Ni Camp Botak, last camp sebelum puncak Gunung Tahan. Trip ni untuk staff MERGASTUA yang masuk dalam kategori gemok. Ya, saya gemok. Sebab tu di arahkan mengikuti kursus kecergasan ni. Masa dapat surat arahan, buat muka sedih habis, sebab Gunung Tahan ni walaupun separuh ketinggian jer dari Gunung Kinabalu, tapi 5 kali lebih susah.

Sebenarnya hati berbunga-bunga dapat surat arahan kerja macam ni, giler tak suka, masuk hutan tanpa ada arahan spesifik buat wildlife survey ke, atau kerja-kerja pening dalam risikan penguatkuasaan. Objektifnya cuma satu, sampai puncak gunung dan balik. Dapat arahan cenggini selalu pon takpe. 

Dah susun dalam kepala apa menu nak makan masa camping. Tak main sardin-sardin atau maggi-maggi ni. Ikan Talang masin, daging salai, ulam petai dan kerdas, pendek kata haversack 85 liter tu, 2/3 muatan dalam beg ialah bahan makanan jer masing masing. Kopi tenom, roti gardenia, nuttela, chocolate bar yang paling besar.

Speaking about daging salai, kami staff mergastua ni biasa orang akan cakap; best la nkorang, selalu makan daging rusa dan pelanduk. Kami diam jer malas nak cakap balik, "habis tu untunglah orang kerja bank, kaya, hari hari kira duit".

Apa apa pon, pendapat saya, setiap rakyat Malaysia patut pergi naik Gunung Tahan dan kena tidor kat Camp Botak. Punyalah cantik.

 

 

Pak Aboo
LM0763 (90)

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 292 | Total 1573925 | Powered by CoalaWeb
Go to top