1. Normann Arbaq- Dulu ambik SPM redah banjir bersama-sama. Sekarang nak berkumpul semula bawah satu bumbung pun payah. Bersama Abdul Razak Bujang 5A 1994.

2. Azrul Ibrahimi Mohamed Basri - Annual Durian Meeting. Classmate: Muhammad Idzwan 1K-2K, Hafizullah Amin 1K-2K, Nasrul Izan 1K-2K, Shahrom Irwani 1K-2K, Khairul Jazam 3K, Mohamad Rafiq Mohd Kasim & Wan Mohd Hilmi budak man u, kelas lain

3. Sharifah Esah Syed Hamzah - Lima kaum Adam tu classmate saya.Yg baju hitam tu Monitor kami ,Mahmud Mahamod Bin Awang Mat,yang baju merah tu suami saya,Japri Abu Bakar,sebelah dia Kamarudin Ismail,yg berdiri tu Abdul Abd Aziz Mat Pilus,yg hujung sekali Nasir MaNan.Saya yg tudung hitam.Sebelah saya isteri tuan monitor kami.

4.  Azhanyzam Zakaria - Masa Termerloh banjir tahun 2015 kita tolong sahabat kita Darlizam Ateq Wahid yang rumah dilanda banjir. Class Of 1 Melati 1988.

5. Hazrin Ismail - Rakan sekelas cuma Cikgu Wan Salawati Surihati Hj Halim , Ting.4&5 Cempaka (87,88) - lokasi di The Gap, Albany, W. Australia Julai 2019. Kunjungan rakan2 Exsas88 - Dlm gambar: Juliana Hj Jufri , Rimah Mohd Shariff , Intan Saifu'lbahriyah Mohamed . Dan tiada dlm gambar: Nizar Sham , Zulfakar Alang Ahmad

6. Syed Ali Maher - 7983 (1sc2 - 5sc2): Dari asrama SEMSAS ke rumah guru SEMSAS. Nornita AM, Azli Dan, Syed Ali Maher, Roslan Kamarudin dan Animah Abd Rahman. - Mini ReU 7983 pda 23 Nov 2011 di rumah guru SEMSAS

7. Surihati Hj Halim - 1 SEPTEMBER 1996. My Wedding Day. Kami semua satu kelas 5 Sains Sosial. Tq Azhar Aziz, Lina Ahmad, Zamarul Haidah Abu Bakar yg sudi datang memeriahkan majlis.. Pengantin dah tukar baju masa ni.

8. Samsi Ismail - 5 bakawali 1993. Gambo 2014, dari kanan - arwah jayen, lan karak, kiman, pian, bulatan, samsi, MJ, baba...sukarno - headboy 1993

9. Shah Daly - Salah satu elemen yang boleh menyatukan kami, muzik. Masa ni dapat main penuh lagu Nirvana pun dah kira seronok dah. Pernah digelar “kugiran berbaju batik” oleh empunya studio sebab selalu datang “jamming” dengan berpakaian baju batik sekolah ketika keluar outing ataupun balik bermalam.

10. Nina Abdullah - 

Malam sunyi bulan mengambang,
Pungguk merindu berhati duka,
Sejak wabak datang bertandang,
Lama tiada bersua muka.

Yang berdiri sebelah saya yg bertopi dan yg bertudung kuning adalah classmates saya dari darjah 4 - ting 5. Muka2 ceria yg lain adalah sahabat sejati saya walaupun berlainan kelas....Outing Day

11. Atoy Mc - Sebahagian dari rodong2 kelas Sains 4 (tahun 1980).Alhamdulillah pada masa reunion pada Julai 2010. Koi masih kekal tinggi.

12.  Najmuddin Abdullah

Rumah Cosmos rumah Apollo,
Bersama dalam kelas Selasih,
Barang benda buat selalu follow,
Ikatan selama bagai sumbangsih.

* kelas 5 Selasih 1986 semasa majlis makan malam sempena 50 tahun pada tahun lepas. Dari kiri Naj, Sam, Zegol, Tie, Cik Are, Kaleo, June, Asri, Ita, Gee, Yana, Zainal, Ustaz, Muz, Edi.

13. Laily Razlan - Back together after 20 years!! (1998 - 2018) Zaman sekolah dulu..asyik bercekau je boys n girls. Alhamdulillah lepas dh jadi makpak orang ni...segala cekauan tu hilang dibawa angin bayu. Semua wakil kelas ada ni Erry Nuzu 5A, Hadznizan Hamdan 5K, Shah Daly 5S merangkap rakan sekelas juga, Saharol Izal 5M dan yang lain2 tak tag tu...u know who u are...saranghae.

