Ramai di kalangan kita berpendapat, tunggu anak-anak besar dulu baru bawa berjalan. Lagipun tak guna juga sebab mereka bukan ingat apa-apa pun kalau bawa berjalan. Pak Aboo berpendapat bahawa ianya lebih kepada tahap kesukaran dan lebih leceh travel dengan anak kecil, nak kena dukunglah, pampers, susu, air panas dan di beberapa keadaan mungkin kita tak dapat enjoy sesuatu aktiviti sebab kita bersama baby atau anak kecil.

Anak-anak kecil ini agak leceh juga sebab mereka cepat "penat", jalan kaki 15 minit dah mengadu penat, burger tak macam dalam gambar iklan pon diorang komplen, panas sikit dah mengadu, kasi topi sekejap lagi topi dah di campak kemana ntah, dan macam macam lagi.

Pak Aboo lahir di kampung felda. Membesar sebagai anak kampung sehingga umur 12 tahun, setelah itu bermulalah episod "travelling" bila Pak Aboo memasuki sekolah berasrama penuh di Kuantan. Apa kaitan sekolah asrama dengan travelling? Saya menganggap sebahagian besar pelajaran independent atau kebergantungam kepada diri sendiri bermula setelah saya memasuki asrama.

Selama ini mak atau ayah yang menguruskan hal hidup kita, bila di asrama kita terpaksa belajar melakukan sesuatu dengan sendiri. Nasib baik zaman sekarang ramai yang sudah berkembang pemikiran, dan mereka faham travelling kadang-kadang membawa pembelajaran yang lebih hebat untuk anak-anak. Pembelajaran bukan setakat di bilik darjah di sekolah, malahan lebih banyak lagi mereka akan belajar sewaktu berjalan bersama-sama keluarga.

Secara peribadi Pak Aboo mendapati beberapa perkara yang baik dan hebat di alami oleh anak-anak Pak Aboo semasa kami travel adalah ; 

MEMBUKA MATA ANAK ANAK TENTANG KEBUDAYAAN DAN CARA HIDUP MASYARAKAT YANG LAIN

Proses globalisasi yang pesat sekarang adalah disebabkan oleh internet. Dunia semakin "kecil", malahan anak Pak Aboo dah fasih bercakap bahasa Korea sebelum pergi Korea, bukan attend kelas pun, tapi melalui internet. Sekarang hampir semua para isteri shopping kat China tak payah cop pasport. 

Walaupun begitu kita masih sangat senang untuk berfikiran "ethnocentric". Apa tu ethnocentric thinking?

Bahasa mudah ialah dia fikir bangsa dia jer betul, kuat dan pandai. Contohnya, lahir kat Klang, sekolah kat Klang, kerja kat Klang, berkahwin kat Klang, bini orang Klang, anak dah besar duduk kat klang, menantu orang Penang (nasib baik tak Klang) tapi menetap kat Klang, rumah anak menantu sepelaung jer, handphone canggih, ada internet, tapi lebih suka gossip dari mengkaji geografi dan sejarah.

Akhirnya apa yang terpahat di jiwa ialah "KLANG IS THE BEST, TEMPAT LAIN TAK SEHEBAT KLANG, BANGSA KLANG YANG PALING HEBAT". Ok? faham dah maksud fikiran ethnocentric? 

SPURS CURIOSITY AND AUTHENTIC LEARNING 

Bila kita berjalan atau travel dengan anak-anak, mereka akan lihat sesuatu yang baru, budaya dan cara hidup orang lain di luar lingkungan kebiasaan harian mereka. Mereka akan sentiasa curious, ingin tahu dan bertanya soalan, dan dalam masa yang sama kita yang buat buat 'konon' tahu akhirnya pun tahu betul-betul. Our recent trip brought us to Kampung Rundum, sebuah perkampungan kaum Murut di pedalaman Sabah, anak-anak saya berkawan, bersembang dengan anak anak Murut yang sebaya dengan mereka. Mereka makan dan menari bersama, walaupun sedikit kesukaran dalam berkomunikasi disebabkan oleh slang bahasa melayu yang agak berlainan tapi mereka bisa berkongsi cerita. Seronok tengok. 

