edu.my.
Johan Sukantara : SKYLAB Johan Kawad : SOYUZ Johan Persembahan : COSMOS Johan Keseluruhan lelaki : SOYUZ Johan Keseluruhan Perempuan : APOLLO
JOHAN KESELURUHAN: APOLLO NAIB JOHAN : SKYLAB KE 3 : SOYUZ KE 4 : COSMOS
OLAHRAGAWAN : MUHAMMAD ZULFIKAR AHMAD ZUBIL - APOLLO OLAHRAGAWATI: SHAHIZAH A/P JASNI -APOLLO
Menjadi Ahli EXSAS
Keahlian EXSAS terbuka kepada bekas pelajar SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) yang dahulu dikenali sebagai SM Sains Pahang (SMSP). Daftar DISINI.
Akaun Bank EXSAS
Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas
Bank : Maybank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
No Akaun : 5623 5750 2760
Jumlah Pelawat
Today170 Yesterday581 Total636456 Tuesday, 24 April 2018 07:40