PENGENALAN

Program Anakku Sayang adalah sebuah Program Anak Angkat diantara Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) dengan pelajar SEMSAS yang terpilih. Program ini telah dicadangkan oleh Saudari Aida Rohana (94) semasa Mesyuarat Agung EXSAS kali ke 19 yang telah diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang pada 11 Ogos  2018 yang lalu.

Presiden dan AJK EXSAS sesi 2018-2020 mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama SEMSAS dan juga warga EXSAS. Ia juga akan melibatkan beberapa agensi kerajaan dan juga swasta yang berkaitan.

Program ini juga telah mengambilkira contoh-contoh program serupa dan sediada yang telah dilaksanakan oleh alumni-alumni SBP yang lain seperti Srikandi, PUTERI dan juga ALKIS.

SASARAN PELAJAR

Untuk permulaan, pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan jumlah pelajar yang akan terlibat pada projek perintis ini adalah seramai 5 orang. Jumlah pelajar ini akan ditambah dari masa ke semasa serta akan dibuka kepada pelajar tingkatan lain jika difikirkan perlu.

CARA MEMOHON

Pelajar - Para pelajar perlu mengisi borang yang telah disediakan di laman web www.exsas.com.my  dengan sendiri atau dengan bantuan Guru SEMSAS. Semua permohonan akan diteliti oleh Jawatankuasa Pelaksana selain daripada temuduga dan lawatan ke rumah keluarga / penjaga pemohon.

Keluarga Angkat - Keluarga Angkat yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang yang telah disediakan di www.exsas.com.my. Semua permohonan akan diteliti oleh Jawatankuasa Pelaksana selain daripada temuduga dan lawatan ke rumah pemohon.

 

Kertas Kerja Disediakan Oleh :

Azhar Aziz aka Qisan
Setiausaha EXSAS
Sesi 2018-2020

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 1000606 | CoalaWeb
Go to top