Sementara menunggu Keputusan SPM, Pak Aboo merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan pertama ialah di sebuah kedai perabot antik di Shopping Mall Ampang Park.

Bila masuk belajar di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) PAK aboo masih lagi bekerja part time sampai lah graduate dalam Ijazah Perhutanan. 7 Eleven, house keeping Parkroyal Hotel, kerja operator kilang rokok Rothmans tukang basuh pinggan di Hotel Palm Garden, buat jalan tar malam malam dan last sebelum final year ijazah Pak Aboo kerja cashier kat Xtra super market.

Alhamdulillah, selepas grad, Pak Aboo berkerja dalam bidang konservasi. Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), World Wildlife Fund (WWF) dan akhir sekali Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Kini, pada umur 47 tahun, Pak Aboo mengusahakan satu syarikat perlancongan kembara(Adventure Tourism) iaitu South East Asia Adventure Travel (SEAAT) yang melibatkan pengembaraan motorsikal dan 4WD. Beroperasi di Shah Alam, SEAAT menawarkan pakej pengembaraan adventure selain dari pendidikan alam semulajadi untuk kanak kanak sekolah dan remaja.

Tahun 2020, setelah Civid 19 melanda dunia, Pak Aboo mengusahakan gerai sarapan pagi, dan diwaktu lapang menulis berkaitan pengembaraan dan konservasi alam semulajadi.

Abu Zahrim Ismail aka Pak Aboo (+60 12-383 9379)
LM0763 (90)
South East Asia Adventure Travel (SEAAT)
Adventure Tourism

Artikel di dalam Kembara Pak Aboo ini akan dikemaskini / tambah dari masa ke semasa. Sila baca DI SINI. 

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 277 | Total 1573910 | Powered by CoalaWeb
Go to top