14. “Empat Teruna duduk di tepi suuungai,Haa masukkk”

Fadzly Abd Ghani 5 Kreatif, Azril Ali 1 Makmur, Adam Abu Bakar 2 Kreatif

15. Mohd Yusof Supar - Acara tahunan.. 2020 off sbb pkp(mcm²).

16. Rosli Mohammed - Saya dan geng kelas 5sc4 (1976) Zul Din bersama isteri di UTC Kucing.. "cadangan reunion batch 1976 kat Serawak, Last sekali kami 3 family jer yg terbang ke Serawak bersama Dr Abu Hasan (kelas 5sc4 juga)"

17. Zack Z Abidin - Dulu2 sekelas, tapi org2 kampung ngelorkan classmate (1 Cempaka 1985 - 3 Cempaka 1987) tetapi berlainan asrama. Terpisah kelas bila naik form 4 tapi masih berjiran dinding. (Cempaka dan Kenanga). Benar, jodoh, pertemuan itu di tangan Tuhan, akhirnya serumah dgn Liza ni setelah 8 tahun meninggalkan asrama.

18. Siti Noraini - TABAH GIRLS (Form1-3 tahun 2000-2003) reunion majlis kahwin Nur Azhani Amdan , bersama Fadhilah Syuhada Ismail, Nabila Teoh, Fairuz Fadhilah Ibharim. " HIDUP BERJASA" sentiasa menjadi moto hidup, rasanya andai ada rezeki berkumpul semula sekarang mesti meriah dengan mummy anak 4, 3 dan 2. # Sahabat dunia akhirat.

19. Jullz Julieyz - Reunion Exsas92 tahun 2019 di Kuantan. Kelas paling pandai drop Ad Math. The only kelas yg kena denda dek Cikgu Hussin berdiri atas kerusi masa subjek Sivik. Kelas 5 Cempaka 3 1992

Paling bising dlm kelas: Anuar Bin Abdul Aziz
Best student: Prof Madya Dr Norjansalika Janom
Tokey busat: Tengku Idzariah
Org istana: Zain Mokhsyar
Kawan Chemomoi: Dean Kadir
Saya: yg paling montel tudung biru.

20. Hazman Harun - "Tak akan SEMSAS hilang didunia" Tg. Bidara, Melaka. Classmate DATO' DR MOHD SOLAHUDDIN KENALI. 5sc2. Yang lain kelas sebelah (Class of 78)

21. Sekelas dgn Siti Hawa tahun 1988 masa tu dia freshie(4 Selasih). Thn 1989 sekelas lagi (5 Selasih). Kat sekolah pernah approach dia tapi kena reject sbb rambut koi kembang. Lepas 10 thn jumpa semula & mmg kali nie koi tak kasi can. Cepat2 gunting rambut & terus masuk meminang. Alhamdulillah...hingga skrg still jadi soulmate & dikurnia 3 putera 2 puteri...terima kasih SEMSAS sbb menemukan kami.

22. Paezah Ab Rahman - We conquered the Great Wall! Ok, Ok, just part of it and not the very top, too! Hehehe! Tapi seronok menyiksa diri bersusah payah memanjat tangga Tembok Besar dengan Lina Harun. Dulu dalam kelas 5.1 (1977), Lina duduk didepan saya. Tepi tingkap, sebelah koridor. Sesekali nakal juga dalam kelas.

23. Wati Othman - "True friends are never apart,maybe in distance but never in heart." Reunion batch SPM01. Sebelum PKP. Almost after 19 tahun selepas masing2 meninggalkan zaman persekolahan. Macam2 ragam,macam2 kerenah. Hampir pernah sekelas dengan yang ada di dalam gambar ni. 1T- Rina Zabri, Noraini Azali, Syahida Husna Azman, Myra Izwani Suhaidi, Hanim Md Noor, syahida. Dan pernah juga sekelas dengan Dr Ell Ed, 'Ain Yahya, Hidayah Husain di 4A. Dahlia Jalal semasa 2M & 3M..

24. Kamaruizam Mohd Kamal - With Zaharim Yaakob sama kelas English set 1 dari 1985-1987. (Lepas 1988 kelas English tak sama dah)Tapi kelas real tak sama sebab kawan Cempaka tapi dia Selasih. Lokasi tgh diving dalam laut di perairan Kg Salang, Tioman pada tahun 2012

25. Zaharim Yaakob - Konsert Iron Maiden di Singapore 2011 bersama Ronn Rezel (Romzi) Kamaruizam Mohd Kamal (Billy) dan Shaharil (Tynon). Batch 1989. Kelas Melati + Selasih. Dari tahun 1985 berjanji kalau Iron Maiden datang, kena pergi tengok.. akhirnya tercapai jua.