HISTORY AND WORLD ISSUES COME TO LIFE FOR CHILDREN WHEN YOU TRAVEL. 

Tapi yang ini kalau anak-anak dah besar sikit dan boleh memahami isu isu yang lebih dalam. I don’t think I can think of a trip or destination that didn’t provoke interest from the kids. We don’t plan these things; it is completely driven by them. 

Semasa kami berjalan ke Kelantan, Pantai Bachok, we were often confronted by plastic waste washed ashore.  This led to so many good discussions on over-consumption, waste facilities and environmental degradation.  It also led to us using more eco-friendly travel products.

Anyway, last time saya ke sana, Pantai Bachok sudah bersih. Travel dengan anak-anak ni macam one continuous field trip of real-life learning. Best tak boring langsung. 

 

BUILDS LIFE SKILLS

Keputusan peperiksaan di sekolah adalah menunjukkan tahap soft skill atau pengetahuan teori yang mereka ada on the first place. Tetapi bukan lah yang paling utama, mungkin ada mak bapak akan marah bila saya cakap begitu. Nanti dulu... Ye pelajaran di sekolah sangat penting, tapi jangan lupa mendidik mereka tentang adab sopan, menghormati orang tua dan juga mendedahkan mereka tentang kesukaran hidup dalam dunia yang sebenar.

Anyway, report card sekolah sangat penting bagi saya, itu nombor satu, tapi saya punyai nombor satu yang kedua iaitu ; tidak tinggal solat, solat awal waktu, hormat orang tua, buat baik dengan binatang, dahulukan keperluan orang lain sebelum diri sendiri, dan macam macam lagi. Saya mahu lihat mereka punya teamwork, inisiatif dan self awareness skill.

Some of the life skills that kids learn from travel are practical – how to read a map and stick to a budget.  They learn how to socialize and interact with adults, make friendships quickly, and problem solve when things don’t go according to plan.  They develop resilience in adapting to changes in routine, getting through bad travel days, and dealing with bureaucracy and sometimes confusing ways of doing things.

STRENGTHENS FAMILY CONNECTIONS

One of the things we love the most about travelling is spending so much time together as a family.  That can also be one of the biggest challenges of family travel, and there are definitely moments when we could all use some time apart.  When we are travelling and away from all of the schedules and distractions of our regular life, we have the best conversations, we play games together waiting for meals, and we all get to sleep in one room together!

FOCUSES ON EXPERIENCES, NOT THINGS

Biasa tak kita dengan anak-anak bersembang macam ni, "ingat tak masa kita kat Sabah, kita dah lapar sangat pastu mak paksa abah masuk satu restoran ni, rupa rupanya restoran ni hanya jual sinalau bakas (babi panggang).

"Ingat tak masa kat Nakhon Pathom, Adam kena kejar dengan anjing... Kikiki" 

We have always been strong proponents of spending money on experiences, over things. We are always talking about the great memories we have of those experiences.  “Remember the time we went boating down that river in Taman Negara Kuala Tahan?”

“This reminds me of all the cheap coffee we used to drink in Thailand.” tak habis... Macam macam cerita. 

BUILD APPRECIATIONS

Sewaktu di Thailand kami sering menggunakan jalan-jalan kampung untuk sampai ke destinasi. Maka kami telah melihat ada juga kawasan-kawasan kampung yang daif rumahnya, anak-anak mereka pun sekali imbas tidaklah semewah kami, jadi kami sedar dan buatkan kami sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada.

Kadang kadang kami singgah di gerai jualan yang paling tidak cantik sebab kami rasa itulah yang sebaiknya kami lakukan.

Nur Adibah juga selalu pesan untuk bawa jajan atau gula-gula, kadang-kadang makanan kucing dan anjing, untuk dibawa bersama. Well you know why kan? 

Note : Penulisan Pak Aboo pening sikit bercampur Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris. Ntah lah kadang-kadang rasa ada benda yang explain dalam Bahasa Inggeris macam lagi senang. Bukan berlagak tapi dah terbiasa cakap campur-campur. 

Maaf ye, nanti saya perbaiki lagi.

Pak Aboo
LM0763 (90)

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 160 | Total 1671094 | Powered by CoalaWeb
Go to top