Photo Challenge #01 (4 Nov 2020) - Bersama Rodong EXSAS

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'rodong-rodong' samada yang telah menghantar penyertaan dan juga mereka yang memberikan sokongan dengan komen-komen yang amat mencuit hati di laman Facebook EXSAS.  Sambutan yang amat menggalakkan serta diluar jangkaan ini telah menunjukkan satu semangat kekeluargaan yang luarbiasa bagi warga EXSAS. Syabas dan tahniah.

Photo Challenge ini diadakan adalah bertujuan untuk memeriahkan serta meraikan Hari Rabu yang merupakan Hari EXSAS dimana warga EXSAS digalakkan memakai pakaian yang berunsurkan EXSAS (baju/t-shirt rasmi, baju DT, baju Homecoming, tali leher), menggunakan cenderamata EXSAS, berjumpa (ngeteh) dengan rodong-rodong EXSAS, mengambil gambar serta memuat naik ke FB EXSAS, malah apa sahaja yang dilakukan pada hari ini, semuanya ada berkaitan dengan EXSAS. Semua ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim sesama warga EXSAS tanpa mengira faktor senior mahupun yang junior, semuanya berasaskan perkataan keramat; Hidup Berjasa.

Untuk makluman, Photo Challenge #02 akan diteruskan pada Rabu, 11 Nov 2020 dengan tajuk yang akan diberitahu kelak.

Berdasarkan kualiti gambar, komposisi yang menarik, artistic value dan good caption (yang paling penting), Juri Jemputan kami iaitu Ybhg Dato' Ir Muhammad Imran Dato Hj Baharuddin, Mantan Presiden EXSAS telah memilih 5 penyertaan TERBAIK. Tahniah kepada pemenang TOP 5 dan juga semua yang telah mengambil bahagian. Mohon para pemenang untuk menghubungi Azhar Aziz aka Qisan untuk urusan penghantaran 'Hadiah' di 019 2991600.

Senarai penuh penyertaan Photo Challende #01 DISINI.

 

 
 
     

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 830 | Total 1328358 | Powered by CoalaWeb
Go to top