Tiba tiba teringat... Sejak selepas MCO atau PKP, tempat tempat rekreasi di penuhi ramai orang. Air terjun, kawasan perkelahan, gunung gunung cantik... seronok tengok rakyat Malaysia aktif outdoor.

Bikers pon sekarang dah mula trending ride and camping, biar jalan offroad sekalipon, itu yang di cari.

Cuma yang tak berapa sedap dan kadang menyedihkan... selepas pengunjung pulang... Sampah tidak diuruskan dengan betul.

  1. Ada yang bakar sampah mereka di kawasan perkelahan dengan niat untuk lupuskan, tapi sebenarnya sisa bakar mereka meninggalkan kesan yang mencacatkan pemandangan.
  2. Paling sedih pada yang bawa keluarga dan ada baby, tukar lampin anak, yang kotor main selit sahaja di celah celah batu atau pokok.
  3. Kepada perokok (saya juga perokok) jangan fikir petik puntung rokok ke dalam semak selepas hisap adalah ok. Padamkan dengan baik, simpan dan buangkan di luar kawasan rekreasi.
  4. Yang gila kuaci, betul kulit kuaci bio degradable, tapi kena ingat, dia tidak hancur dalam masa 2 jam lepas kamu buang.
  5. Kadang kadang memang ada tong sampah disediakan, tetapi berapa sangatlah bayaran masuk yang boleh tampung gaji pekerja membersih kawasan.

Jadinya... kalau tidak kita siapa lagi. Bawaklah balik sisa makanan atau sampah kita sendiri, dan buangkan ditempat yang bersesuaian seperti tong tong sampah majlis bandaran atau majlis daerah. Extra effort ini akan beri manfaat yang lebih besar.

Jadi saya mohonlah kita saling mengingati, jangan tuding jari kepada sesiapa pon, jangan marah pada majlis perbandaran atau Jabatan Hutan atau agensi kerajaan apa sekali pon.

Tarik nafas, senyum,  berlapang dada dan jangan lupa #sharingiscaring #malaysiaponcantek

 

Pak Aboo (+60 12-383 9379)
LM0763 (90)
South East Asia Adventure Travel (SEAAT)
Adventure Tourism

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 279 | Total 1573912 | Powered by CoalaWeb
Go to top