26. Hidayah Husain - Tradisi kami setiap tahun. Berbuka puasa bersama, beraya bersama. Tahun ni je akur pkp. 1K bersama Diana Rahman, 2T bersama Norisza Ismail, Siti Hajar Yazid. 4A bersama Syahida. From SEMSAS, we started to know and love each other. It doesn’t matter who likes us. WE LIKE US.

#bff  #semsas9701

27. Dina Azleema Mohamed Nor - 'Kembar' 4 Aktif 1999, Lina Azlina Yap & Dina. Dating tahun 2016, Lina 4 anak teruna vs Dina 3 anak dara. Dah puas bertukar-tukar 'tips' tapi belum berjaya. Terkini (2020); 5 hero vs 4 heroin

28. Nornita AM - Selain sekelas, sukan mengeratkan lagi persahabatan kami berdua... with Animah Abd Rahman. Kami sekelas dari 1 sc 2 hingga 5 sc 2 (COSMOS forever)

29. Nurul Shielawati - “Ketawa bersama, menangis bersama”. Itu yang dapat disimpulkan dari persahabatan kami. Kami mendaftar di SEMSAS tahun 2000 dan disatukan dalam kelas 4 T. Aisyah Awal Anis Norman Axiati YaMie Amnina Azmi Nur Amalina. Banyak kenangan suka duka bersama sepanjang di SEMSAS, mengajar erti hidup, toleransi dan kerjasama.

30. Ida Adi - 20 tahun yg lalu, kami classmate 5 Makmur, sebelum tu 4 Makmur.... Now.. Alhamdulillah dah 12 tahun jadi housemate & soulmate. bercinta dari form 5..xde handphone...zaman tulis2 surat.. terima kasih kawan2 yg sudi jd posmen yg jd peneman dating saya & Muhammad Omar Osman

31. Hairulyati Awang - - K A M I - di Langgar Rindu , rhu tapai, trg. Batch '94

Dari Kiri:- Wan Azlina Wan Ishak, Shazalyza Mohammad, Siti Masitah Jamaludin, Hairulyati Awang. Kami bangga kemana-mana dengan Lambang " H I D U P B E R J A S A "

32. Sher Abmanan - 6 sekawan drp 1.6 hingga 5.6 (1973-1977) Bermula menumpang di ABS Temerloh dan berpindah ke Bt 8 Kuantan. Gambar bertarikh 22/12/2019 semasa 3 sekawan dalam perjalanan balik drp melawat Jambatan Angkat Trengganu.. dan singgah memberi buah tangan kepada 3 lagi kawan di Shell Maran.

Tokey Shell Nazipah Othman, Fatimah Yassin, Amdan Mat Akil, Saimah Hassan Hati Nurani, Azlina Dollah Kool Mokcik, Tuan punya gambo Sher Abmanan, Kami bangga jadi anak didik Ustaz Nordin

33. Azizan Idris - Dari kecik sampai besor .. Bersama Abdul Rahman Ambari .... Sc1 1974-1978

EXSAS Golf & Goteys sokmo beriyunien

 

Cherating Inn - Small Gathering With Exsas88

Perjumpaan yg tidak di rancang di Puncak Bukit Kertau dgn Dr Riduan Mohd Tahar

2 Melati 1989

Otai Lejen Roslan Kamarudin - '79 - '83 - Majlis Bertandang ke rumoh Besan Lan di Kg. Selamat, Tg. Api , Kuantan

Bekas Chempien 7 a side (bola)1984. Masa tu form 5 dengan form 3 tak boleh main sebab tahun exam. Kalau nok ngabor top scorer orang tok percaya hihi. Bersama Sdr Nadzir 5 Teratai dan kawan 5 Cempaka.

 

Bersama dgn rakan sekelas 5 sc 3 (1978) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Menteri Muda Kabinet Sarawak dan diiringi Presiden dan Exco Exsas kembali memijak bumi Semsas memberi motivasi, beramah mesra, menyuntik inspirasi dan semangat serta menyampaikan sumbangan untuk kecemerlangan berterusan sekolah. Semangat 'Hidup Berjasa' terserlah dalam program berkenaan. Gembiranya seluruh warga Semsas tergambar pada hari bersejarah tersebut. Inilah sekolah kami yang amat dibanggakan.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 222 | Total 1356912 | Powered by CoalaWeb
Go to top